Sabtu, Mac 17, 2012

BAPA DIRANG DIUSIR KE FILIPINA

Bapa Dirang diusir ke Filipina, tak terlibat kes bunuh

bapa dirangJOHOR BAHRU 16 Mac 2012- Polis Johor hari ini mengesahkan bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan sudah diberikan supaya bapa kanak-kanak itu diusir ke negara asal.

"Ayah Nurul tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes ini. Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan Timbalan Pendakwa Raya adalah supaya dia diusir ke negara asal dan pihak imigresen akan lakukan.

"Dia (bapa Dirang) berasal daripada Filipina dan tidak mempunyai apa-apa dokumen diri sejak sekian lama,"

kata beliau kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Bapa kandung Nurul Nadirah, Utoh ditahan polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak terbabit di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini pada 8 Mac lalu.

Dia sebelum ini ditahan reman hingga Isnin ini mengikut Seksyen 15 (1)(D) Akta Imigresen.

Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekat

Nurul Nadhirah, 5, ataupun dikenali sebagai Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu. Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit di kawasan flat kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Berikutan kehilangan mangsa, polis menahan tiga orang jiran mangsa yang merupakan penagih dadah dan bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan menunjukkan penjenayah yang disyaki membunuh dan membakar Dirang sudah pun dicekup dan kini ada dalam tahanan polis.

"Kini yang tinggal adalah tiga suspek warganegara tempatan berusia 30-an. Mempunyai rekod terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod lampau hasil siasatan dilakukan. Polis akan memohon perintah tahanan reman ke atas dua lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan yang ditahan sebelum ini, di Mahkamah Majistret di sini esok," katanya.

sms ugutan dirangSementara itu, Mohd Mokhtar berkata, seorang lelaki ditahan di Machang, Kelantan berhubung isu menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan untuk mendapatkan wang tebusan.

"Tangkapan sudah dibuat di Kelantan seperti mana yang kita tahu ibu Dirang, Roselyn Alan ada menerima SMS daripada individu yang meminta wang daripadanya.

"Seorang lelaki dicekup polis dan tiga telefon bimbit dimiliki dirampas. Salah satu daripada tiga telefon bimbit ini digunakan untuk menghantar SMS terbabit," katanya.

-----------

1,000-strong Sabah Suluk community in Johor step up on security

PASIR GUDANG March 16, 2012: The murder of Nurul Nadirah Abdullah, or Dirang, has resulted in the 1,000-odd residents here forming their own security units to protect the families and children here.

The residents, comprising mostly Sabahans from the Suluk community, also want the local council to rebuild the damaged perimeter fencing which separates the four blocks of apartments from the adjacent oil palm plantation.

Dirang's abductors had smuggled the little girl out through a break in the fence.

Community leader Jaharah Kujasan said it took a tragedy for them to realise they could not take the safety of their children for granted.

"Dirang's death has affected us and we are now taking security measures seriously.

"There are more than 1,000 people staying here and we have to take their safety into consideration.

"I have children too. I see the children here as my own.

"I remember Dirang who was a lovely and innocent child.

I do not want a repeat of such an incident.

Dirang was abducted on her way to a grocery store on March 1.

Her charred remains were found a week later at an abandoned project in Nusa Damai.

Her remains were buried on Wednesday at the Kampung Sungai Pertanian Muslim cemetery in Masai.

Dirang's biological father, who was one of the four suspects arrested, was brought to the cemetery in handcuffs to pay his last respects.

A large crowd had turned up at the funeral.

The other three suspects are believed to be drug addicts with criminal records. Two of them were a couple living in a vacant unit across from the victim's place on the same floor.

Residents' community chairman Muzafar Abdul Rahim said the incident was an eye-opener.

"Although there have been cases of petty thefts in the past, this is the first such case reported.

"We hope the authorities will help us to make this area more secure."

Another resident, Merlinda Budin, said the incident had left parents frightened and jittery.

"Now everyone is over-protective of their children.

They are not allowed to be on their own, even within the compound.

"This place is never going to be the same again, all because of some evil people who have turned our lives upside down."

Meanwhile Dirang's mother Roselyn Alan, 25, said she was considering moving out from the area but would wait for her husband, Lima Medeng, to get a permanent job first.

Roselyn said this place held memories of her daughter and they were too painful to bear.

The 5-year-old girl, the second in a family of three, was believed to have been murdered before her body was burnt.

Initial investigations point to revenge as the motive as two of the suspects had several run-ins with her family.

The two, a couple, were believed to be drug addicts who committed petty thefts in the neighbourhood and were often chided by Dirang's family.

8 ulasan:

  1. Harap dengan adanya kerjasama antara penduduk dan juga penguatkuasa, kawasan mereka akan dijadikan lebih selamat untuk semua penghuni. Ibu-bapa juga perlulah menjaga anak mereka dengan baik dan jangan membiarkan mereka keluar sendirian.

    BalasPadam
  2. Semoga pembunuh yang terlibat dalam kes kematian Dirang akan disabit kesalahan dan diberikan hukuman yang serius.

    BalasPadam
  3. PATI memang harus balik ke tempat asal.

    BalasPadam
  4. Bapa Dirang kena dptkan dokumen yang Sah dahulu sebelum boleh kembali ke Malaysia.

    BalasPadam
  5. Tidak sangka banyak komuniti Suluk di Johor. Di kalangan mereka ada juga PATI seperti bapa Dirang. Walaupun bersimpati dengan nasib bapa Dirang namun undang2 tetap undang. Semoga pembunuh anaknya dapat ditangkap.

    BalasPadam
  6. Baguslah kalau suspek sudah tertangkap. Nampaknya yang mengatakan bapa Dirang terlibat sebenarnya tidak tepat.

    BalasPadam
  7. semakin peritlah hidup Ibu kepada Dirang.. belumpun kesedihannya reda setelah kehilangan anak, kini suaminya pula dihantar balik ke negara asal..

    BalasPadam
  8. pengajaran kepada kes ini, jangan biarkan anak2 kecil berada diluar rumah tanpa ditemani ibubapa atau penjaga..

    BalasPadam