Jumaat, September 02, 2011

KARIM SOKONG KEPUTUSAN SPEAKER MENOLAK USUL MINTA KERAJAAN NEGERI MENYEMAK PERJANJIAN ROYALTI MINYAK DARI 5% KEPADA 20%

Faedah sampingan projek Petronas lebih daripada royalti diminta: Karim

image KOTA KINABALU 2011/09/02: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Karim Bujang, berpendapat Petronas melakukan sumbangan besar ke atas pembangunan negeri Sabah.

Karim berkata, beliau menyokong keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) menolak usul ADUN Luyang dari Parti Progresif Sabah (SAPP), Melanie Chia, yang meminta kerajaan negeri menyemak perjanjian royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, pada persidangan DUN baru-baru ini.

Karim bersetuju dengan Speaker bahawa Petronas menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negeri dan memberi manfaat kepada kehidupan rakyatnya.

"Petronas sudah pasti membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan pelbagai projek di Sabah yang memberi keuntungan terus kepada rakyat termasuk kontraktor tempatan serta faedah sampingan lain untuk dinikmati rakyat Sabah.

"Dan saya percaya faedah sampingan dari projek itu lebih banyak daripada kadar royalti yang diminta di dalam usul," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Memetik beberapa projek yang dijalankan oleh Petronas di negeri itu, Karim berkata, ini petanda baik bagi rakyat dan negeri Sabah serta menambah projek berkenaan dijangka bertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Sabah, meluaskan industri minyak dan gas serta sektor berkaitan selain menggalakkan faedah sampingan lain untuk faedah sosio-ekonomi negeri.

Ini termasuk RM3.8 bilion Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Loji Kuasa 300MW bernilai RM1.5 bilion di Kimanis, satu loji janakuasa mega penghasilan baja sedang dibina di Sipitang bernilai RM4.6 bilion dan terminal pengisian semula gas LNG di Lahad Datu bagi membekalkan gas asli kepada cadangan Loji Kuasa Lahad Datu 300MW yang baru, katanya.

Terminal dan loji kuasa itu dijangka membabitkan kos RM2.2 bilion.

Karim juga memuji inisiatif Petronas untuk mengembangkan projek huluan dan hiliran gas serta minyak sebagai sebahagian daripada rancangan syarikat berkenaan dalam usaha membangunkan industri itu di negeri ini.

Projek berkenaan yang melibatkan perbelanjaan modal gabungan RM45 bilion, akan menyaksikan permintaan mendadak dalam aktiviti minyak dan gas di Sabah.

-----

Sabah unveils RM3.3bil budget for 2010

He said the state revenue would see a drop to below RM100mil from forestry for the first time in 37 years but expected a revenue of RM962.48mil from state sales taxes on oil palm and lotteries among others while royalties from petroleum was estimated to be around RM724mil.

Sabah to spend RM2.94bil to improve people’s quality of life budget 2011

Musa said the state’s revenue for next year was projected to exceed RM2.74bil compared to the 2010 figure of RM3bil including RM544mil from the issuance of bonds.

He said sales tax from crude palm oil and petroleum royalties would be contributing 60% of the state’s total revenue for next year.

36 ulasan:

  1. Harap kerajaan perlu memberikan alasan mengapa mereka tidak memperjuangkan royalti minyak yang lebih tinggi.

    BalasPadam
  2. Bagi pendapat saya, Sabah berhak mendapatkan royalti yang lebih tinggi berbanding apa yang dijanjikan itu. Harap Petronas akan setuju meningkatkan royalti kita.

    BalasPadam
  3. Tapi kenapa masih lagi ada masalah jalan raya? kenapa Semenanjung lagi maju dari Sabah? Kenapa kenapa kenapa?????

    BalasPadam
  4. Saya pasti Sabah akan maju setanding dengan Semenanjung jika Petronas berul membelanjakan sejumlah wang untuk membanggunkan Sabah.

    BalasPadam
  5. Cuba check berapa ramai palajar dari Sabah yang mendapat tajaan petronas.... Cuba check berapa ramai Sabahan yang kerja di ofis2 petronas? Kalau banyak syukur la tapi kalau hanya dua tiga, sudah tiba masanya untuk petronas memberi peluang kepada Sabahans.

    BalasPadam
  6. Sampai bila Sabah hanya dapat 5%? Jumlah yang sangat sedikit.

    BalasPadam
  7. Jika Sabah menguruskan sendiri hasil minyak dan gasnya pasti negeri Sabah akan maju berbanding keadaan yang kita lihat sekarang. bagi saya, Sabah memang layak untuk mendapatkan kenaikan kadar royalti sehingga 20% atau lebih. Sabah bukan tamak tapi Sabah memang patut menuntut haknya.

    BalasPadam
  8. sepatutnya pemimpin2 di Sabah bekerjasama untuk memperjuangkan apa yang sepatutnya menjadi hak orang2 Sabah.

    BalasPadam
  9. tetapi pulangan yang Petronas perolehi adalah lebih berkaliganda daripada 5% royalti yang diberikan kepada Sabah..

