Selasa, September 27, 2011

POLIS DIDAKWA PUKUL ORANG AWAM TIDAK AKAN DILINDUNGI

Polis Didakwa Pukul Orang Awam Tidak Akan Dilindungi

BUKIT KAYU HITAM, 27 Sept (Bernama) -- Anggota-anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata pada Selasa polis dianggap sebagai anggota profesional dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

"Pegawai kerajaan sepatutnya bagi contoh baik kepada orang ramai dan bukan melakukan sebaliknya,"

kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang pekerja pembersihan sisa pepejal, Mohd Ridzuan Mohd Noor dibelasah enam anggota polis di Kodiang, Sabtu lepas.

Dalam insiden 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.

image Mohd Ridzuan berkata mereka bertengkar dan anggota polis itu memberi amaran akan menembaknya sebelum meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian anggota polis itu kembali bersama-sama lima rakan dan membelasahnya.

Pekerja sisa pepejal itu juga mendakwa digari dan dimasukkan ke dalam lokap di Balai Polis Kodiang dan dilepaskan setengah jam kemudian. Beliau membuat aduan di ibu pejabat polis Kubang Pasu kira-kira 1.40 pagi Ahad lepas.

Abu Seman berkata tindakan hanya boleh diambil berdasarkan hasil siasatan Akta Polis atau Kanun Keseksaan.

Beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Keselamatan Kawasan Sempadan merangkap Ketua Pengarah Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Datuk Abdul Rahim Ismail mengadakan lawatan ke kawasan sempadan dari Bukit Kayu Hitam hingga Perlis Hari ini.

-----

Dipukul polis kerana sampah

MOHD. RIDZUAN menunjukkan laporan polis dan X-ray akibat dibelasah oleh polis di Jitra, Kedah semalam.

JITRA 27 September 2011 - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.

Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong.

Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu.

"Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut.

"Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya.

"Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari.

Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap.

12 ulasan:

  1. Harap tindakan diambil terhadap polis yang memukul orang awam itu.

    BalasPadam
  2. Polis tidak patut menyalah guna kuasa mereka seperti ini.

    BalasPadam
  3. tidak kira siapa pun, yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman..

    BalasPadam
  4. polis2 tersebut mmg patut dikenakan tindakan undang2. mereka ni mencemarkan nama baik PDRM sahaja.

    BalasPadam
  5. Makin tembirang polis-polis sekarang!

    BalasPadam
  6. Jadi apalah hukuman yang bakal mereka terima? Bagi yang kaw2. Siapa suruh salah guna kuasa.

    BalasPadam
  7. polis yang tidak berdisiplin. buang sampah pun tidak reti. terus salahguna kuasa lagi.

    BalasPadam
  8. ini bukan kes pertama yang melibatkan polis ni. patut mereka diberi pengajaran.

    BalasPadam
  9. Undang2 tetap undang2. Kalau undang2 sabitkan kesalahan tetap salah biar pun dia polis.

    BalasPadam
  10. Polis yang sebegini perlu dilucutkan jawatannya. Kerana mereka seperti ini yang akan memburukkan anggota polis yang lain.

    BalasPadam
  11. Seharusnya polis memberikan contoh kepada orang awam dan bukannya menjadi samseng penjawat awam. Ambil tindakkan selanjutnya kepada polis yang didapati bersalah. Salah tetap Salah tidak ada belas kasihan.

    BalasPadam
  12. saya lebih suka jika keenam2 anggota polis itu diberhentikan serta merta.. kita tidak perlukan anggota polis yang boleh bertindak kasar sesuka hati terhadap orang awam..

    BalasPadam