Lelaki ubahsuai MyKad milik orang lain dipenjara, denda
TAWAU 26th April, 2012: Seorang lelaki warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan melibatkan kesalahan imigresen, mengubahsuai Mykad dan memiliki Mykad orang lain dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 21 bulan dan dua sebatan masing-masing oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini.
Arsad Bahar, 44, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan dua rotan oleh Mahkamah Sesyen pada selesa yang diputuskan Hakim Egusra Ali setelah mengaku salah masuk ke negara ini secara haram iaitu tanpa dokumen yang sah.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di Batu 4 Jalan Apas jam 1.05 petang pada 8 April lepas.
Manakala, di Mahkamah Majistret pada Rabu pula, tertuduh dipenjara 12 bulan setelah mengaku salah memadam catatan dan mengubahsuai Mykad sedangkan dia bukanlah pegawai pendaftaran yang mempunyai kuasa.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Dia turut dihukum penjara enam bulan kerana memiliki dua Mykad orang lain iaitu atas nama Muhammad Fathur Rohman TahangAbdur Rahman (040107-12-0375) dan Nurul Izzah Tahang
Abdur Rahman (100905-12-0874).
Majistret Suhailla Selag mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara serentak, tetapi berasingan dengan hukuman bagi kesnya di Mahkamah Sesyen.
Menurut fakta kes, tertuduh ditangkap kerana berkelakuan mencurigakan di kawasan berkenaan semasa operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
Ketika pemeriksaan dia cuba untuk melarikan diri bersama beg hitam dan putih berisi 14 Mykad yang disyaki telah diubahsuai beserta peralatannya tetapi berjaya diberkas polis.
- Siasatan lanjut mendapati, Arsad melakukan kegiatan pengubahsuaian Mykad asal orang lain yang diperolehi daripada orang yang tidak dikenali untuk dijual semula kepada pembeli yang tidak mempunyai dokumen diri.
- Tertuduh akan menukar butir-butir pemilik sebenar Mykad kepada nama dan gambar pembeli dengan harga RM300 bagi setiap Mykad dan telah menjual lima Mykad asal yang telah diubahsuai.
- Arsad didakwa di bawah Sekyen 6 (1) © Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda RM10, 000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
- Dia juga didakwa di bawah Peraturan 25 (1)(f) dan Peraturan 25 (1)(o) Regulasi Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda maksimum RM20, 000 jika sabit kesalahan.
Kesemua kes pendakwaan dikendalikan Insp. Joan Lee.
-------------
Warga asing dicekup potong kabel elektrik
Seorang warga asing dicekup polis dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ketika sedang leka memotong saki-baki kabel elektrik, di sini kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.
Kejadian curi terbabit merupakan kes terbaru selang 10 sehari selepas seorang suspek ditangkap di lokasi sama, iaitu berhampiran pencawang elektrik milik SESB di Telipok, dekat sini. Lelaki yang ditahan itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
perbuatan mencuri kabel elektrik itu menyebabkan impak negatif kepada penggunaan eletrik di kawasan Telipok.
Pengarah Urusan SESB, Ir. Hj Abd Razak Sallim
Inilah akibat menggunakan IC palsu, undang-undang mengatakan sesiapa yang menggunakan IC palsu akan dikenakan hukuman penjara kerana ini adalah kesalahan yang serius.
BalasPadamPadan muka, siapa suruh gunakan IC palsu.
PadamCuma tindakan yang dikenakan untuk menghentikan aktiviti haram ini.
PadamBaik berjaga-jaga sesiapa yang menggunakan IC palsu dalam negara kita. Mereka yang terlibat dalam sindiket mencuri dan mengubah IC untuk dijualkan kepada orang asing dan penjenayah juga perlulah dikenakan hukuman yang tegas.
BalasPadamHarap pihak polis mampu menumpaskan sindiket penjualan IC palsu.
PadamThat's good. Punishment is useful.
BalasPadamBaru kau tau.
BalasPadamThis serves a lesson for them.
BalasPadamIni adalah satu tindakan yang baik kepada semua agar jangan membuat kesalahan yang sama.
