Jumaat, Januari 06, 2012

SOROK WANG RASUAH DALAM TELEKUNG

RM4j dalam akaun keluarga

BERTIMBUN...pegawai SPRM mengira wang hasil suapan yang dirampas, semalam.BERTIMBUN...pegawai SPRM mengira wang hasil suapan yang dirampas, semalam.

IPOH: Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak dikesan menyembunyikan wang tunai lebih RM700,000 disyaki hasil suapan diterimanya di merata lokasi di kediamannya termasuk dalam kain telekung, selain di bilik tidur, ruang tamu dan dapur.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan turut mengagihkan wang suapan yang keseluruhannya dipercayai melebihi RM4 juta di dalam beberapa akaun bank milik anggota keluarganya, berdasarkan buku bank yang turut ditemui di rumahnya.

Perbuatan jijik suspek terbongkar apabila sepasukan lebih 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melakukan serbuan mengejut di kediaman anggota perkhidmatan awam itu di Gerik, awal pagi semalam.

Sumber berkata, suspek yang bekerja di Jabatan Perhutanan Perak, ditahan ketika berada di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya.

“Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan suspek di dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain dalam telekung.

-----------------------------------------

Sorok wang dalam telekung

IPOH – Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu rumah seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak terkejut apabila menemui wang yang diragui statusnya berjumlah RM720,000 di dalam kain lipatan telekung, dapur dan ruang tamu.

Serbuan di kawasan Gerik pukul 10 malam kelmarin itu turut menemui beberapa akaun saham amanah atas nama ahli keluarga suspek berusia 50 tahun itu yang bernilai hampir RM4 juta.

Satu sumber memberitahu, serbuan dilakukan selepas pihaknya menyoal siasat rakan sekerja suspek dan seorang tauke balak di Hutan Kuar, Pangkalan Hulu beberapa jam sebelum itu.

Katanya, pihaknya turut menyita 300 batang balak yang ditebang di luar kawasan yang dibenarkan daripada dua suspek tersebut.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan. Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan di rumah itu apabila seorang anak suspek cuba menghalang bapanya daripada dibawa SPRM pada pukul 2 pagi.

“Selain wang dan saham amanah yang diragui statusnya itu, kita juga akan menyiasat mengenai kewujudan dua kereta mewah jenis Honda Accord dan Volvo yang berada di rumah suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pengarah SPRM negeri, Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

16 ulasan:

  1. Syabas kepada SPRM, harap mereka akan teruskan penyiasatan mereka dengan adil dan bersih.

    BalasPadam
  2. Buktikanlah kepada semua rakyat Malaysia bahawa SPRM mampu melaksanakan tugas mereka dengan adil.

    BalasPadam
  3. As the culprits are getting more savvy and cunning, hopefully SPRM will further their modus operandi to bring these culprits to justice.

    BalasPadam
  4. perbuatan jahat pasti akan terbongkar juga. tahniah kepada SPRM.

    BalasPadam
  5. mereka yang bersalah melakukan rasuah harus dikenakan hukuman yang berat.

    BalasPadam
  6. Rasuah adalah jalan mudah untuk menjadi kaya. Tidak hairan ramai yang terlibat dengan rasuah.

    BalasPadam
  7. Tahniah SPRM. Diharapkan agar SPRM dapat siasat yang mereka yang berjawatan lebih tinggi selepas ini.

    BalasPadam
  8. sesiapa yang mengambil rasuah takkan terlepas dari hukuman.

    BalasPadam
  9. Siapa suruh main rasuah akhirnya kedapatan juga itu.

    BalasPadam
  10. Siapa suruh main rasuah akhirnya kedapatan juga itu.

    BalasPadam
  11. Jauhilah genjala rasuah. Kerana ini bukannya budaya kita.

    BalasPadam
  12. syabas kepada sprm.. berani buat, beranilah tanggung risikonya..

    BalasPadam
  13. pihak yang memberikan suapan itu juga patut disiasat dan dikenakan tindakan.. pemberi dan penerima rasuah wajar dihapuskan..

    BalasPadam
  14. Baik sangatlah orang ni, dalam telekung pun boleh simpan duit haram.

    BalasPadam
  15. Bagus SPRM, lebih banyak orang yang makan rasuah ditangkap.

    BalasPadam