Selasa, September 27, 2011

KERETA BERHARGA RM700,000 HANGUS SENDIRI?

Kereta RM700,000 hangus sendiri

JOHOR BAHRU 27 September 2011: “Saya terkejut dan tidak sangka kenderaan mewah baru dibeli 15 bulan lalu dengan harga RM700,000 boleh terbakar sendiri.

“Saya tidak berpuas hati dan akan membawa kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),” kata pemilik BMW X6 yang terbakar di depan rumah kedainya, di Bukit Meldrum di sini, semalam.

(Gambar Hiasan)

Dalam kejadian jam 6.15 pagi, Tan Bing Kiong, 53, pemilik syarikat pengangkutan hanya mampu melihat X6 yang dibeli pada Jun 2010 rentung dijilat api walaupun sebelum itu dia sudah berusaha memadamkan kebakaran.

Tan berkata, ketika kejadian dia tidur di tingkat atas rumah kedainya apabila seorang jiran datang mengetuk pintu memaklumkan perkara terbabit.

“Saya bergegas turun dan mendapati bahagian enjin kenderaan sedang dijilat api. Melihat api masih kecil, saya mendapatkan alat pemadam bagi memadamkan kebakaran.

“Malangnya, api merebak pantas dan menyambar keseluruhan X6 dalam tempoh beberapa minit,” katanya.

-----

Kejutan dari Sabah

“Saya tidak pernah memandu kereta ini di Sabah, tetapi mengapa boleh disaman, malah jika tidak menjelaskan saman itu dalam tempoh 14 hari, saya didenda RM5,000,”

Yong Chon Heng, 30, yang mendakwa pihak tertentu menggunakan nombor pendaftaran sama dengan Nissan Cefiro miliknya

------

LAMBORGHINI GALLARDO BERNILAI RM1.2 JUTA TERBAKAR DI KL SELEPAS SEMINGGU DITINGGALKAN

------

Lagi kereta Nano terbakar

"Sebuah kereta Nano terbakar di sini kelmarin. Kami telah menghantar pasukan jurutera untuk melakukan siasatan. Kami memerlukan masa untuk menyiasat kes berkenaan," kata jurucakap Tata Motor, Debasis Ray.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan