Pindaan Auku: Mahasiswa Perlu Lebih Bertanggungjawab - Muhyiddin
GEORGE TOWN April 26, 2012: Demi kepentingan negara, golongan mahasiswa hendaklah lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kebebasan berpolitik seperti yang dibenarkan dalam Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU) untuk tujuan politik yang tidak sihat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan AUKU itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam kampus atau dengan mana-mana parti politik.
"Ini ialah soal kebertanggungjawaban golongan muda kepada negara, hak keadilan tidak disekat oleh kerajaan, AUKU memberi ruang kepada demokrasi dan kebebasan, harap mahasiswa dapat menggunakan kebebasan ini untuk pembangunan negara dan bukan sekadar mainan politik," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai kesan terhadap pindaan AUKU dalam pertemuan ringkasnya dengan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) selepas perhimpunan perdana anggota perkhidmatan awam dan belia Pulau Pinang dan dialog di Dewan Tunku Canselor, USM di sini, Khamis.
Kira-kira 6,000 orang menghadiri perhimpunan itu, terdiri daripada 4,000 penjawat awam dan bakinya merupakan golongan belia.
Pada 19 April lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegawang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus, sebahagian transformasi politik negara yang dilakukan kerajaan.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, percaya bahawa mahasiswa sekarang lebih matang dalam membuat keputusan dan sekiranya terdapat sebarang ketidakpuasan hati mereka boleh menyalurkan aduan kepada mana-mana pihak untuk tindakan selanjutnya.
"Dengan asas bantuan dan dasar yang telah kerajaan laksanakan, kita percaya bahawa mahasiswa sekarang lebih matang. Selain itu, kerajaan juga tidak boleh sekat kemajuan teknologi yang semakin berkembang," katanya.
Dalam sesi dialog itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disediakan bagi parapelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tetap diteruskan selagi ada keperluan.
Beliau berkata, isu pemansuhan PTPTN itu tidak seharusnya wujud dan diperbesarkan kerana kemudahan pinjaman itu bertujuan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan tetapi ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
"PTPTN sudah jadi isu besar, yang sepatutnya tidak jadi isu dan tidak dipolitikkan. Bila dipolitikkan ia jadi besar dan di luar jangkauan, kerajaan telah sediakan RM43 bilion pinjaman yang diberikan secara mudah kepada pelajar.
"Tabung begini amat diperlukan bagi meraka yang tidak mendapat kemudahan biasiswa untuk melanjutkan pengajian. Jika dimansuhkan ia ibarat telah menafikanhak orang lain yang ingin belajar," katanya.
Muhyiddin turut menyelar sikap pemimpin parti pakatan pembangkang yang menggunakan isu PTPTN semata-mata untuk meraih sokongan rakyat demi kepentingan diri sendiri.
"Kalau sudah tidak ada tabung, nak pinjam apa... jadi jangan terpengaruh dengan pihak yang cuba meraih sokongan untuk pilihan raya. Pelajar IPT semua waras dan boleh berfikir... tidak mungkin mereka buat perkara yang negatif.
"Dasar untuk sediakan tabung ini akan diteruskan selagi ada keperluan, buat apa kita nak layan nafsu buas dan rakus sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.
Even though students are now allowed to be involved in politics, however it is important that they do it in moderation without affecting their studies. The are also responsible to manage their time accordingly.
BalasPadamPara pelajar perlulah pandai mengurus masa dan komitment mereka dalam pelajaran dan politik. Berpolitik sambil belajar memerlukan tanggungjawab yang besar.
PadamSama juga kebebasan yang diberikan oleh guru2. biarlah kebebasan tu digunakan dengan sebaiknya.
PadamHopefully the students will use this opportunity more responsibly to avoid controversies.
BalasPadamKebebasan berpolitik juga ada batasannya, janganlah sehingga keluar batas ataupun menyebabkan kontroversi.
PadamSudah diberi kebebasan berpolitik, sekarang pula guna kebebasan dengan berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemansuhan PTPTN.
Padammenurunkan bendera PM, membuat ancaman bunuh kepada PM.. adakah tindakan2 ini menunjukkan kematangan mahasiswa untuk diberikan kebebasan dalam berpolitik??
BalasPadambelalangApr 27, 2012 05:18 AM
Padammenurunkan bendera PM, membuat ancaman bunuh kepada PM.. adakah tindakan2 ini menunjukkan kematangan mahasiswa untuk diberikan kebebasan dalam berpolitik??
Ini adalah perbuatan yang bodoh dan tidak bertanggungjawab, melampaui batas.
Kebebasan yang melampau sudah ni. hasutan dari pihak pembangkang.
Padamsepatutnya mahasiswa memberikan tumpuan yang lebih kepada pendidikan, bukannya politik.. apa gunanya ROS memberikan kelulusan kepada penubuhan parti politik pembangkang jika rakyat di negara ini masih mengharapkan pelajar untuk memperbetulkan sistem pentadbiran negara??
BalasPadamMahasiswa patut sudah pandai menilai baik dan buruknya tindakan yang mereka buat. menuntut pemansuhan PTPTN memperlihatkan mahasiswa 'bagai kacang lupakan kulit'.
BalasPadammahasiswa perlu matang dalam bertindak.
Padamtu la kebebasan dan demokrasi negara jangan disalahgunakan.
BalasPadamya..kebebasan dan demokrasi jangan disalah guna.
Padamsebaiknya pelajar utamakan pengajian mereka terlebih dahulu. berpolitik selepas belajar.
BalasPadamya, pelajran harus menjadi keutamaan setiap pelajar.
PadamItu sudah menjadi tugas mereka untuk sentiasa bertanggungjwab.
BalasPadamJangan persiakan usaha ini. harus pandai menghargai.
BalasPadamPrihatin terhadap pindaan itu dan pastikan tidak ada lagi yang menjadi isu.
BalasPadamYang penting jangan biarkan diri senang2 dijadikan alat politik untuk pihak tertentu.
BalasPadamya, jangan biar diri jadi alat politik sesetengah pihak.
PadamMahasiswa harus bijak menilai sesuatu pekara agar dapat bertindak dengan betul.
BalasPadamMahasiswa perlulah sedar akan keutamaan mereka sebagai seorang pelajar.
BalasPadam