Selasa, September 20, 2011

"MEMBOLEHKAN PELAJAR MENGAMBIL PEPERIKSAAN ITU ADALAH KUASA MENTERI PELAJARAN, SAYA ADA KUASA UNTUK MEMBENARKAN MEREKA MENDUDUKI PEPERIKSAAN," - MUHYIDDIN

Tiga Pelajar Dilarang Ambil UPSR Akan Duduki Semula Peperiksaan - Muhyiddin

image DUNGUN, 20 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor di Sarawak yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menduduki semula peperiksaan itu dalam tempoh terdekat.

Muhyiddin berkata, Lembaga Peperiksaan akan mengolah soalan yang hampir sama taraf dengan soalan peperiksaan yang telah baru berlalu itu.

(From left) Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine and Richmend Mangi from SK Bintangor in Sarawak were not allowed by the school to sit the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah last week."Membolehkan pelajar mengambil peperiksaan itu adalah kuasa Menteri Pelajaran, saya ada kuasa untuk membenarkan mereka menduduki peperiksaan,"

katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar berhubung tiga murid lelaki yang tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

Muhyiddin berkata, Ketua Pengarah Pelajaran telah diminta menyiasat kes berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pentadbir sekolah terbabit.

Beliau berkata, ketiga-tiga pelajar itu boleh mengambil peperiksaan semula dan ia akan diterima sebagai keputusan rasmi UPSR.

"Proses mereka untuk mengambil semula peperiksaan mengambil masa empat minggu untuk Lembaga Peperiksaan mengolah soalan baru yang setaraf dengan kertas soalan sebenar (sebelum ini)," katanya.

Katanya, dalam keghairahan pentadbir sekolah untuk mendapat insentif tertentu, mereka seharusnya tidak bertindak sedemikian seperti menyekat pelajar yang lemah untuk menduduki peperiksaan bagi membolehkan sekolah itu mendapat keputusan cemerlang.

"Ini adalah hak pelajar, ibu bapa juga berhak untuk tahu pencapaian anak mereka, jangan sampai hak pelajar untuk mengambil peperiksaan dihalang," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin menganggap kes berkenaan sebagai kes terpencil dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

Beliau turut memohon maaf kepada ibu bapa pelajar terbabit berhubung kejadian berkenaan.

"Ketua Pengarah Pelajaran akan mendapatkan laporan lengkap dan jika perkara itu disengajakan kita akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Mengulas mengenai bantuan penuh kepada sekolah jenis kebangsaan, Muhyiddin berkata, ia tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

"Ia adalah bersyarat dan perlu diluluskan oleh kerajaan kerana ia membabitkan kos dan implikasi yang besar serta kemampuan kerajaan dan ketika ini kita hanya lakukan secara terpilih (terhadap sekolah tersebut)," katanya.

Katanya, pelaksanaan keseluruhan bantuan itu perlulah mempunyai dasar yang jelas sebelum dilaksanakan kerana ia membabitkan peruntukan yang besar.

------

IT WAS HIGH TIME FOR THE FEDERAL GOVERNMENT TO RE-LOOK AT THE POSITION OF CHINESE STREAM SCHOOLS, ESPECIALLY THOSE IN SABAH, UNDER THE 1MALAYSIA CONCEPT - MASIDI

10 ulasan:

  1. Bolehkah sekolah melarang pelajar mengambil peperiksaan UPSR? Bukankah itu peperiksaan yang wajib untuk semua pelajar di negara ini?

    BalasPadam
  2. Bagaimana pelajar-pelajar tersebut akan menerus pelajaran ke sekolah menengah jika mereka tidak mengambil peperiksaan UPSR?

    BalasPadam
  3. pihak sekolah tersebut tiada hak untuk menghalang pelajar dari menduduki peperiksaan, tak perlulah nak menghalang pelajar semata2 kerana nama.

    BalasPadam
  4. Rupanya ada juga kes2 seperti ini berlaku.

    BalasPadam
  5. pelajar yang lemahlah yang sepatutnya diberi perhatian agar kelemahan mereka dapat diperbaiki. bukan meminggirkan mereka.

    BalasPadam
  6. setuju dengan kiera, pelajar yang lemah harus diberikan lebih perhatian dan tidak dipinggirkan. baguslah, jika pelajar berkenaan dibenarkan mengambil peperiksaan.

    BalasPadam
  7. Tiga murid lelaki yang tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

    Kenapa mementingkan prestasi dari kepentingan pelajar itu sendiri? Sekolah tidak boleh berbuat demikian.

    BalasPadam
  8. Oleh kerana pelajar tersebut lembap dan menjejaskan prestasi sanggup pihak sekolah menggugurkan mereka dari mengambil peperiksaan UPSR. Pihak Kementerian harus memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.

    BalasPadam
  9. samada pelajar itu lemah atau tidak, itu adalah tanggungjawab pihak sekolah.. tindakan tidak membenarkan mereka menduduki peperiksaan adalah tindakan kurang bijak dan bersikap lepas tangan..

    BalasPadam
  10. dengan terdedahnya isu ini di media, kebimbangan pihak sekolah berkenaan dengan prestasi sekolah semakin menjadi kenyataan..

    BalasPadam