Isnin, Oktober 10, 2011

TABUNG KHAS RM 1 BILLION SELESAI MASALAH BANGUNAN SEKOLAH

image
-----
Tabung khas selesai masalah bangunan sekolah

KUBANG PASU 9 Okt. - Kewujudan Tabung Khas Pembangunan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion seperti diumumkan dalam Bajet 2012 dijangka mampu menyelesaikan masalah kerosakan teruk bangunan di 2,209 buah sekolah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak 5,555 blok di sekolah-sekolah berkenaan dikategorikan sebagai rosak teruk dari segi struktur manakala 6,600 blok mengalami masalah pendawaian elektrik.

Menurut beliau, kerosakan dan masalah pendawaian tersebut melibatkan bangunan sekolah, asrama dan rumah guru khususnya di kawasan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Kementerian Pelajaran memerlukan kira-kira RM500 juta untuk menyelesaikan semua masalah ini. Diharapkan menerusi peruntukan tabung itu dapat diselesaikan menjelang penghujung tahun depan.

"Apabila masalah ini selesai, kita boleh melihat pula kepada kategori lain seperti bangunan sekolah yang hanya mengalami sedikit kerosakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Pembinaan bangunan kabin setingkat yang menggunakan produk fiber komposit (FRC) itu menelan kos RM1.4 juta bagi menggantikan blok asrama pelajar lelaki yang terbakar pada 14 Ogos lalu.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk membaik pulih blok asrama lelaki sekolah itu yang musnah bagi menampung keperluan asrama tambahan memandangkan sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah sukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Jumaat lalu mengumumkan peruntukan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Daripada peruntukan tersebut, RM500 juta kepada Sekolah Kebangsaan, RM100 juta disediakan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM100 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, RM100 juta Sekolah Mubaligh, RM100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara.

Mohd. Puad yang juga Pengerusi Audit Fizikal di Kementerian Pelajaran berkata, bagi menjimatkan kos, pihaknya mewujudkan pasukan petugas yang terdiri daripada pegawai kementerian itu bagi membuat penilaian kerana pelantikan konsultan lebih mahal.

Katanya, setakat ini, pasukan petugas berkenaan telah melawat 778 sekolah di seluruh negara untuk membuat penilaian kos membaik pulih yang tidak melibatkan struktur.

Kementerian pelajaran juga jelasnya, sedang meneliti cadangan beberapa sektor swasta untuk pelaksanaan kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bagi kerja-kerja membaiki serta menaik taraf bangunan sekolah yang rosak teruk.

"Keputusan mengenai konsep PFI yang sesuai dengan kementerian akan diumumkan oleh Menteri Pelajaran tidak lama lagi," katanya.

-----

IT WAS HIGH TIME FOR THE FEDERAL GOVERNMENT TO RE-LOOK AT THE POSITION OF CHINESE STREAM SCHOOLS, ESPECIALLY THOSE IN SABAH, UNDER THE 1MALAYSIA CONCEPT - MASIDI

12 ulasan:

  1. Harap peruntukan daripada Tabung Khas ini boleh membantu lebih banyak sekolah untuk memperbaiki bagunan yang rosak.

    BalasPadam
  2. Harap tindakan segera akan diambil terhadap bagunan sekolah yang tidak selamat digunakan sebelum kemalangan berlaku.

    BalasPadam
  3. mana2 sekolah yang tidak selamat harus diperbaiki segera, ini demi memudahkan proses pembelajaran berlangsung.

    BalasPadam
  4. kawasan2 pedalaman Sabah banyak yang mengalami masalah bangunan sekolah. harap2 peruntukan yang diberikan adalah mencukupi dan dapat disalurkan terus kepada sekolah2 terlibat.

    BalasPadam
  5. kesian juga nampak sekolah dalam gambar tu. tapi saya pernah nampak sekolah yang lebih teruk kerosakannya dari ini.

    BalasPadam
  6. Dan sesungguhnya banyak sekolah di Sabah terutamanya di pedalaman yang perlukan bantuan2 sebegini.

    BalasPadam
  7. Keselamatan dan keselesaan warga sekolah harus dititikberatkan.

    BalasPadam
  8. diharapkan perntukan khas ini akan dapat menyelesaikan masalah bangunan sekolah.

    BalasPadam
  9. semoga peruntukan ini digunakan dengan sebaiknya dan dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pelajar..

    BalasPadam
  10. masalah struktur bangunan sekolah tidak boleh dilengah2kan.. pastikan kontraktor yang dipertanggungjawabkan dapat melaksanakan kerja2 penambahbaikkan itu mengikut standard piawaian..

    BalasPadam
  11. Haraplah masalah sekolah yang daif akan diberikan tumpuan untuk ditangani.

    BalasPadam
  12. Jika di Sabah harap kerajaan akan memberikan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri untuk memastikan dapat melaksanakan kuasa dalam pengurusan pendidikkan di Negeri tersebut.

    BalasPadam