Rabu, Januari 04, 2012

KEPUTUSAN BERSEJARAH BAGI KES GAJI MINIMUM

Gaji minimum 56 pengawal keselamatan menang kes bersejarah

court_verdict SHAH ALAM Jan 3, 2012 – Dilihat sebagai kes bersejarah sejak gaji minimum diperkenalkan tahun lepas, hari ini 56 orang pengawal keselamatan yang bekerja di Shah Alam berjaya dalam tuntutan mendapatkan kenaikan gaji pokok sebanyak RM550.

Tuntutan mereka yang difailkan Oktober lalu membuahkan hasil apabila Mahkamah Buruh Subang Jaya menerima permohonan mereka.

Kesemua 56 pengawal keselamatan itu mendapat pampasan keseluruhan sebanyak RM120,000.

Jurucakap kumpulan pengawal keselamatan, Zainudin Mohd Nor menyifatkan kejayaan mereka sebagai "hadiah tahun baru" dan berharap ia akan membantu pengawal-pengawal keselamatan lain dari seluruh negara yang berhadapan dengan masalah yang sama.

"Ya, ini kes pertama melibatkan tuntutan gaji minimum sejak ia diperkenalkan tahun lalu," katanya lagi.

Kata Zainudin, seramai 62 mengemukakan tuntutan tetapi mahkamah hanya membuat keputusan memihak kepada 56 pengawal keselamatan.

Baki enam pengawal keselamatan diputuskan tidak layak kerana berkhidmat secara kontrak, kata Zainuddin.

Katanya, sebagai rakyat negara merdeka pengawal keselamatan berhak untuk menuntut hak mereka yang dinafikan iaitu tidak diberi gaji minimum yang sepatutnya sedangkan kerajaan menetapkan kadar itu tahun lalu.

“Kami bersyukur atas kenaikan gaji kerana pendapatan kami tidak mencukupi untuk menampung keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tuntutan berkenaan gaji pokok ini merupakan salah satu daripada tiga perkara dibawa ke mahkamah.

Katanya, dua tuntutan lain ialah bayaran elaun kerja lebih masa dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang akan didengar kemudian.

"Dua tuntutan ini akan didengar kemudian," katanya.

Pada 15 Februari lepas, kerajaan menguatkuasakan peraturan baru gaji minimum bagi pengawal keselamatan Semenanjung Malaysia antara RM500 dan RM700 dan skala gaji baru itu dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon A dengan gaji pokok RM550 dan elaun RM150 yang meliputi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Baharu selatan, Kota Tinggi, Kulaijaya dan Pontian.

Zon B memperuntukkan gaji pokok RM500 dan elaun RM100 merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Muar, Ledang dan Segamat.

Untuk Zon C, gaji pokok ditetapkan pada RM450 dan elaun RM50 bagi Kedah, Kelantan dan Perlis.

-----------------

Gaji minimum RM900 bakal dilaksana Julai

Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini.

“Jawatankuasa teknikal MPGN sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Semua pihak yang terbabit dalam MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet,”

17 ulasan:

  1. Congratulations for achieving minimum wage of RM900 for security guards.

    BalasPadam
  2. Hope that the minimum wage policy will help give proper wages to all employees in the country.

    BalasPadam
  3. mudah-mudahan pembentangan tersebut dapat membantu mereka yang mempunyai gaji di bawah rm 900 menringankan kos-kos harian mereka.

    BalasPadam
  4. Bekerja dengan bersungguh-sungguh lepas ni.

    BalasPadam
  5. pasti pengawal-pengawal keselamatan tersebut lega dengan keputusan ini.

    BalasPadam
  6. harap ini akan memberikan motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih baik.

    BalasPadam
  7. tahniah atas kemenangan mereka. kes ini pasti satu kejayaan kepada pihak pekerja.

    BalasPadam
  8. hrap lebih byk hak2 pekerja yang dpt dibela.

    BalasPadam
  9. Baguslah kalau pengawal keselamatan menang dalam kes tersebut. Itu hak mereka maka pasti menyebelahi mereka.

    BalasPadam
  10. tahniah kepada yang berjaya dengan tuntutan itu.. sesungguhnya mahkamah yang ada di Malaysia sentiasa menyebelahi pihak yang berada dipihak yang benar..

    BalasPadam
  11. kerajaan patut laksanakan gaji minimum.. kalau tidak untuk semua sektor, sekurang2nya kuatkuasakan skim ini untuk beberapa sektor atau industri yang kurang diceburi oleh rakyat tempatan..

    BalasPadam
  12. gaji minimum ni harus diselaraskan dan pekerja berhak menuntut gaji minimum.

    BalasPadam
  13. Di Sabah pun perlu juga tu minimum gaji. patut diseragamkan di semua negeri di M'sia.

    BalasPadam
  14. siapa dan apa jenis pekerjaan yang layak dapat gaji minimum ni?

    BalasPadam
  15. ni ada majikan yang tidak mengikut penguatkuasaan gaji minimum. patut mereka dikenakan tindakan.

    BalasPadam
  16. saya masih lagi mnunggu kenaikan gaji baru dan tunggakan dr syarikat maha security... di pantai timur...sedangkan syarikat lain sudah pun mmbayar..ape kes? huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuntut kenaikan dan tunggakan tu..

      Padam