Kes bunuh: Polis kenal pasti identiti suspek
PENAMPANG 27th September, 2011: Polis telah mengenal pasti identiti dua beradik pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terlibat dalam satu kes pembunuhan di sebuah rumah kongsi Jalan Tulangis.
Ketua Polis Daerah (KPD), DSP Ratan Kumar Singh kelmarin berkata polis kini mengadakan operasi untuk memburu kedua adik beradik berkenaan.
“Kedua adik beradik yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dikenali sebagai Mirham Tahil, 34, manakala abangnya Mani Husin, 35,” kata Ratan.
Siasatan menunjukkan mangsa, Omar Daud, 26, telah dibunuh dengan kejam oleh suspek ber- punca apabila mangsa meminta suspek membayar balik hutang mereka sebanyak RM300 kira-kira jam 7 malam pada 24 September.
“Kedua-dua suspek telah melarikan diri bersama ahli keluarga masing-masing dan polis percaya mereka masih berada dalam daerah ini,” tambah Ratan.
Ratan meminta awam yang mengenali suspek dan tahu tempat persembunyian mereka agar segera menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Che Mohd Rafizi Che Ramli di talian 019-8133337 atau 088-712222.
Dalam satu kejadian berasingan, polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam satu kes bunuh di Kg Minintod pada 23 September.
Kesemua suspek berumur antara 19 dan 51 ditahan dekat tempat kejadian kira-kira jam 6 petang hari selepas kejadian.
Siasatan menunjukkan mangsa yang dikenali sebagai Wong Shui Kee, 73, telah dibunuh dalam rumahnya bermotifkan rompakan.
“Kesemua suspek kini di reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Ratan.
jenayah yang melibatkan pembunuhan semakin menjadi2 sekarang. kena lebih berhati2.
BalasPadamHarap suspek yang terlibat dalam pembunuhan ini akan dihukum jika mereka didapati salah.
BalasPadamMakin banyak masalah jenayah di negeri kita sekarang.
BalasPadamharap dua beradik tersebut berjaya ditahan, mereka ni sunggh kejam.
BalasPadamPATI..PATI...PATI...mahu piara sangat orang2 macam ni kan...tengoklah berapa banyak sudah jenayah mereka lakukan?
BalasPadamharap polis akan dapat mengesan mereka dan hukuman yang berat wajar dikenakan terhadap mereka..
BalasPadamJangan biarkan suspek ini terlepas begitu saja.
BalasPadammungkin pihak berkuasa kita terlalu lemah sehingga mereka bebas keluar masuk negeri ini, berkeliaran dikawasan bandar tanpa dokumen, malah berani melakukan jenayah..
BalasPadamSelagi PTI masih wujud dan selagi kerajaan tidak berjaya membenteras perkara ini selagi itulah negeri ini tidak aman.Jadi tindakan segera perlu diambil dan dilaksanakan dengan telus.Permasalahan ini bukan setahun dua.Perlukah kerajaan menangani masalah ini dengan mengambil tempoh yang lama?Bagaimana pula PTI yg telah ditangkap hari ini minggu depan dah masuk semula ke Sabah?
BalasPadamDo something.. kalau sdr rasa kerja2 mengusir PATI ini mudah dan boleh dilakukan dalam masa yang singkat, baik sdr kemukakan cadangan/idea sdr kepada pihak kerajaan terutamanya imigresen..
BalasPadamadakah hujah sdr telah mengambilkira faktor fizikal geografi Sabah? bagaimana dengan beribu pulau di sabah? garis pantai yang luas dan jarak Sabah dengan Kalimantan?? semua ini mempermudahkah PATI menyusup masuk ke negeri ini..