Selasa, September 27, 2011

WANITA DIHANTAR TERLALU CEPAT KE RUMAH MAYAT HIDUP SEMULA

Hidup semula selepas dimasukkan dalam beg mayat

RIO DE JANEIRO 27 September 2011 - Seorang wanita yang berusia 60-an yang dirawat kerana sakit pneumonia dihantar terlalu cepat ke rumah mayat selepas diisytiharkan mati oleh seorang doktor, lapor akhbar Globo kelmarin.

Doktor tidak dapat mengesan sebarang tanda-tanda penting, melakukan ujian dan mengesahkan dia mati.

Dia kemudian dihantar ke bilik mayat dan berada selama dua jam di dalam beg plastik.

"Saya datang untuk memberikan ibu saya satu pelukan terakhir dan ketika itu saya berasa ibu saya masih bernafas. Saya menjerit mengatakan ibu saya masih hidup tetapi petugas di situ melihat seperti saya orang gila," kata anak perempuan wanita berkenaan, Rosangela Celestrino.

Pegawai-pegawai hospital yang menjalankan ujian dan mendapati Rosa Celestrino de Assis mengalami dua strok dan memerlukan bantuan pernafasan.

Pada pukul 7.30 malam waktu tempatan pada hari Jumaat, seorang jururawat menghubungi seorang doktor kerana wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda penting akan hidup. Doktor kemudian mengesahkan kematiannya dan mayatnya dihantar ke rumah mayat.

Pengarah hospital, Manoel Moreira Filho menyatakan kesilapan tersebut dikesan pada pukul 10 malam dan wanita tersebut segera diberikan rawatan bantuan pernafasan.

7 ulasan:

  1. Doktor itu patut membuat ujian yang menyeluruh untuk memastikan bahawa pesakit itu betul-betul sudah meninggal barulah mengesahkan dia mati. Nasib baik anak dia terjumpa, kalau tidak....

    BalasPadam
  2. sudah banyak kes seperti ini berlaku di luar negara. sebenarnya bukan mayat hidup semula tapi kesilapan doktor yang bertugas hingga mengesahkan pesakit yang masih bernyawa sudah meninggal dunia.

    BalasPadam
  3. perkara seperti ini sering berlaku, Doktor seharusnya memeriksa pesakit dgn teliti.

    BalasPadam
  4. Ini macam pun boleh jadi. Keajaiban?

    BalasPadam
  5. sudah beberapa kali dengar kes macam ni..

    BalasPadam
  6. Memang sering kali berlaku perkara sebegini.

    BalasPadam
  7. buat kerja tu biar bersungguh2 dan teliti, lebih2 lagi bila berhadapan dengan kerja2 menyelamatkan nyawa manusia..

    BalasPadam