Isnin, April 30, 2012

AMARAN KEPADA KONTRAKTOR MESTI SIAPKAN HOSPITAL KANSER SABAH JUN INI

Liow Beri Amaran Kepada Kontraktor Untuk Siapkan Hospital Kanser Sabah Jun Ini

KOTA KINABALU, 30 April (Bernama) -- Menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai memberi amaran sehingga Jun ini untuk kontraktor menyiapkan projek pembinaan Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas, dekat sini.

Beliau berkata projek pembinaan bangunan pusat yang berharga lebih RM264 juta itu sepatutnya siap awal tahun ini namun kontraktor berkenaan tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan, sebaliknya memohon beberapa perlanjutan masa.

"Sekiranya kontraktor gagal menyiapkan dalam tempoh itu, maka kontrak projek berkenaan akan ditamatkan. Ini kerana kita sudah beri tiga kali perlanjutan tempoh masa penyiapan.

"Tidak boleh lagi diberi (perlanjutan) dan tidak boleh dimaafkan, saya merasa marah kerana perkara ini berlaku, dan saya minta kerjasama kontraktor untuk menyiapkan segera projek ini," katanya kepada pemberita selepas melawat projek itu, pada Isnin.

Menurut Liow, kontraktor berkenaan telah memberi jaminan kepadanya bahawa bangunan baru itu akan siap pada bulan Jun tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan