Pengurus Ladang Di Telupid Mati Ditikam Dua Pekerja
BELURAN, 22 Nov (Bernama) -- Seorang pengurus ladang kelapa sawit ditemui mati ditikam di Ladang Ruku-Ruku Telupid semalam.
Mayat Leong Yun Hin, 38, ditemui dengan beberapa kesan tikaman di badan dalam keretanya kira-kira pukul 5.30 petang.
Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata sehubungan itu polis menahan dua lelaki rakyat Indonesia dalam satu sekatan jalan raya di Inanam Kota Kinabalu Selasa, bagi membantu siasatan.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki Leong bersama seorang pekerja wanitanya berusia 20 tahun ditahan oleh dua lelaki yang juga pekerjanya di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.
Dua lelaki itu yang masing-masing bersenjatakan sebilah pisau mengugut mangsa supaya menyerahkan pasport mereka dan mangsa memberitahu bahawa pasport mereka akan diserahkan tetapi meminta mereka pergi ke pejabat ladang itu.
Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu tidak berpuas hati lalu bertindak menikam mangsa dan pekerja wanita itu cuba menghalang tetapi gagal, katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dan membawa bersama pekerja wanita berkenaan.
Wanita itu ditinggalkan di Ranau dan mereka meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu sebelum ditahan dalam satu sekatan polis, katanya.
Kes pembunuhan orang tempatan yang melibatkan warga asing sudah menjadi semakin kritikal, pihak polis perlulah berusaha mengurangkan kadar jenayah oleh warga asing ini.
BalasPadamPendatang asing sering menimbulkan masalah untuk rakyat tempatan, harap pemantauan akan dibuat.
BalasPadamwarga asing ni benar2 merbahaya, suka sangat membunuh hanya kerana perkara kecil.
BalasPadamhal seperti inilah yang ditakuti, warga asing makin berani mengganas dan mengancam keselamatan orang tempatan.
BalasPadamSemakin berani mereka untuk melakukan jenayah. Hukuman harus dijatuhkan dengan segera.
BalasPadamPATI ni tiada manfaat diberi kepada Sabah dan rakyat selain daripada kegiatan jenayah yang semakin diterajui oleh durang ni.
BalasPadamkalaupun terdesak mahu pasport dikembalikan, jangan la sampai membunuh..
BalasPadamsaya harap kes ini boleh menjadi pengajaran kepada para majikan supaya menggurangkan pengambilan pekerja asing..
BalasPadammereka yang melakukan kesalahan harus dikenakan hukuman yang sewajarnya.
BalasPadamharap usaha untuk mengurangkan jumlah warga asing akan sentiasa dilakukan bagi membanteras masalah yang sering dikaitkan dengan warga asing.
BalasPadamTiada tamadun punya PATI! Bawa masalah saja mereka ni.
BalasPadamwarga asing sanggup lakukan apa saja untuk memenuhi kemahuan mereka. harus berhati-hati.
BalasPadamBaguslah kalau warga asing tersebut telah ditangkap. Hukuman berat harus diberikan kepada mereka ini.
BalasPadam