Isnin, September 26, 2011

DAP SEPERTI "BUDAK-BUDAK KECIL TAKUTKAN HANTU" SEDANGKAN HUKUM HUDUD SEBENARNYA LEBIH ADIL DAN TIDAK MEMBABITKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM. - NIK AZIZ

DAP Ibarat "Budak Kecil Takut Hantu," Kata Nik Aziz

image

KOTA BAHARU, 26 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

imageBeliau menyifatkan DAP seperti "budak-budak kecil takutkan hantu" sedangkan hukum Hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

"DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini Isnin.

Pada Ahad, Nik Abdul Aziz berkata hukum Hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum Hudud di negara ini.

Di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum Hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka, Rabu ini.

Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, katanya kepada pemberita.

Mustafa berkata, mesyuarat pada hari tersebut yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012 tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum Hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat.

12 ulasan:

  1. Apapa sajalah, selagi PAS tidak menang, hukum hudud ini takkan dilaksanakan.

    BalasPadam
  2. Tunggulah dan lihat macam mana rakyat memilih masa PRU-13 nanti.

    BalasPadam
  3. mungkin juga hubungan DAP dan PAS akan retak..

    BalasPadam
  4. perlu faham akan hukum hudud sepenuhnya jika nak laksanakan.

    BalasPadam
  5. kenapa pula tiba2 PAS membuat kenyataan untuk laksanakan hukum hudud?

    BalasPadam
  6. pasti pemimpin DAP ni rasa tergugat jika hukum hudud dilaksanakan.

    BalasPadam
  7. Isu agama ini sangat sensitif.

    BalasPadam
  8. Masih ramai yang tak faham akan hukum Hudud ini. Itulah mereka menentang. Lebih baik ada penjelasan terperinci dibuat.

    BalasPadam
  9. Biarlah PAS dan DAP bertengkar untuk hukum hudud itu.

    BalasPadam
  10. Jika hukum hudud dilaksanakan, mahukah bangsa lain memeluk agama islam nanti? Apa kata Nik Aziz.

    BalasPadam
  11. kenapa PAS tidak berbincang terlebih dahulu dengan DAP sebelum menetapkan pendirian mereka mengenai hukum ini? sebagai rakan komponen dalam Pakatan, mereka sepatutnya tidak mempunyai masalah mengadakan perbincangan bagi menjelaskan secara terperinci mengenai pelaksanaan hukum hudud ini.

    BalasPadam
  12. perbezaan pendirian ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan sebenarnya tidak mempunyai kesefahaman dan masing2 mahu dilihat kehadapan dalam membuat keputusan..

    BalasPadam