Isnin, Mac 19, 2012

PEMANDU TEKSI DIROMPAK DAN DIJERUT LEHER HINGGA MATI OLEH 4 REMAJA PENDATANG ASING TANPA IZIN

Tanam mayat di pantai

BEAUFORT 19 March 2012: Misteri kehilangan seorang pemandu teksi sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dengan kesan jerutan dipercayai dibunuh sebelum ditanam di Pantai Sawangan, Kuala Penyu, di sini.

Mayat Chin Kui Fui, 42, ditemui tertanam di pantai itu jam 5 petang kelmarin susulan tertangkapnya empat suspek remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis menyatakan Chin tidak pulang ke rumahnya di Mesapol, Sipitang selepas keluar, 14 Mac lalu.

“Polis melancarkan gerakan dan menemui teksi mangsa dinaiki dua remaja di Jalan Simpang Tiga, Sipitang-Tenom sehari kemudian.

“Kedua-dua remaja itu ditahan dan soal siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan dua lagi rakan di Sipitang dan bandar ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua suspek menahan teksi dipandu mangsa di Sipitang dan meminta dihantar ke Beaufort. “Hasil soal siasat, sepasukan polis menuju ke Pantai Sawangan dan menemui mayat mangsa ditanam dengan kesan jerutan di leher. Suspek mengaku menyamun wang RM220 lalu membunuh mangsa sebelum melarikan teksi miliknya,” katanya.

Mustaffa Maarof berkata, bedah siasat mendapati mangsa maut akibat gagal bernafas kerana dijerut.

Semua suspek pendatang asing tanpa izin dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

-----------------

Foreign teens held over cabbie's death

KOTA KINABALU 19 March 2012: Police held four teenage foreigners after a dead taxi driver was found buried in Kuala Penyu, 130km south of here. Chin Kui Fui, 42, appeared to have been strangled to death with the safety belt of the vehicle at the Sawangan beach where his body was found on Saturday. He was believed to have been robbed of about RM220 at knife point inside the vehicle and was set upon by the four passengers when he tried to fight them off on Wednesday. Chin from Mesapol in Sipitang was last seen by family members leaving for work on Wednesday.

7 ulasan:

  1. Pembunuhan terjadi hanya disebabkan RM220, menyedihkan.Diharapkan beberapa orang remaja asing ini akan mendapat hukuman yang sewajarnya.

    BalasPadam
  2. Selain itu, Takziah diucapkan kepada ahli Keluarga pemandu teksi tersebut. Semoga tabah menerima kenyataan ini.

    BalasPadam
  3. Jenayah yang melibatkan PATI lagi. Bagus dikasi bom ba tu PATI semua. Mudah2an dapat hukuman yang setimpal.

    BalasPadam
  4. makin byk jenayah dilakukan oleh PATI. kenakan hukuman berat terhadap mereka.

    BalasPadam
  5. Pendatang Izin lagi itu yang buat semua itu. Memang tidak sedar diri mereka hanya penumpang dikawasan orang.

    BalasPadam
  6. jatuhkan hukuman mati kepada semnua suspek.. tidak perlu hukuman mereka diringankan atas faktor umur..

    BalasPadam
  7. terdapat dua kesalahan berat yang dilakukan oleh remaja2 PATI ini.. pertama membunuh, dan yang kedua masuk atau tinggal di negeri ini secara haram.. oleh itu layaklah mereka ini dikenakan hukuman gantung sampai mati..

    BalasPadam