Rabu, April 25, 2012

“TAK SALAH GURU NAK BERPOLITIK, TETAPI BIAR IA DILAKUKAN DI LUAR WAKTU SEKOLAH,” - PUAD

Politik di luar sekolah

KANGAR 25 April 2012: “Tak salah guru nak berpolitik, tetapi biar ia dilakukan di luar waktu sekolah,” kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya sebahagian besar guru menyokong pembangkang.

Beliau berkata, guru jangan terlalu asyik berpolitik sehingga anak didik di sekolah terabai dan menjadi mangsa taksub guru berkenaan.

Menurutnya, walaupun tiada halangan untuk mereka bergiat aktif dalam bidang berkenaan, ada beberapa garis panduan dan ketetapan perlu dipatuhi bukan saja sebagai pendidik, tetapi lebih besar sebagai penjawat awam.

“Kerajaan tidak menghalang, malah membenarkan mana-mana guru terutama yang berijazah bukan saja untuk bergiat aktif, tetapi turut dibolehkan memegang jawatan dalam politik.

“Namun, dua tanggungjawab terbabit tidak boleh dicampur aduk. Ini bermakna setiap urusan berkaitan politik perlu dipastikan tidak dibawa ke kawasan sekolah kerana khuatir ia menjejaskan keutamaan terhadap kualiti pendidikan,” katanya selepas ditemui sempena Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia Ke-18 dan Persidangan Perwakilan Kakitangan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) ke-30, di sini, semalam.

Pada majlis konvensyen tahunan bertemakan ‘Guru Besar Inovatif’ itu, ia dihadiri 417 guru besar dan pengetua daripada seluruh negara. Hadir sama, Pengarah Pelajaran negeri, Dun Kasa.

Mohd Puad berkata, tiada sebab individu berkenaan perlu berpolitik di sekolah sehingga menyebabkan pelajar menjadi mangsa dan lebih penting, guru perlu faham dasar kerajaan terutama kedudukan mereka sebagai penjawat awam.

Katanya, beliau yakin guru hari ini matang dan diharap pembabitan guru berkenaan dalam politik tidak mewujudkan suasana perpecahan terutama di kalangan warga pendidik dan pelajar di sekolah.

27 ulasan:

  1. Its not wrong for teachers to involve in politics,but make sure their duty in school are not affected.

    BalasPadam
    Balasan
    1. some teachers tend to influence or should i say brainwashing their students into liking a certain party or go against the government.

      Padam
    2. Leave the students out of politics, teachers should focus on teaching, don't bring politics into school.

      Padam
    3. As long as the teacher didn't bring in politic to school that should be alright.

      Padam
  2. For those teachers who rather focus on politics better quit their job to go into politics so that it will not distract them from their teaching duty.

    BalasPadam
    Balasan
    1. They are responsible to arrange their time accordingly so it does not clash with their duty as teachers.

      Padam
  3. Mustahil kalau sudah memegang jawatan dalam politik, guru tidak akan terbawa2 ke dalam pembelajaran murid2 sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. silap2 timbul diskriminasi dalam pembelajaran kerana terlalu taksub dengan politik..

      Padam
  4. Guru dan mahasiswa pun sudah dibenarkan berpolitik??tindakan ini pasti memberikan kesan yang besar kepada keadaan di negara ni.

    BalasPadam
  5. Kalau teringin sangat mahu berpolitik dan memegang jawatan dalam politik, lebih baik jadi ahli politik saja dan tinggalkan profesion perguruan.

    BalasPadam
  6. jika guru2 nak berpolitk, biarlah ia diluar sekolah dan jgn ia mempengaruhi pelajar.

    BalasPadam
  7. guru berpolitik di luar sekolah jangan sampai terbawa-bawa dalam sekolah. Tugas pendidik sangat penting jangan sampai menanam sikap yang tidak sepatutnya kepada murid2 dan pelajar2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting jangan mempengaruhi anak2 murid

      Padam
  8. Unsur-unsur politik tidak harus dibawa masuk untuk mempengaruhi pelajar dan guru lain.

    BalasPadam
  9. They need to be profession in school.

    BalasPadam
  10. What is the consequences if teachers and students involve in politics? Good or bad?

    BalasPadam
  11. Im sure the teacher mature enough to differentiate their work with politics involvement.

    BalasPadam
  12. Apa yang penting guru tidak mencampur adukkan politik dengan kerjaya mereka.

    BalasPadam
  13. Guru mesti harus pandai membahagikan masa untuk berpolitik agar tidak menaganggu masa pembelajaran.

    BalasPadam
  14. Guru bijak untuk memilih dan melakukan yang terbaik.

    BalasPadam
  15. sememangnya penglibatan guru dalam bidang politik itu akan menganggu tugas murni mereka memberikan pendidikan terbaik kepada anak bangsa yang begitu memerlukannya

    BalasPadam
  16. sebenarnya tugas guru adalah memberikan pembelajaran kepada murid supaya mereka dapat dididik menjadi orang yang berguna dan berilmu

    BalasPadam
  17. setuju dengan kenyataan Muhyiddin Yusin bahawa penglibatan mana-mana guru di negeri ini dalam politik sewajarnya diambil tindakan oleh Jabatan Pendidikan...

    BalasPadam
  18. ya, guru-guru yang terlibat dalam politik berhak dikenakan tindakan jika didapati melanggar peraturan

    BalasPadam
  19. penimbangan yang wajar adalah perlu sama ada untuk melepaskan jawatan sebagai guru atau menumpukan terus penglibatan sepenuhnya dalam arena politik, janganlah mengundang masalah ke atas diri sendiri...

    BalasPadam
  20. Mengenai Guru sertai politik itu memang perlu dilihat jalan penyelesaiannya.

    BalasPadam
  21. kalau ikut minda pembangkang, asal yang menyokong mereka wajib dibenarkan berpolitik.. tidak cukup mahasiswa, kini guru2 pula yang dia minta terlibat aktif dalam politik..

    BalasPadam