BalasPadamDiharapkan perkara ini akan dijadikan satu pengajaran kepada mereka yang cuba menggunakan IC palsu untuk apapa tujuan.
Padamwarga asing yang melakukan kesalahan harus dikenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada mereka.
PadamGreat move!
BalasPadamrasanya perlu bagi setiap anggota beruniform terutamanya yang mempunyai kuasa melihat kad pengenalan seseorang seperti anggota polis dilengkapi dengan alat pengesan ketulenan Mykad..
BalasPadamkenapa warga asing beriya2 memasuki negeri ini dan beriya2 mendapatkan kerakyatan negara ini sedangkan belia2 sabahan sibuk merantau ke negeri orang??
BalasPadamwarga asing datang ke negeri ni sebab mencari perlindungan yang lebih baik sedangkan golongan belia sabah berhijrah ke tempat lain untuk cari pekerjaan sebab gaji di Sabah tidak begitu memuaskan.
PadamThis should serve other illegal immigrants a lesson too when they know the authorities are serious about punishing those who commit such crime.
BalasPadamHopefully the authorities are able to catch more illegal immigrants .
BalasPadam2 kali rotan saja?? Patut lebih banyak dan kasi panjang tu hukuman penjara
BalasPadamLepas habis hukuman, hantar terus ke negara asalnya dan terus nlacklist orang ni daripada memasuki Malaysia.
PadamTangkap mereka yang menggunakan Mykad yang dijual tu
BalasPadamMemang bijak juga orang ni sebab pandai mengubahsuai MyKad.Tapi sepandai2nya tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
BalasPadammykad ada ciri2 keselamatan, ia tak mudah nak dipalsukan.
BalasPadamMereka idak perlukan palsu sedangkan yang ori pun senang nak dimiliki.
Padamtingkatkan usaha untuk membanteras kegiatan memalsukan mykad.
PadamPemberian mykad tidak terkawal yang mengakibatkan isu jualan ini. Siapa yang harus disalahkan?
BalasPadamSindiket jualan ini harus dipantau dan diambil tindakan yang ketat.
BalasPadamPihak berkuasa harus memantau untuk memastikan aktiviti ini dikurangkan.
PadamPihak berkuasa perlu sentiasa membuat siasatan dan memantau perkara ini.Jika tidak pasti akan lebih banyak kes seperti ini.
PadamInilah warga asing sekrang sudah advance dan berteknologi tinggi.
BalasPadamwarga asing ni banyak menimbulkan masalh kepada kita.
PadamWarga asing banyak menyusahkan rakyat Sabah, bikin geram tengok mereka yang buat Sabah ini seperti tempat mereka sendri.
PadamSiasat siapa sebenarnya dalang mereka ni.
BalasPadamThats true, the person behind to control has need to take action.
Padamsiasatan yang teliti harus dibuat untuk membanteras kegiatan seperti ini.
PadamAda kemungkinan ramai lagi warga asing yang berkebolehan seperti ini.
BalasPadamKalau sudah MyKad ni senang2 kena ubdah, dipalsukan..makanya tingkatkan lagi sistem sekuriti maklumat pada MyKad.
BalasPadamBiasalah sekarang ni, macam2 pun boleh kena kasih palsu, namun begitu, harap sistem keselamatan pada MyKad akan di perbaiki agar masalah Mykad palsu dapat di kurangkan.
PadamCuma tindakan dan hukuman dikenakan dapat mengurangkan aktiviti haram sebegini.
BalasPadamPihak yang mengeluarkan mykad palsu atau ori harus dikenakan hukuman yang kuat.
BalasPadamPihak yang bertanggungjawab mengeluarkan mykad palsu ini harus diberi hukuman yang berat atas kesalahan mereka yang sangat tidak boleh di terima.
Padamsudah banyak kali kita dengar warga asing melakukan perbuaan jenayah.
BalasPadamPerlu beri hukuman yang lebih berat lagi, baru mereka tahu.
BalasPadamTeruskan usaha menyelesaikan masalah ini.
BalasPadam