Jumaat, Ogos 26, 2011

KERAJAAN TIADA BANTAHAN PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL DALAM SISTEM PILIHAN RAYA - DOMPOK

Dakwat Kekal Lebih Mudah Berbanding Biometrik Pada PRU - Dompok

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berpendapat, penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik.

Katanya, sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, dakwat kekal masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu selain dapat mencegah pengundian berganda terutama di Sabah yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah pendatang tanpa izin.

"Bagi saya, mana-mana pun tiada masalah tetapi yang mudah untuk digunakan ialah dakwat kekal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar bari ijazah pertama dan penyerahan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kawasan Parlimen Penampang di Lok Kawi, dekat sini, Jumaat. Dompok, yang anggota Parlimen Penampang, mengulas laporan akhbar Khamis lepas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik sebagai berkata suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

Ditanya kenapa kerajaan sebelum ini tidak berminat untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya di negara ini, Dompok berkata kerajaan berpendapat cara itu lebih praktikal di negara-negara yang menghadapi kesukaran untuk mengadakan pilihan raya secara teratur.

"Saya rasa tidak ada bantahan daripada mana-mana pemimpin kerajaan termasuk saya mengenai penggunaan dakwat, jika keadaan memerlukan penggunaan dakwat kekal dilaksanakan... kita di pihak kerajaan tiada bantahan," katanya.

Mengenai persediaan UPKO menghadapi PRU ke-13 akan datang, Dompok berkata parti itu sudah bersiap sedia menghadapinya pada bila-bila masa.

10 ulasan:

  1. Jika kerajaan tiada bantahan, adakah dakwat kekal akan digunakan pada pilihanraya ke-13?

    BalasPadam
  2. Jika dakwat kekal digunakan, maka salah satu daripada tuntutan Bersih sudah dapat dicapai.

    BalasPadam
  3. lebih baik jgua gunakan kedua sistem biometrik dan dakwat kekal, pasti sistem pilihanraya akan lebih teratur dan semua pihak akan berpuas hati.

    BalasPadam
  4. jika keadah ini didapati lebih baik, maka mungkin ianya akan diterimapakai nanti.

    BalasPadam
  5. Rasanya lebih baik lagi gunakan dakwat kekal. biasanya kaedah yang canggih dan moden lebih banyak terdedah kepada masalah2 yang tidak dapat dijangka.

    BalasPadam
  6. kalau memang tiada bantahan dari kerajaan maka penggunaan dakwat kekal ni bolehlah digunapakai pada PRU nanti.

    BalasPadam
  7. Guna saja dakwat kekal. Murah dan kebaragkalian untuk dimanipulasi rendah.

    BalasPadam
  8. Akhirnya ada juga menteri yang berani menyuarakan pandangan beliau. Menteri2 lain apa macam? Ada yang takut dengan penggunaan dakwat kekal?

    BalasPadam
  9. tengok la lepas pilihanraya nanti.. di India yang sebelum ini merupakan pengguna tegar dakwat kekal telah pun beralih kepada biometrik, Malaysia pula yang bercadang menggunakan Biometrik terpaksa beralih kepada penggunaan Dakwat Kekal..

    BalasPadam
  10. Baguslah kalau macam itu. Mungkin ini cara yang terbaik juga dalam PRU akan datang.

    BalasPadam