PATI warga Indonesia yang sudah daftar diminta urus dokumen perjalanan
KOTA KINABALU 1st August, 2011: Pendatang Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang sudah mendaftar dalam program pendaftaran PATI di negeri ini yang bermula sejak 18 Julai dan berakhir kelmarin (31 Julai) diminta supaya segera menguruskan dokumen perjalanan masing-masing.
Konsul Jeneral Indonesia Kota Kinabalu, Soepeno Sahid berkata, selepas program pendaftaran PATI yang berakhir kelmarin, pihak Jabatan Imigresen Sabah akan menjalankan program pengampunan bermula 1 Ogos hingga 31 September depan.
“Kita tidak pasti sama ada Jabatan Imigresen Sabah akan melanjutkan tempoh pendaftaran PATI yang berakhir hari ini (kelmarin) atau tidak, tapi PATI warga Indonesia yang sudah mendaftar perlu bersedia untuk menguruskan pasport atau Sijil Laksana Pasport masing-masing untuk pulang ke Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penerangan mengenai program 5P untuk Tenaga Kerja Indonesia dan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-66 pada 17 Ogos ini yang diadakan kawasan Bangunan Pejabat Konsulat Indonesia Kota Kinabalu, kelmarin.
Katanya, semua cap jari PATI Indonesia sudah tercatat dalam sistem biometrik dalam sistem di Jabatan Imigresen Sabah dan program 5P yang dijalankan di Sabah oleh kerajaan Malaysia mesti dipatuhi oleh PATI Indoensia.
Soepeno berkata, PATI Indonesia yang ingin mendapatkan pasport untuk bekerja semua di Malaysia secara sah harus mempunyai majikan yang menjamin mereka dan mempunyai permit kerja .
Katanya, selepas mendapat jaminan daripada majikan, pejabat konsulat akan mengeluarkan pasport untuk tempoh lima tahun dan bukannya lagi tiga tahun seperti dilaksanakan sebelum ini untuk pekerja Indonesia.
Manakala itu, katanya, mereka yang tidak ada majikan, mahu atau tidak mereka terpaksa pulang dan pihak Konsulat akan mengeluarkan surat Perjalanan Laksana Pasport untuk keperluan mereka pulang secepat mungkin ke Indonesia dengan kos perjalanan ditanggung PATI sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Soepeno berkata, bagi tanggungan keluarga pekerja iaitu isteri dan anak-anak mereka, pihaknya masih menunggu keputusan lanjut daripada Jabatan Imigresen di Sabah.
“Kami ingin supaya tanggungan tenaga pekerja Indonesia dibenarkan terus berada di sini, ini kerana anak-anak mereka pada masa ini mengikuti pendidikan di sekolah Indonesia di Kota Kinabalu dan di beberapa daerah lain di Sabah.
Bagaimanapun, pihaknya memahami bahawa perkara itu di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia, khususnya kerajaan negeri Sabah.
Kerajaan M'sia sudah bermurah hati dengan memberi layanan yang baik kepada PATI, harap PATI yang tidak mempunyai majikan dan permit bekerja diminta pulang dengan rela hati.
BalasPadampassprt untuk 5 tahun adalah suatu tempoh yang lama dan berbaloi. Harap mereka ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
BalasPadamIsu PATI di Sabah ditahap yang serius. Diharap dengan cara ni dapat mengurangkan lebih ramai warga asing di Malaysia terutama di Sabah.
BalasPadamHarap mereka yang sudahpun didaftar itu dapat pulang segera ke negara asal masing-masing.
BalasPadamKalau warga Indonesia masih ok lagi, sebab ada konsulat mereka di sini, kalau warga Filipin, susah sikit.
BalasPadamlebih baik PATI pulang dgn rela hati sebelum mereka di halau keluar.
BalasPadambagaimana pula dengan urusan dokumen perjalanan? adakah ditanggung sendiri oleh warga asing tersebut?
BalasPadamharap semuanya akan berjalan lancar dan pati yang tidak mempunyai majikan dan permit akan pulang dengan rela ke negra mereka.
BalasPadampasti masalah kewangan lagi yang akan dihadapi oleh warga asing ni kalau balik negara asal. mana la tau ada yang tidak balik kalau tiada duit.
BalasPadamBagaimana dengan PATI Filipina?
BalasPadamDiharap setelah selesai urusan dan sudah kembali ke sini untuk bekerja, pekerja asing mengikuti peraturan2 di negeri ini.
BalasPadamSemoga mereka yang telah berdaftar akan melaksanakan kerja seterusnya iaitu pengurusan untuk pulang.
BalasPadamPengurusan dokumen perlulah diuruskan sendiri. Tidakkan semua mahu pihak berkuasa melakukannya. 5P sudah pasti mengurangkan beban mereka. Jadi dokumen itu perlulah diurus sendiri, tapi jangan risau pihak berkuasa akan melicinkan pengurusan dokumen tersebut.
BalasPadammahu atau tidak mereka terpaksa pulang tetapi tentu ada yang tidak dapat pulang ke negara asalnya disebabkan masalah kewangan..
BalasPadamharap masalah PATI akan berkurangan
BalasPadamInilah berita yang sudah lama-lama kita menunggu. Harap mereka akan pulang dengan hati yang rela.
BalasPadamBerita yang baik!!
BalasPadamSelamat pulang kepada mereka!
BalasPadamlebih baik pulang ke negara asal sebelum kerajaan Malaysia ambil tindakan..
BalasPadam