Jumaat, September 02, 2011

SHAFIE AKUI KEPERLUAN UNTUK TAMBAH KERUSI DUN, PARLIMEN DI SABAH TAPI PERLU PERSETUJUAN 2/3 DI PARLIMEN

Shafie Akui Keperluan Untuk Tambah Kerusi DUN, Parlimen Di Sabah

PAPAR, 2 Sept (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa terdapat keperluan untuk menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah.

Beliau berkata ini kerana beberapa kawasan DUN dan Parlimen di Sabah mempunyai kawasan luas dan ramai pengundi yang mewajarkan pertambahan kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya sebarang penambahan kerusi memerlukan persetujuan atau kelulusan dua pertiga di peringkat Parlimen untuk dilaksanakan.

"Ini adalah cadangan di peringkat negeri. Setiap negeri mempunyai hak untuk mencadangkan dan diluluskan tetapi akhirnya bila dibawa ke Parlimen ia memerlukan kelulusan dua pertiga.

"Jadi kalau ada keperluan di peringkat negeri, ia harus diselaraskan dengan kerajaan di peringkat pusat bagi memastikan ia mendapat persetujuan dua pertiga," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Rumah Terbuka Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail di sini hari ini.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mahu kerajaan mempertimbangkan untuk menambah kerusi DUN dan Parlimen di Sabah berdasarkan keperluan semasa.

37 ulasan:

  1. Setuju dengan cadangan Datuk Shafie, Sabah sememangnya memerlukan lebih banyak kerusi di Parlimen.

    BalasPadam
  2. Lebih banyak ahli parlimen boleh memastikan lebih banyak kawasan di Sabah diurus dengan baik.

    BalasPadam
  3. Kawasan yang luas harus dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil agar wakil rakyat dapat memberikan tumpuan lebih kepada kawasannya.

    BalasPadam
  4. Kajian harus dilakukan dulu sebelum meluluskan cadangan ini.

    BalasPadam
  5. Apapun pastikan kesan positif melebihi kesan negatif..... Pesetujuan dari semua pihak juga harus diutamakan.

    BalasPadam
  6. Ini akan memberi impak yang memuaskan pada PRU akan datang.

    BalasPadam
  7. Perkara ni perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan ramai.

    BalasPadam
  8. semoga cadangan ini dapat direalisasikan bersesuaian dengan keperluan yang dilihat sekarang.

    BalasPadam
  9. semoga menerima keputusan +ve dari semua pihak.

    BalasPadam
  10. harap parti2 lain terutamanya dari parti kerajaan dapat membulatkan suara keputusan mereka samada penambahan kerusi ini releven atau tidak

    BalasPadam
  11. semoga kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menambah kerusi DUN dan Parlimen di Sabah berdasarkan keperluan semasa.

    BalasPadam
  12. semoga mendapat persetujuan dua pertiga

    BalasPadam
  13. biar Parlimen menentukan samada permintaan ini releven atau tidak

    BalasPadam
  14. semoga dapat sokongan dari semua pihak.

    BalasPadam
  15. shafie pun setuju, baguslah harap boleh berjalan lancar.

    BalasPadam
  16. Harap dapat banyak setujulah...

    BalasPadam
  17. Setakat ni banyak yang sokong untuk penambahan kerusi. Jadi kalau penambahan itu utk kebaikan rasanya apa salahnya ditambah.

    BalasPadam
  18. Tapi susah juga mahu komen banyak. Jadi biar parlimen putuskan apa yang patut:)

    BalasPadam
  19. So kita tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku seterusnya.

    BalasPadam
  20. Pertambahan kerusi supaya wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih berkesan, tumpuan kepada rakyat lebih fokus, memang digalakkan.

    BalasPadam
  21. The proposal seems attracted positive attention and feedback from the public.. Waiting for the approval..

    BalasPadam
  22. Buat lar apa yang patut demi kebaikan untuk rakyat.

    BalasPadam
  23. I think there is a NEED to make such changes by adding more seats.

    BalasPadam
  24. I see nothing bad about such proposal yet more benefit to the people of Sabah. I foresee the wakil rakyat can concentrate more ot their job and people they responsible to.

    BalasPadam
  25. saya rasa cadangan ini tidak sukar untuk mendapatkan persetujuan dua pertiga di Parlimen kerana bukan sahaja dipihak BN, malah dipihak pembangkang juga sebelum ini ada menyuarakan cadangan yang sama.

    BalasPadam
  26. hal ini perlu dipertimbangkan, terdapat beberapa kawsan yang terlalu luas dan perlu dipecahkan bagi memudahkan urusan pembangunan dijalankan.

    BalasPadam
  27. jika ianya menjadi keperluan dan dapat memudahkan urusan pentadbiran serta pembangunan, maka cadangan ini wajar dipertimbangkan.

    BalasPadam
  28. Memandangkan cadangan pertambahan kerusi mendapat sambutan positif dari semua pihak.

    BalasPadam
  29. Betul kata Kili... Kawasan yang terlalu luias seharus dipercahkan untuk memudahkan pentadbiran dan pembangunan.

    BalasPadam
  30. We support anything that is good for all Sabahan. We wait for the approval.

    BalasPadam
  31. Kami berharap selepas pertambahan kerusi akan mempercepatkan lagi urusan pentadbiran dan pembangunan yang lebih sempurna dan efisen.

    BalasPadam
  32. Memang banyak kawasan pedalaman sering diabaikan. Berharap pertambahan kerusi dapat selesaikan masalah dan semua wakil rakyat juga dapat menumpu perhatian sepenuhnya keatas rakyat di kawasan tersebut.

    BalasPadam
  33. penambahan kerusi adalah perlu bagi sabah..ianya akan memudahkan lagi proses pembangunan di kawasan yang diwakili.

    BalasPadam
  34. apa2 pun, kita tunggu dan lihat keputusan dari parlimen berhubung perkara ini.

    BalasPadam
  35. Seperti kinabatangan adalah antara kawasan yang sangat luas. Bung mungkin tidak dapat menangani sepenuhnya kawasan ini. Tapi itu terpulang dengan persetujuan dari ahli perlimen nanti.

    BalasPadam
  36. Fikirkan semula, PERLU atau tidak penambahan kerusi ini? Apa kebaikannya nanti?

    BalasPadam