Sabtu, September 17, 2011

NAJIB SENTIASA DAPATKAN PANDANGAN PIHAK BERPENGALAMAN - MUHYIDDIN

Najib Sentiasa Dapatkan Pandangan Pihak Berpengalaman Dalam Sediakan Bajet

NIBONG TEBAL, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengambil kira pandangan pihak-pihak yang berpengalaman dan mempunyai idea dalam menyediakan bajet negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam menyediakan bajet, Perdana Menteri sentiasa memberi perhatian untuk memenuhi tuntutan masyarakat yang pelbagai di negara ini sama ada di bandar atau di luar bandar.

"Perdana Menteri bila sediakan bajet beliau adakan beberapa siri perbincangan dengam pihak-pihak berkepentingan, wakil-wakil persatuan industri, pertubuhan tak kira bumiputera atau bukan bumiputera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Merdeka Raya di Dewan Gerakan Masyarakat Perda, Sungai Acheh di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan cuba mengenal pasti keperluan rakyat di negara ini supaya bajet itu diterima baik segenap lapisan masyarakat.

-----

Najib Ingatkan Pemimpin Komponen Jangan Hanya Jaga Kelompok Masing-Masing

"Pemimpin BN yang tulen dan berhimpun atas semangat dan prinsip BN. Kalau ada orang yang susah, kita tak tanya dia kaum mana dan warna kulit apa.

"Siapa yang susah dan wajar dibantu. Pemimpin BN perlu terpa ke hadapan untuk bantu golongan yang susah,"

"Saya tak mahu ada mentaliti tak ada dalam pilihan raya kita dalam kelompok masing-masing. Yang kita kira kedudukan dalam parti, hal jawatan dalam parti, dan juga hal menjadi perwakilan dalam parti.

"Jangan dalam kepala kita, kita masih dalam mentaliti zaman kita masih kuat,"

Datuk Seri Najib Tun Razak

10 ulasan:

  1. Harap Najib akan membuat tindakan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

    BalasPadam
  2. Setuju bahawa setiap parti komponen kenalah sentiasa turun padang untuk mendengar suara hati rakyat dan berusaha membantu mereka dan bukan cuma menjaga kebaikan parti masing-masing sahaja.

    BalasPadam
  3. "Siapa yang susah dan wajar dibantu. Pemimpin BN perlu terpa ke hadapan untuk bantu golongan yang susah,"

    ini memang perlu dilakukan, golongan yang memerlukan perlu dibantu..

    BalasPadam
  4. sememangnya tuntutan/kepentingan rakyat itu perlu diberi keutamaan kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin.

    BalasPadam
  5. diharap penyediaan bajet untuk tahun hadapan diterima baik oleh setiap lapisan masyarakat.

    BalasPadam
  6. dalam penyediaan bajet, ia memang memerlukan pandangan dari semua pihak bagi memastikan bajet yang disediakan tepat.

    BalasPadam
  7. Maksudnya Najib tidak akan membuat sesuka hati mengenai bajet yang ingin dilakukan. Semua itu atas pendapat dan pandangan dari pihak tertentu.

    BalasPadam
  8. Itu sudah semestinya akan dilakukan oleh seorang PM dengan meminta padangan dari pihak lain untuk melakukan sesuatu.

    BalasPadam
  9. Harap2 rakyat diutamakan dalam soal bajet2 ni.

    BalasPadam
  10. selain mendapatkan idea dari pihak yang berpengalaman, beliau juga tidak lupa mempertimbangkan pendapat2 rakyat jelata sebagaimana bajet yang diumumkan oleh beliau sebelum ini..

    BalasPadam