Saifuddin Saran Wujudkan Kerangka Untuk Daftar Pemilih Secara Automatik
KAJANG, 13 Ogos (Bernama) -- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.
Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.
"Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namun satu 'road map' perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.
"Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka boleh berbuat demikian," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini hari ini.
Saifuddin turut mencadangkan agar undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi.
Katanya kerajaan, walau dari parti mana sekalipun perlu mendapat kelulusan terus daripada rakyat selain wakil rakyat di Parlimen untuk perkara-perkara yang besar.
"Perkara ini boleh dilakukan terutama di zaman ini di mana rakyat boleh dihubungi secara terus melalui teknologi komunikasi dan maklumat contohnya seperti e-voting," katanya.
Saifuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno turut menyelar pandangan sesetengah pihak bahawa negara ini tidak demokrasi kerana parti yang sama memerintah negara sejak merdeka.
"Barisan Nasional (BN) tak pernah kalah tak semestinya bermaksud negara ini tidak demokrasi. Kita tak boleh lihat isu ini begitu simplistik," katanya.
Dua panel lain dalam forum anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Grup Peguam Abim (GPA) itu adalah Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya Prof Dr Mohamad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi Wan Mohd Firdaus Wan Fuaad.
rasanya lebih baik usia awal mengundi dikekalkan 21 tahun. 18 tahun masih terlalu muda untuk mereka membuat pilihan yang tepat.
BalasPadamapa pun, sebarang cadangan perlu diteliti terlebih dahulu..
BalasPadam18 tahun mungkin cadangan yang baik. Tapi ini mungkin terlalu mudah sebagai seorang pengundi. Biarlah perbincangan dilakukan oleh pihak tertentu mengenai umur pengundi yang sesuai.
BalasPadam"Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi..."
BalasPadamjadi, inikah sebabnya turunkan usia yang layak mengundi kepada 18 tahun? tapi adakah dengan cara ini semua akan keluar mengundi pada waktu pilihan raya sedangkan umur 21 tahun ke atas pun masih ramai yang dikesan belum mendaftar dan ada yang sudah mendaftar tapi tidak turun mengundi.
bagi saya, kurang setuju jika usia yang layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun. masih terlalu muda.
BalasPadamSaya kurang setuju dengan cadangan ini. Baik kekalkan usia mengundi pada umur 21 tahun.
BalasPadamSPR dan kerajaan Malaysia patut mempertimbangkan pendaftaran pengundi secara automatik.
BalasPadamBawalah berbincang kalau macam ini. Mungkin elok juga umur pengundi diawalkan.
BalasPadamTak setuju dengan cadangan ini. Umur dewasa pun 21 tahun. Kenapa nak turunkan lagi?
BalasPadamSetuju dengan Isaac. Masih ramai yang sudah layak mengundi tidak pergi mendaftar. Daripada menurunkan umur mengundi, lebih baik mereka fokuskan kesedaran kepentingan mengundi di kalangan rakyat.
BalasPadamapa masalahnya jika umur layak mengundi dikekalkan 21 tahun??
BalasPadam