Sabtu, September 24, 2011

LAMBORGHINI GALLARDO BERNILAI RM1.2 JUTA TERBAKAR DI KL SELEPAS SEMINGGU DITINGGALKAN

Nyaris rentung bersama Lamborghini RM1.2j

TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini 
di Damansara, semalam.TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini di Damansara, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang bernilai RM1.2 juta terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara, di sini semalam.

Ketika kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang enggan dikenali dalam perjalanan pulang selepas keluar bersiar-siar bagi memanaskan enjin kereta itu selepas seminggu ditinggalkan di sekitar kawasan rumah sebelum terhidu asap daripada bahagian enjin kenderaannya. Menurut Ketua Operasi, Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas, Shahrul Azizi, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa jam 11.50 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

“Mangsa memberitahu terhidu bau asap enjin keretanya 100 meter dari tempat kejadian dan dia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan lalu segera keluar sebelum api marak membakar keseluruhan kereta.

“Kebakaran dikawal sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas kira-kira 10 minit dan kereta itu rosak sepenuhnya.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, pemilik kereta mewah yang dibeli tiga tahun lalu itu dipercayai ahli perniagaan warga tempatan yang bekerja di Shanghai, China dan baru pulang ke Malaysia kelmarin.

7 ulasan:

  1. So many rich man in Malaysia who could afford luxury sports car.

    BalasPadam
  2. perlu disiasat kenapa kereta tersebut boleh terbakar, Lamborghini adalah kereta yang berkualiti, takkan ia begitu mudah terbakar.

    BalasPadam
  3. Terbakar satu, beli lagi satu.

    BalasPadam
  4. sudah pasti tu. kalau ada duit bila2 masa boleh beli yang baru.

    BalasPadam
  5. Bukan kereta tempatan saja yang bermasalah tapi kereta mahal pun pasti ada masalah.

    BalasPadam
  6. biar bomba siasat... tp make sure siasat sampai dapat!

    BalasPadam
  7. kereta mewah tapi kalau kualiti hampeh, baik beli saja kereta buatan tempatan..

    BalasPadam