Untung Bersih Suku Pertama Petronas Naik Kepada RM21.7 Bilion
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Petronas mengumumkan kenaikan 48.6 peratus dalam untung bersihnya kepada RM21.7 bilion bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2011 daripada RM14.6 bilion pada suku yang sama sebelumnya, disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh serta usaha kumpulan ke arah kecekapan.
Keuntungan sebelum cukai meningkat 44.4 peratus kepada RM30.9 bilion daripada RM21.4 bilion pada suku yang sama sebelumnya.
"Ini disebabkan oleh pengukuhan harga minyak mentah, usaha kami ke arah kecekapan dan keuntungan sebanyak RM2.6 bilion daripada pelepasan hak kumpulan terhadap Cairn India Ltd meskipun keadaan kos yang meningkat," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Pada suku pertama, purata harga penanda aras minyak mentah pada US$122.26 setong berbanding dengan US$76.14 setong pada suku yang sama sebelumnya.
Shamsul berkata perolehan bagi tiga bulan pertama naik 24.6 peratus kepada RM73 bilion daripada RM58.6 bilion in the suku pertama tahun kewangannya yang lepas disebabkan oleh harga yang lebih tinggi dalam pelbagai produknya, sebahagiannya oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.
Pendapatan kumpulan sebelum faedah, pencukaian, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 3.7 peratus kepda 46.7 peratus daripada 43 peratus pada suku yang sama sebelumnya.
Shamsul berkata terdapat juga petunjuk yang kumpulan bergerak ke arah kelembapan.
"Berdasarkan kepada angka pada Julai, kami bergerak ke arah kelembapan bermula pada suku kedua hingga tahun depan," kata beliau pada taklimat media mengenai prestasi kewangan kumpulan di sini.
Beliau menjangka harga minyak akan berlegar antara US$80 dan US$85 setong pada 2012.
"Dijangka akan berlaku kelembapan ekonomi kerana apa yang berlaku pada ekonomi global di AS dan Eropah...sama ada akan berlaku QE (usaha menyelamat) ketiga di AS. Kebimbangan utama ialah penurunan permintaan," katanya.
"Mengenai masa depan, melihat kepada asas dan angka yang ditunjukkan kini, tahun depan tidak begitu baik. Kami merancang belanjawan kami mengikut senario," katanya.
Semasa ditanya mengenai tinjauan masa depan bagi prestasi kumpulan bagi tahun kewangan semasa, Shamsul berkata: "Bagi sembilan bulan tahun kewangan lepas, PBT (keuntungan sebelum cukai) adalah RM60 bilion.
Bagi suku pertama tahun kewangan semasa, PBT adalah RM30.9 bilion. Kami gembira jika kami boleh mencapai RM62-70 bilion," katanya.
Petronas menukar akhir tahun kewangannya daripada 31 Mac kepada 31 Dis.
-----
Petronas slams ‘distorted’ gas subsidy policy
President and chief executive Shamsul Azhar Abbas said the continued reliance on cheap gas has not helped to encourage power producers and consumers to pursue efficiency.
“Something has to be done to change their mindset,” he told reporters after announcing the company’s first-quarter financial results at its headquarters here today.
“If you were TNB (Tenaga Nasional Bhd) and there is an increase in demand for electricity, which one do you go for? Two dollar gas or 10 dollar coal?”
Shamsul said the government’s policy to keep gas prices low has forced Petronas to fork out some RM20 billion worth of subsidies while the gas supply system was being distorted due to taxation of up to “zero (reserve) margin”.
Petronas untung banyak, bila lagi mahu kongsi dengan Sabah? Siapa punya minyak yang Petronas ambil itu?
BalasPadamHarap kerajaan akan mencari akal untuk menurunkan harga gas dan minyak untuk pengguna.
BalasPadamdiharap pengukuhan harga minyak mentah dan Ringgit Malaysia dapat dilakukan berterusan.
BalasPadamkeuntungan Petronas bertambah, hasil keuntungan ini harus disalurkan kepada rakyat.
BalasPadambaguslah jika keuntungan meningkat..harap petronas akan dapat lebih menyumbang kepada pembangunan dan ekonomi.
BalasPadamsatu peningkatan yang bagus. namun, kenapa Malaysia merupakan pengeluar minyak tapi masih mengimport dari negara luar?
BalasPadamPetronas untung billion2, tapi harga minyak masih mahal? Apakah sebab2nya?
BalasPadamBah..kasi up la royalti minyak kalau macam tu. Kalau minyak dari Sabah tidak diambil, berapa keuntungan yang Petronas boleh dapat?
BalasPadamUntung sudah pastilah kalau harga minyak naik.
BalasPadamjika tidak mahu naikkan royalti minyak, laksanakan lebih banyak tanggungjawab sosial di Sabah sebagai ganti royalti minyak..
BalasPadam