ekoParlimen: Kerajaan Belum Muktamadkan Cukai 6% Prabayar Telco
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan belum memutuskan sama ada membatalkan atau tidak cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar seperti yang diumumkan Syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini.
Menyatakan demikian di Dewan Rakyat pada Selasa, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Joseph Salang berkata cukai tersebut merupakan salah satu daripada cukai pendapatan utama negara.
"Keputusan yang akan dibuat juga mungkin bergantung kepada syarikat Telco sendiri," katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai status penangguhan caj tersebut seperti yang diumumkan KPKK baru-baru ini.
Harap cukai ini tidak akan dilaksanakan, sudah cukup bebanan rakyat ini.
BalasPadamSyarikat Telco tidak patut mengenakan apapa cukai tanpa kelulusan daripada kerajaan.
BalasPadamcukai tersebut tak harus dilaksanakan, harap ia dibatalkan.
BalasPadamHarap batal terus la 6% tu.
BalasPadamada peniaga yang jual prepaid lebih rm0.50 hingga rm1 dari nilai sebenar prepaid itu.. so macam mana pula dengan kes itu?? kenapa tidak ada pihak yang cuba mempertikaikan tindakan peniaga itu??
BalasPadamcukai ini belum dimuktamadkan lagi. harap kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik berhubung dengan pekara ini.
BalasPadampandangan dan pendapat dari pelbagai pihak harus diambilkira.
BalasPadamTangani isu ini dengan bijak. Rakyat semakin tersepit dengan keadaan yang membebankan.
BalasPadamperlu pertimbangkan cukai 6% ni. kalau mahu kenakan cukai pun biarlah tidak sampai ke tahap terlalu membebankan rakyat. lagipun harga barang2 pun banyak sudah banyak yang naik sekarang.
BalasPadamNampaknya cukai itu masih lagi dalam perbincangan antara kerajaan dan pihak Telco..Maka kita perlu menunggu hasil perbincangan dari kedua pihak.
BalasPadam