    BalasPadam
  10. Ini yang dikejar rakyat, ini pula yang kena tolak jadi konpom lah rakyat panas bah. huhu

    BalasPadam
  11. Sepatutnya semua pihak bekerjasama dalam hal ini demi memastikan usul itu berjaya kerana akhirnya nanti Sabahan juga yang dapat faedahnya kan. Tapi.... lain pula yang berlaku.

    BalasPadam
  12. Apapun, harap Petronas memberi lebih banyak peluang kepada Sabahan utk membuktikan kemampuan yang ada.

    BalasPadam
  13. "Petronas sudah pasti membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan pelbagai projek di Sabah yang memberi keuntungan terus kepada rakyat termasuk kontraktor tempatan serta faedah sampingan lain untuk dinikmati rakyat Sabah."

    Harap projek plan Petronas tersebut menjadi kenyataan yang boleh mengubah ekonomi di Sabah juga.

    BalasPadam
  14. Semua pihak seharus bekerjasama dan berusaha sama berkenaan dengan permintaan kenaikan loyalties tersebut untuk kebaikan seluruh negeri Sabah. Harap pihak Petronas membuat keputusan yang bijak demi rakyat Sabah.

    BalasPadam
  15. Sampingan "Projek Petronas" dan "Tambahan Loyalties" merupakan dua perkara yang berlainan. Tidak seharus dicampur adukkan.

    BalasPadam
  16. "Sabah to spend RM2.94bil to improve people’s quality of life budget 2011"

    The budget amount seems huge but the question is what kind of project and development plan has been on going that benefit to the people? I really hope to know about it..

    BalasPadam
  17. Any deadline or duration for such 5% loyalties? When they need to make adjustment?

    BalasPadam
  18. Rasanya kenaikan royalty perlu diusahakan lagi.

    BalasPadam
  19. lebih baik naikkan royalty minyak Sabah selagi sumber tu masih boleh mendatangkan keuntungan. Kalau seumber tu sudah habis apa lagi untuk Sabah.

    BalasPadam
  20. Sudah sekian lama tapi Sabah cuma dapat 5% saja, sedikitnya macam tahi mata sja. Kasi up la sikit. bukan ramai pun Sabahan kerja dengan Petronas. Paling ramai pun di pelantar minyak.

    BalasPadam
  21. atau mungkin boleh naikkan royalti tapi pelaburan dan impak pembangunan oleh petronas di negeri ini dikurangkan atau dibatalkan. mana satu yang lebih bagus?

    BalasPadam
  22. menaikkan royalti minyak bukan sesuatu yang mudah kerana melibatkan pindaan akta. jadi sebagai ganti, bukankah lebih baik pemimpin2 politik mendesak Petronas untuk melabur lebih banyak di negeri ini serta kerap melaksanakan CSR mereka??

    BalasPadam
  23. tapi adalah wajar jika sabah mendpat royalti lebih, ini untuk pembangunan negeri Sabah juga.

    BalasPadam
  24. bukan mudah untuk menaikkan royalti kini. tapi, yang penting pastikan petronas menyumbang lebih banyak kepada pembangunan negeri Sabah yang memberikan manfaat kepada negeri ini.

    BalasPadam
  25. Betul kata Villager, pertambahan loyalties memang satu jalan yang sukar dan tiada keputusan sehingga kini. Jalan alternatif supaya Petronas melabur lebih banyak dalam projek dan pembanguan di negeri Sabah supaya ekonomi dan taraf hidup dapat diperbaiki and golongan muda diberi peluang pekerjaan yang baik juga.

    BalasPadam
  26. Such loyalties should review and adjust after every 5-10 years. Such loyalties is essential for the development of Sabah economy.

    BalasPadam
  27. Agreed to Uda, Additional Petronas Project and the Increasing Of The Loyalties seems 2 different topics.. What the great idea, if both to execute?

    BalasPadam
  28. The leader of Sabah should work together to strike the increment for the loyalties as it is good for the people and development. It is a right time to do adjustment.

    BalasPadam
  29. What sort of project under Petronas that has been on-going so far that really benefit the people?

    BalasPadam
  30. apa salahnya sabah mendapat apa yang sepatutnya miliknya? ni ahli2 politik UMNO patut dibuang dalam laut..entah berapa sudah duit rakyat mereka telan..kita tidak perlukan pemimpin seperti karim dan salleh yang hanya tahu menjilat biji orang semenanjung...puiii...

    BalasPadam
  31. Mungkin benar Petronas memberikan sumbangan yang besar kepada Sabah, tapi kita perlu ingat juga hak orang Sabah itu sendiri. Royalty ini untuk pembangunan Sabah sendiri dan bukan sumbangan dari Petronas.

    BalasPadam
  32. Sabah sangat rugi kerana hanya menerima 5% dari hasil minyak yang berada di Negeri itu. Tapi kita tidak dapat buat apa-apa kerana perjanjian telah dibuat. Sekarang kita cuma mengharapkan Petronas akan dapat memberikan bantuan lebih kepada rakyat Sabah.

    BalasPadam
  33. I want more than 5% oil royalty.

    BalasPadam
  34. Sabah memang layak dapat banyak royalti.

    BalasPadam
  35. Kini Hiew lagi yang bertanyakan soalan ini.

    BalasPadam