Isnin, November 14, 2011

WARGA ASING DITAHAN POLIS KES TETAK MANGSA SAMPAI MATI

--------------------------------------

Polis tahan lelaki warga asing bantu siasatan kes bunuh

LAHAD DATU 14th Nov 2011: Polis menahan seorang lelaki warga asing untuk membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki yang mati ditetak di bilik sewanya, di Tingkat 2, Kedai Singgahmata, dekat sini pada pagi Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah ini, ASP Bong Khuet Khiun, berkata suspek yang berumur 21 tahun itu berjaya ditahan dengan bantuan ahli keluarganya pada kira-kira pukul 9 malam, pada hari kejadian sama, di kawasan bandar Lahad Datu.

“Dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihak polis yakin dapat menyelesaikan kes tersebut kurang daripada tempoh 48 jam,” katanya di sini, pada Sabtu sambil menambah pihaknya bagaimanapun masih belum menemui senjata jenis parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Dalam kejadian pagi Sabtu lalu, mangsa Pesi Santos, 40, mati dipercayai akibat ditetak di bahagian anggota badannya termasuk di leher, kepala, kaki dan lengan oleh suspek yang menyerangnya.

Manakala, isteri mangsa Normah Ali, 39, yang turut parah akibat ditetak di bahagian kepala dan lengan dalam kejadian itu telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Lahad Datu dan keadaannya kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, menurut Bong, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca dari perselisihan faham yang berlaku antara mangsa dan suspek yang juga merupakan salah seorang penyewa di bangunan kedai yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Kesiksaan dan suspek yang ditahan telah direman bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

----------

image Suami maut ditetak, isteri cedera parah

LAHAD DATU 13th Nov 2011: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, manakala isteri- nya cedera parah selepas ditetak di kepala, dalam kejadian yang berlaku di bilik sewa mereka yang terletak di Tingkat 2, Kedai Singgahmata, dekat sini, awal pagi Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Bong Kuet Khiun, berkata mangsa yang dibunuh dikenali sebagai Pesi Santos, 40, parah di bahagian anggota badan dan tangan dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam.

Manakala, isterinya Normah Ali, 39, pula yang mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditetak kini berada di unit rawatan rapi Hospital Lahad Datu (HLD).

“Polis mengklasifisikan kes ini sebagai bu- nuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan,” katanya, di sini, pada Jumaat.

Menurut Bong, siasatan awal yang dijalankan pihaknya mendapati motif kejadian itu dipercayai berpunca dari pergaduhan mulut antara mangsa dengan salah seorang jiran yang juga menyewa dibangunan yang sama mengenai kehilangan barang seperti kasut dan baju.

Katanya, sepasukan anggota polis digegaskan ke tempat kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Sebaik tiba katanya, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik sewa berkenaan, manakala isterinya berjaya mendapatkan pertolongan dari orang awam.

Bagaimanapun, tambah Bong, suspek terba- bit dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu.

Pihak polis juga katanya, belum menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

“Usaha mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian ini sedang giat dibuat termasuk melancarkan Ops Tutup dijalan Tungku dan Silam,” katanya lagi.

10 ulasan:

  1. Harap pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan sebaik mungkin. Pastikan kebenaran dikenal pasti.

    BalasPadam
  2. Masalah jenayah warga asing di negeri kita ini semakin teruk, harap tindakan yang terbaik akan diambil untuk mengawal kadar jenayah di sini.

    BalasPadam
  3. Kes ini kes berat dan yang bersalah harus dihukum. Pendatang memang tidak dapat mengadaptasi budaya kesabaran dan keprihatinan yang ada pada orang2 tempatan.

    BalasPadam
  4. Harap penjenayah tu ditangkap. Kebanjiran warga asing ke Sabah di mendatangkan banyak kebaikan. Kes jenayah semakin bertambah.

    BalasPadam
  5. dah menjadi sikap warga asing ni, salah faham sikit nak tetak orang. mereka tak patut tinggal di negara kita.

    BalasPadam
  6. tahniah dengan kecekapan pihak polis memburu penjenayah ini.. Lahad Datu memang tidak selamat kerana terlalu ramai PATI berkeliaran di daerah itu.. baik pihak berkuasa ambil tindakan mengusir semua PATI ini jika tidak mahu lebih banyak jenayah berat berlaku di daerah itu..

    BalasPadam
  7. Warga asing lagi. Selagi masalah PATI tidak diselesaikan, selagi itu keselamatan orang tempatan sentiasa terancam.

    BalasPadam
  8. bukankah di Lahad Datu ni memang ramai warga asing? kalau tengok memang tak dapat bezakan mana orang tempatan dan mana yang bukan.

    BalasPadam
  9. sudah banyak kes melibatkan warga asing. harap pekara ini akan dapat diatasi..

    BalasPadam
  10. Teruskan menyiasat kes pembunuhan ini. Jangan suspek terlepas.

    BalasPadam