Isnin, Oktober 10, 2011

KERAJAAN TARIK BALIK CADANGAN NAIKKAN ELAUN ANGGOTA PARLIMEN SELEPAS DIBANTAH OLEH PEMBANGKANG - NAZRI

Kerajaan Tarik Balik Cadangan Naikkan Elaun Anggota Parlimen - Nazri Aziz

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan menarik balik cadangan menaikkan elaun anggota parlimen berikutan bantahan daripada pemimpin kanan pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira bantahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

 

"Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak anggota parlimen lain daripada parti masing-masing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Anwar merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), sementara Azmin pula Timbalan Presiden PKR, manakala Lim adalah Setiausaha Agung DAP dan Salahuddin Naib Presiden PAS.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 mengumumkan kerajaan akan menaikkan elaun anggota parlimen dengan peruntukan kira-kira RM30 juta, jika cadangan itu mendapat sokongan semua anggota parlimen termasuk pembangkang dan wakil bebas.

Mohamed Nazri berkata pembatalan kajian semula elaun itu turut melibatkan kenaikan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.

"Cadangan ini bukan hendak mengayakan wakil rakyat kerana kita tahu gaji mereka digunakan untuk rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing. Wakil rakyat 'junior' juga hadapi masalah jalankan kerja mereka dengan gaji sekarang," katanya.

Beliau berkata gaji anggota parlimen di Malaysia ialah RM6,500 sebulan, iaitu paling rendah berbanding rakan sejawatan di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Bagaimanapun katanya, pembangkang membantah cadangan itu sebelum kerajaan sempat menjelaskan perincian kenaikan berkenaan.

Mohamed Nazri berkata cadangan mengkaji elaun Anggota Parlimen itu akan dikemukakan pada Belanjawan 2013 jika terdapat sokongan daripada mereka.

13 ulasan:

  1. Jadi elaun anggota parlimen tidak akan dilaksanakan selepas ini?

    BalasPadam
  2. Ini menunjukkan bahawa kerajaan juga menerima pandangan daripada para pembangkang.

    BalasPadam
  3. gaji ahli parlimen dikira cukup tnggi sudah, mmg wajar kenaikan gaji mereka dibatalkan.

    BalasPadam
  4. gaji sektor swasta masih lagi dalam keadaan rendah, gaji mereka yang perlu dinaikkan.

    BalasPadam
  5. tingkatkan mutu kerja dan perkhidmatan. itu yang perlu diutamakan dahulu.

    BalasPadam
  6. gunakan peruntukan tersebut untuk perkara2 yang lebih kritikal dan mendesak.

    BalasPadam
  7. jadi, tumpuan harus lebih diberikan kepada sektor lain yang lebih memerlukan.

    BalasPadam
  8. apa pun, anggota parlimen harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

    BalasPadam
  9. Beliau berkata gaji anggota parlimen di Malaysia ialah RM6,500 sebulan, iaitu paling rendah berbanding rakan sejawatan di Indonesia, Singapura dan Thailand.

    Gaji paling rendah tapi paling banyak komisen melalui projek2. Betul tak?

    BalasPadam
  10. Apa yang penting adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

    BalasPadam
  11. lepas ni kerajaan tidak perlu buat pengumuman seperti itu lagi memandangkan rm6500 itu sudah cukup untuk ahli2 parlimen melaksanakan kewajipan mereka kepada rakyat..

    BalasPadam
  12. Harap kerajaan lebih bijak menggunakan duit yang ada untuk kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  13. Mahu tambah elaun pada ahli parlimen rasanya tidak perlu. Tambah duit kalau kerja tidak tambah-tambah bagus tidak payah.

    BalasPadam