Jumaat, September 30, 2011

MUHYIDDIN AMAT DUKACITA MURID DIHALANG AMBIL PEPERIKSAAN UPSR MAHU TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP PIHAK BERKENAAN

Muhyiddin Arah Jemaah Nazir Siasat Pelajar Tidak Dibenar Ambil UPSR

LIMA murid Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Sira, (dari kiri) Mohd Zulidham, Mohd Fazli, Mohd Hakim, Mohd Zulhilmi  dan Mohd Zulfikar sedih selepas  mereka dilarang menduduki UPSR baru baru ini.

PONTIAN, 29 Sept (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jemaah Nazir melakukan siasatan terhadap dakwaan lima murid Sekolah Kebangsaan Telok Sira, Baling tidak dibenarkan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh guru mereka.

imageTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata beliau berasa amat dukacita jika dakwaan itu terbukti benar dan akan mengambil tindakan terhadap guru besar atau pengetua sekolah berkenaan.

"Jikalau (dakwaan) benar, saya amat dukacita,"

katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi di sini, Khamis.

Kata Muhyiddin, beliau akan menggunakan kuasanya di bawah akta sebagai Menteri Pelajaran bagi memberi peluang kepada murid-murid berkenaan untuk mengambil peperiksaan UPSR pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Katanya dalam keghairahan pengetua dan guru besar mengejar pencapaian sekolah, mereka tidak boleh berkompromi dengan hak pelajar untuk mengambil peperiksaan.

Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan akhbar hari ini bahawa lima murid sekolah berkenaan diarah oleh guru mereka supaya tidak mengambil peperiksaan UPSR.

(From left) Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine and Richmend Mangi from SK Bintangor in Sarawak were not allowed by the school to sit the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah last week.

Ia menyusul kejadian yang sama di Bintangor, Sarawak baru-baru ini apabila enam murid di sebuah sekolah rendah dikurung oleh guru mereka bagi mengelakkan mereka daripada mengambil peperiksaan UPSR.

Bagaimanapun, Muhyiddin mengarahkan keenam-enam murid berkenaan mengambil peperiksaan terbabit pada tarikh terdekat ini.

11 ulasan:

  1. teruk juga guru2 ni sampai sanggup menghalang pelajar menduduki peperiksaan UPSR.

    BalasPadam
  2. tak patut mereka menghalang murid dari menduduki peperiksaan.

    BalasPadam
  3. baguslah kalau mereka diberi peluang untuk menduduki UPSR semula. harap2 masa akan datang tiada lagi kes2 serupa berlaku.

    BalasPadam
  4. Ini tidak betul. seperti melanggar hak asasi manusia. Setiap murid berhak mengambil peperiksaan. kerajaan perlu campurtangan dalam hal ini.

    BalasPadam
  5. Guru2 yang tidak berdedikasi macam tu la. tidak melayakkan murid mengambil exam. Mereka gagal mendidik murid. Jadi, cara begitu saja tutup kegagalan mereka.

    BalasPadam
  6. Harap kementerian pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap sekolah yang sanggup membuat demikian.

    BalasPadam
  7. Tak sangka ada pihak sekolah yang menghalang murid mereka mengambil ujian kerana lemah dalam pelajaran. Ini menunjukkan masalah yang serius dengan sistem pelajaran negara kita.

    BalasPadam
  8. pelajar yang lemah haruslah sentiasa dibantu dan dibimbing dan jangan disisihkan.

    BalasPadam
  9. Muhyiddin juga patut menggunakan kuasa beliau untuk mengambil tindakan terhadap guru2 serta guru besar/pengetua yang terlibat dengan menghentikan perkhidmatan mereka serta-merta..

    BalasPadam
  10. Jangan beri muka kepada mereka yang tidak membenarkan mereka mengambil peperiksaan ini. Kenapa pihak sekolah mahu membuat undang-undang mereka sendiri.

    BalasPadam
  11. Dengan tindakkan ini lagi boleh menjejaskan nama baik sekolah itu sendiri. Mereka kurang pandai kerana tindakkan dan pendidikan dari guru itu sendiri. Guru diamanahkan untuk mendidik mereka jadi salah ditangan guru dan bukannya pelajar ini yang tidak boleh mengambil UPSR.

    BalasPadam