Isnin, Disember 26, 2011

NAJIB LANCARKAN MATA WANG CETAKAN SIRI BAHARU

Pelancaran Mata Wang Siri Baharu Malaysia

image-------------------------------------

Rabu, 21 Dis 2011 : Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011. Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.

Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

------------------------------------------

Laman Sesawang Wang Kertas Malaysia Siri Baharu: Keunikan Malaysia

RM100 specimen

Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

Laman Sesawang Wang Kertas Malaysia Siri Baharu: Keunikan Malaysia

11 ulasan:

  1. wang kertas cetakan baru ini kelihatan sungguh menarik dan cantik.

    BalasPadam
  2. tak sabar menungu ia diedarkan.

    BalasPadam
  3. wang kertas kali ini menggunakan simbol sabah dan juga sarawak.. hebat!

    BalasPadam
  4. nampak menarik dan cantik duit baru ni.

    BalasPadam
  5. harap duit ini juga berkualiti dan tahan.

    BalasPadam
  6. harap2 duit ini tidak mudah diciplak oleh pihak2 yang tidak amanah.

    BalasPadam
  7. Cantik dan sesuai dengan design yang diberikan.

    BalasPadam
  8. Lambang gunung Kinabalu diguna pakai! Wow! Not RM20 pun ada sudah balik. Diharap peningkatan ciri2 keselamatan duit ini mampu mengurangkan kegiatan pencetakan duit palsu.

    BalasPadam
  9. nampak berwarna warni. yang not RM20 tu yang paling baru sebab sebelum ni macam belum pernah keluar.

    BalasPadam
  10. memang sesuailah dikeluarkan wang cetakan siri baru ni. yang lama sudah banyak yang lusuh dan koyak tapi masih ada yang gunakan dalam urusniaga. kalau saya, wang kertas RM50 sekalipun saya sanggup simpan dan tidak gunakan kalau sudah lusuh, koyak atau terdapat contengan di permukaan wang tersebut.

    BalasPadam
  11. Cantiknya wang baru ini? Berwarna-warni...

    BalasPadam