Muhyiddin akui negara pernah dijajah
KUALA LUMPUR 2011/10/05: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan bahawa negara pernah dijajah di bawah pengaruh British namun dalam konsep yang berbeza.
"Dulu British beri nasihat kepada raja...dalam konteks ini (istilah) 'the advice of commissionor must be accepted' makna walaupun mereka (raja) ada tapi tidak bebas dan terpaksa ikut nasihat British," katanya ketika menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Wakil pembangkang itu ingin tahu sama ada negara pernah dijajah kerana menurutnya pada zaman penjajahan, Sultan dan Raja masih wujud dan menurutnya fakta sejarah ini banyak mengelirukan orang ramai terutamanya pelajar sekolah.
Muhyiddin berkata, atas konsep itu, perjuangan memerdekakan negara adalah perlu dan sumbangan pejuang seperti Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar tidak boleh diketepikan.
Beliau berkata, perjuangan kemerdekaan negara selama 54 tahun sehingga kini mempunyai signifikannya dan ianya tidak disambut pada setiap tahun dengan sia-sia.
"Itu faktor sejarah. Kalau tak, apa perlu perjuangan kita, tidak perlu debat panjang lebar, perkara diterima rakyat, 54 tahun sambut merdeka mesti ada signifikannya," katanya.
-----
Ada yang cakap tidak pernah dijajah, ada yang cakap pernah dijajah. Apa sebenarnya kebenaran sejarah kita?
BalasPadamPefahaman sejarah negara kita dari kecil lagi menerusi kelas Sejarah di sekolah tidak boleh dipercayai?
BalasPadammemang meragukanlah Sejarah kita ni..
BalasPadamnegara memang pernah dijajah.jangan lagi ada pihak yang mempolitikkan isu ini.
BalasPadamKalau tidak dijajah, untuk apa negara ini ada kemerdekaan?
BalasPadamIsu ini masih timbul? Hujung-hujung saya pun bingung dengan sejarah sebenar negara ini. Malunya kalau orang luar tanya dan saya sendiri tidak pasti fakta mana yang betul.
BalasPadamkena faham maksud penjajahan yang sebenar.
BalasPadamyang pasti kita kini bebas dan merdeka.
BalasPadamyang penting sekarang ni kita perlu mengisi kemerdekaan ini dengan sebaiknya..
BalasPadamsejarah perlu difahami dengan sebaiknya agar tidak timbul kekeliruan.
BalasPadamJika tidak pernah dijajah buat apa rakyat memperjuangkan kemerdekaan pada masa tu.
BalasPadamJepun dulu datang sini buat apa?jalan2?
BalasPadamThis country was occupied by foreign force before...thats a fact!
lagi bagus jika ahli2 politik tidak menyentuh soal sejarah.. mereka bukan lah pakar dalam bidang itu.. nanti lagi banyak versi sejarah malaysia..
BalasPadamInilah sejarah kita, maka kita haruslah mengetahuinya.
BalasPadam