Selasa, September 20, 2011

APABILA GEJALA “SYOK SENDIRI” MENGUASAI DIRI….

3 murid dikurung ketika UPSR

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

image KUCHING 2011/09/20: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

(From left) Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine and Richmend Mangi from SK Bintangor in Sarawak were not allowed by the school to sit the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah last week.Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.

Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan

mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

image Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

-----

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur,"

Datuk Seri Najib Tun Razak

10 ulasan:

  1. Memang tidak bertanggungjawab pengendali sekolah ini. Bagaimana dengan masa depan pelajar-pelajar ini jika mereka tidak dibenarkan mengambil peperiksaan?

    BalasPadam
  2. Tidak tahulah sama ada bekas pelajar lain yang juga pernah dibuat sedemikian sebelum ini. Tidak adil langsung untuk budah tersebut dan juga ibu-bapa mereka.

    BalasPadam
  3. murid2 ada hak untuk menduduki peperiksaan, tak patut langsung mereka bertindak menghalang murid2 dari menduduki peperiksaan. sekolah tersebut harus dikenakan tindakan tegas.

    BalasPadam
  4. Nasib baik juga ibubapa pelajar2 tersebut menarik balik laporan polis. sekarang imej sekolah pun sudah terjejas.

    BalasPadam
  5. tindakan mengahalang pelajar daripada mengambil peperiksaan tidak sepatutnya dilakukan..

    BalasPadam
  6. kesian juga murid2 yang dikurung tu. pasti mereka terasa sangat yang mereka tu lemah sehingga guru2 pun tidak benarkan mereka duduki peperiksaan UPSR kerana takut pencapaian sekolah terjejas. diharap perkara seperti ini tidak berulang.

    BalasPadam
  7. Jangan pentingkan prestasi sanggup mengadaikan pendidikan pelajar.

    BalasPadam
  8. Kerana sikap pengetua sedemikian telah menjejaskan nama baik sekolah itu sendiri. Maka prestasi juga terjejas. Siapa suruh buat begitu.

    BalasPadam
  9. dia ingat boleh selesai masalah jika menghalang ketiga2 pelajar itu dari menduduki peperiksaan.. sekarang keadaannya bertambah teruk dimana semua rakyat malaysia melihat ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah..

    BalasPadam
  10. Inilah kesan daripada dasar pendidikan negara yang hanya mementingkan akademik semata-mata.

    BalasPadam