Isnin, Oktober 10, 2011

KERAJAAN DIGESA KAJI SEMULA DASAR PENGAMBILAN PEKERJA ASING TERUTAMA DI SABAH – UNI-MLC

 

Kerajaan Digesa Kaji Semula Dasar Pengambilan Pekerja Asing

My PhotoKOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) -- Majlis Perhubungan Malaysia-Kesatuan Global UNI (UNI-MLC) menyarankan agar kerajaan Pusat mengkaji semula dasar berhubung pengambilan pekerja asing terutama di Sabah.

image Presidennya Mohamed Shafie Mammal berkata langkah itu wajar bagi memastikan kepentingan pekerja tempatan atau rakyat tempatan sentiasa terbela.

Beliau berkata lazimnya pekerja asing diambil bagi sektor tertentu sahaja terutama sektor perladangan dan pembinaan namun apa yang berlaku ialah pengambilan pekerja asing ini seolah-olah meliputi banyak sektor termasuk sektor yang sepatutnya boleh diisi oleh pekerja tempatan.

"Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji secara menyeluruh dan menentukan kuota pekerja asing yang diambil bagi sektor yang benar-benar memerlukan perkhidmatan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Bengkel Advokasi Majlis Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Asean (ASETUC) peringkat nasional di sini Isnin.

Mohamed Shafie, yang juga setiausaha agung ASETUC, berkata dasar baru itu seharusnya mengambil kira bukan sahaja pandangan kesatuan-kesatuan pekerja, majikan dan pemimpin tetapi juga mendengar keluhan pekerja tempatan sendiri di negara ini.

"Berdasarkan kajian, terdapat kecenderungan majikan tempatan melabelkan pekerja tempatan kita sebagai 'pemalas' dan tidak mahu gaji murah," katanya.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan perlu merangka garis panduan yang menyeluruh termasuk pelan mentransformasikan majikan di negara ini daripada segi persepsi terhadap pekerja tempatan, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

"Kita juga tidak mahu melihat majikan mengambil kesempatan terhadap pekerja asing dengan memberi gaji yang murah dengan kemudahan lain termasuk tempat tinggal yang tidak selesa.

"Jadi atas kesedaran inilah, maka ASETUC menganjurkan bengkel seumpama ini di sini khusus untuk para peserta dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Mohamed Shafie berkata pihaknya menyedari bahawa Sabah adalah antara negeri yang mempunyai ramai pekerja asing dan berpendapat sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan kuota atau had untuk pengambilan pekerja asing.

"Apa yang kita lihat perangkaan yang diberikan oleh kerajaan, jumlah pekerja asing di negara ini sentiasa berubah-ubah, sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pekerja asing di negara ini terutama di Sabah," katanya.

Beliau berkata walaupun negara ini menghargai sumbangan pekerja asing dalam membantu memajukan negara ini termasuk dalam soal ekonomi, namun kita tidak boleh leka dalam memperjuangkan hak-hak rakyat tempatan.

------

Penalti Kepada Majikan Yang Gagal Daftar Pekerja Asing

“Peluang yang diberikan sebelum ini cukup lama. Sekarang mereka perlu berhadapan dengan tindakan jika ditangkap,”

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan

14 ulasan:

  1. Ya, dasar pengamilan pekerja asing perlu dikaji semula supaya boleh ditangani dengan lebih berkesan.

    BalasPadam
  2. Jumlah pekerja asing yang dibenarkan masuk perlulah dikawal dan negara kita tidak patut terlalu bergantung pada pekerja asing.

    BalasPadam
  3. pengambilan pekerja asing kenalah dikawal, dah terlalu ramai pekerja asing di negara kita.

    BalasPadam
  4. utamakan kepada pekerja tempatan, pekerja tempatan ramai juga yang rajin.

    BalasPadam
  5. kenapa baru sekarang mahu menentukan kuota untuk pengambilan pekerja asing bagi sektor2 yang terlibat?

    BalasPadam
  6. pekerja asing jangan dibiarkan berkhidmat lama di negara ini. habis kontrak terus suruh mereka balik ke negara asal. ini bagi mengelakkan mereka memohon status untuk menjadi warganegara dengan mudah.

    BalasPadam
  7. Memang sikap malas segelintir orang tempatan yang membuatkan majikan kurang berminant untuk mengambil mereka bekerja.

    BalasPadam
  8. "..kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pekerja asing di negara ini terutama di Sabah.."

    Sampai bila mahu begini?

    BalasPadam
  9. jumlah pekerja warga asing yang berada dinegara kita seharusnya dikawal..jangan terlalu ramai..

    BalasPadam
  10. jumlah pekerja warga asing yang terlalu ramai bukan saja menimbulkan pelbagai masalah, malah ianya juga menjejaskan peluang pekerja tempatan.

    BalasPadam
  11. hadkah jumlah kemasukan pekerja asing dan kerajaan perlu lakukan sesuatu bagi mempopularkan kerja2 yang dimonopoli oleh warga asing kepada rakyat tempatan.. sudah tentu rakyat tempatan menuntut gaji yang tinggi sesuai dengan beban kerja yang dilakukan.. warga asing sanggup melakukan kerja itu sebab tidak ada pilihan lain..

    BalasPadam
  12. bagaimana dengan cadangan untuk tidak mambawa tanggungan warga asing ke negara ini?? saya rasa cadangan itu wajar dilaksanakan..

    BalasPadam
  13. Jika pengambilan berterusan warga asing untuk bekerja di Sabah, maka kebanjiran warga asing akan berlaku. Bagaimana dengan penduduk tempatan nanti.

    BalasPadam
  14. Sabah telah mengalami kebanjiran warga asing yang sangat ramai. Kawalan perlu untuk kemasukkan yang berterusan untuk memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.

    BalasPadam