Khamis, April 26, 2012

AHLI PARLIMEN AMPANG SUDAH TERIMA SURAT SAMAN ZAHIDA

Ahli Parlimen Ampang Sudah Terima Surat Saman Zahida

PETALING JAYA: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Surat yang dihantar melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April 2012 itu antara lain menuntut Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan berhenti membuat kenyataan media, menarik balik kenyataan terdahulu serta memohon maaf dalam masa tujuh hari.

“Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita. Kita tunggu dalam masa terdekat.

“Kita akan bawa hal ini ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar,” katanya mengesahkan penerimaan surat saman itu seperti dilaporkan portal katanya seperti dilaporkan portal Laman KL-Today

Laporan itu juga menyebut Zuraida tidak gentar dengan saman berkenaan kerana pihaknya mempunyai bukti bagi setiap tuduhan yang dibangkitkan.

Zuraida Kamaruddin

Zuraida sebelum ini mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa seorang pemandu pelakon tersebut iaitu Noor Azman Azemi membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Mohd Shafie.

Sementara itu kebanyakan akhbar pada Khamis melaporkan Zahida menafikan telah berkahwin dengan Mohd Shafie dan menganggap tuduhan itu adalah fitnah semata-mata.

Dia juga menegaskan bahawa sehingga kini dirinya masih solo dan tidak berkahwin dengan mana-mana lelaki termasuklah dengan menteri berkenaan.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya seperti laporan Kosmo! pada Khamis.

Pelakon itu ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria dekat sini Rabu dan ia adalah penampilan pertamanya sejak isu panas itu diperkatakan sepanjang minggu lalu.

Zahida menambah apa yang menyebabkan dia mengambil masa yang lama untuk menjelaskan isu kontroversi tersebut kerana perlu mendapat nasihat peguam.

--------------

ARTIS KONTROVERSI MILIKI RUMAH RM4 JUTA

20 ulasan:

  1. Bukan pertama kali pihak pembangkang mengeluarkan kenyataan tanpa bukti yang mencukupi, Rafizi juga merupakan salah satu ahli yang membuat tuduhan terhadap PM kita tetapi gagal mengemukakan bukti yang releven.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup mengambil apa saja isu untuk dipolitikkan.

      Padam
    2. Memang taktik pembangkanglah mahu jatuhkan pemimpin kerajaan ni.

      Padam
    3. cerita tanpa bukti hanya bertujuan untk jejaskan imej seseorang.

      Padam
  2. Kita tunggulah dan lihat bagaimana peguam Zahida akan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita serahkan semua ini kepada pihak berkuasa untuk diurus. Kebenaran pasti akan didedahkan nanti.

      Padam
  3. Zahida juga tidak sebodoh mengeluarkan saman jika tuduhan itu benar belaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa peguam Zahida sudah mula mengurus perkara ini, kita tunggu dan lihat sahajalah.

      Padam
  4. Kalau ada bukti kenapa kena tunggu lagi?

    BalasPadam
  5. Tunggu saja la hasil daripada saman menyaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..tunggu saja kesudahan untuk mengetahui cerita sebenar.

      Padam
  6. sebarkan cerita tidak baik mmg patut disaman. jgnlah aibkan orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika cerita yang tidak benar disebarkan, itu adalah tidak bertanggungjawab.

      Padam
  7. Siapa yang akan terjerat kita tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  8. Yang bersalah akan tetap bersalah.

    BalasPadam
  9. Tidak akan ada cerita yang timbul jika tidak ada bukti.

    BalasPadam
  10. Kalau masih solo, baik Zahida jawab artikel ini.

    http://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/05/zahida-rafik-shafie-are-married.html

    BalasPadam
  11. ada saja isu yang dimainkan. tunggu dan lihat sajalah.

    BalasPadam
  12. Kalau ada bukit mungkin perkara ini tidak ada kerisauan.

    BalasPadam