Jumaat, Disember 16, 2011

LHDN TIDAK TERIMA BORANG PERMOHONAN SALINAN BR1M

LHDN Tidak Terima Borang Permohonan Salinan Untuk BR1M

BACHOK, 16 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan menerima borang permohonan fotostat yang dikemukakan untuk mendapatkan bantuan RM500 melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditutup permohonannya hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pemohon perlu terlebih dulu memastikan borang permohonan yang hendak diisi adalah asli.

"Kerajaan hanya akan menerima permohonan melalui borang asli yang dikeluarkan LHDN yang mula diedarkan awal bulan ini,"

(SILA RUJUK KEPADA KENYATAAN MENTERI KEWANGAN KEDUA MENGENAI PENERIMAAN BORANG PHOTOSTAT DARIPADA BORANG ASAL BOLEH DIGUNAKAN PADA 17/12/2011  KLIK DISINI)

katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ehsan kepada petani di Kampung Alor Ganu di sini hari ini.

Seramai 56 petani menerima bantuan berjumlah RM50,000 berikutan tanaman padi yang diusahakan mereka musnah diserang penyakit karah.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata LHDN mempunyai mekanisme untuk mengesahkan sama ada borang permohonan yang diterima adalah tulen atau sebaliknya.

Menurutnya kerajaan mengeluarkan borang permohonan yang mencukupi bagi isi rumah berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan yang layak memohon bantuan itu.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/16/mstar_berita/20111216170710&sec=mstar_berita

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hanyaborangasli/Article/index_html

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011121703120520111217031205/Article/index_html

------------

image KENYATAAN AKHBAR YB MENTERI KEWANGAN II DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH

Kementerian Kewangan Malaysia 30 November 2011

13 ulasan:

  1. pemohon kena pastikan borang yang mereka isi adalah asli.

    BalasPadam
  2. bagaimana dengan borang yang dimuaturun secara talian?

    BalasPadam
  3. Jika mereka yang bersungguh2 memohon bantuan ini pasti mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan borang yang asli dan tidak menggunakan borang fotostst. semoga berjaya.

    BalasPadam
  4. bagus juga macam ini, untuk mengelak sebarang bentuk penyelewengan. Pihak yang bertanggungjawb harus tegas.

    BalasPadam
  5. ada isu2 penipuan ke atas borang BR1M, jadi harus berhati-hati.

    BalasPadam
  6. jadi gunalah borang yang asli untuk membuat permohonan bantuan tersebut.

    BalasPadam
  7. Pemohonan dengan Borang BR1M salinan sudah dibenarkan.

    BalasPadam
  8. Harap pemohon yang layak akan diluluskan pemohonan mereka itu untuk mendapatkan bantuan ini.

    BalasPadam
  9. Ambil serius akan peringatan ini untuk elakkan kesulitan semasa memohon.

    BalasPadam
  10. lagi bagus jika pegawai2 LHDN dapat turun ke kawasan pedalaman bagi mengedarkan borang permohonan BR1M ini kepada penduduk kampung yang layak..

    BalasPadam
  11. jika pegawai2 LHDN tidak mampu keluar mengedarkan borang tersebut kepada penduduk kampung, baik benarkan saja para pemohon menggunakan borang permohonan fotostate..

    BalasPadam
  12. Jika mengunakan borang asli maka ini akan memakan kos perbelanjaan lagi. Ini akan menyusahkan lagi permohonan. Bagaimana pula dengan mereka yang berada dipendalaman? Dimana mereka akan memperolehi borang??

    BalasPadam
  13. Seharusnya untuk memperolehi borang tersebut perlulah lebih mudah dan senang didapati.

    BalasPadam