Selasa, Ogos 23, 2011

KERAJAAN PERSEKUTUAN PERLU MEMBERI SUBSIDI GETAH KEPADA SABAH BAGI MENYAMAKAN HARGA GETAH ANTARA NEGERI INI DAN SEMENANJUNG YANG AMAT TINGGI PERBEZAANNYA

Sabah perlu bantuan subsidi harga getah

KOTA KINABALU 22 Ogos - Kerajaan Persekutuan perlu memberi subsidi getah kepada Sabah bagi menyamakan harga getah antara negeri ini dan Semenanjung yang amat tinggi perbezaannya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, harga getah di negeri ini lebih rendah berbanding di negeri lain berpunca daripada kos pengangkutan, kos pemprosesan dan kos perkhidmatan pembelian yang lebih tinggi.

"Jadi, untuk memastikan kadar harga getah di Sabah sama dengan di Semenanjung, kerajaan Persekutuan hendaklah memberi subsidi harga bagi menampung kos tambahan yang ditanggung pekebun kecil di Sabah," katanya menjawab soalan lisan Datuk Justin Guka (BN-Bingkor) pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tambah Yahya, kedudukan logistik Sabah menyebabkan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) terpaksa menambah kos sebanyak 36 sen sekilogram bagi menghantar getah ke Semenanjung.

Selain itu katanya, kos memproses getah di Sabah adalah lebih tinggi memandangkan semua peralatan dan bahan pemprosesan getah terpaksa diimport dari Semenanjung.

"Malah, bekalan elektrik juga kerap kali terputus mengakibatkan kerugian dan kehilangan masa pengeluaran selain harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada Semenanjung," katanya.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan pinjaman sebanyak RM60 juta kepada LIGS untuk tujuan pembayaran pembelian getah kepada pekebun kecil.

"Dengan adanya pinjaman ini LIGS akan membeli secara langsung daripada pekebun-pekebun kecil dengan membayar secara tunai," ujarnya.

46 ulasan:

  1. memang kebelakangan ini harga getah agak mahal berbanding tahun2 yang sudah lalu tapi LIGS pula yang tiada wang untuk membayar getah pekebun2 kecil.

    BalasPadam
  2. setuju juga jika kerajaan memberi subsidi harga getah. kenapa Semenanjung dan Sabah yang berada dalam 1Malaysia tapi perbezaan agak ketara?

    BalasPadam
  3. daripada getah tersebut dihantar ke semenanjung untuk diproses bukankah lebih baik jika Sabah memproses sendiri hasil getahnya?

    BalasPadam
  4. I agree that Sabah rubber sheet prices should be the same as West Malaysia price. Why should Sabah produced rubber sheets be cheaper than our West Malaysian counterparts?

    BalasPadam
  5. Agree with Say, Sabah should process our own rubber sheets.

    BalasPadam
  6. ya..harap kerajaan persekutuan akan dapat memberikan subsidi getah kepada Sabah.

    BalasPadam
  7. ini diharap akan dapat menyamakan harga getah di negeri ini sama dengan negeri-negeri lain.

    BalasPadam
  8. perbezaan hrga getah di Sabah dgn kemenajung amat ketara sekali. mmg patut subsidi getah diberikan kepada Sabah. dan amat diharap agar LIGS mempunyai wang untuk membeli getah daripada pekebun.

    BalasPadam
  9. Proposal by Datuk Yahya should be considered.

    BalasPadam
  10. I am personally agree to Datuk Yahya that there should be a subsidy.

    BalasPadam
  11. Hope to hear good news soon. Way to go Datuk Yahya!

    BalasPadam
  12. Kerajaan negeri kena tegas dan agresif dalam menuntut subsidi daripada kerajaan persekutuan.

    BalasPadam
  13. Setuju dengan say. Lebih baik peruntukan lebih diberikan agar Sabah dapat memproses getahnya sendiri. Perbezaan harga yang amat ketara tidak menunjukkan semangat 1Malaysia seperti yang dilaung-laungkan.

    BalasPadam
  14. "..bekalan elektrik juga kerap kali terputus mengakibatkan kerugian dan kehilangan masa pengeluaran selain harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada Semenanjung.."

    Tarif elektrik sudah naik, SESB kena pastikan perkhimatan yang diberikan pun diperbaiki. Kenapa harga minyak diesel untuk industri di Sabah lebih tinggi?

    BalasPadam
  15. The federal should give the subsidy. After all, Sabah is in M'sia too. Why there must be a big price difference?

    BalasPadam
  16. Kalau cakap pasal kos, memang kos di Sabah lagi tinggi.

    BalasPadam
  17. SESB kena bertanggungjawab memastikan pengguna2 menikmati bekalan elektrik pada tahap yang sesuai dengan kenaikan tarff elektrik.

    BalasPadam
  18. Harap2 nasib pekebun2 kecil dapat dibela & dapat menaikkan taraf ekonomi mereka.

    BalasPadam
  19. harga getah sabah dan semenanjung harus diseragamkan sesuai dengan konsep 1Malaysia...

    BalasPadam
  20. kerajaan persekutuan harus memberikan subsidi getah kepada sabah bagi menyamakan harga getah di sabah dengan di semenanjung..

    BalasPadam
  21. agree with datuk yahya..federal should approve it ASAP...no more delay no more NATO...

    BalasPadam
  22. kalau rm60 juta itu sudah diluluskan oleh kerajaan, kenapa masih ada aduan bahawa pihak LIGS lambat membuat pembayaran kepada pekebun kecil getah?

    BalasPadam
  23. kerajaan persekutuan juga patut melihat ketidak-seimbangan yang wujud antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.. bukan sahaja dalam industri getah malah dalam banyak hal..

    BalasPadam
  24. harga getah di sabah dan semenanjung harus diseragamkan.

    BalasPadam
  25. Itu sudah pasti. Kenapa harga Sabah dan Semenanjung tidak sama? Sedangkan mereka mengeluarkan getah juga tidak ada bezanya. Harap kerajaan jangan terlalu mengutamakan orang semenanjung. Banyak keistimewaan diberikan kepada orang Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak. Inikah keadilan?

    BalasPadam
  26. Jadi 1 Malaysia maka 1 Hargalah. Tidakkan berbeza-beza.

    BalasPadam
  27. Mungkin perkara ini perlulah diberikan perhatian dan perbincangan bagi cadangan ini. Ini demi kebaikkan para penoreh getah di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  28. "Malah, bekalan elektrik juga kerap kali terputus mengakibatkan kerugian dan kehilangan masa pengeluaran selain harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada Semenanjung,"

    Think the governmnent should take prompt action to improve its insrastrucure system to ensure enough supply and not to faces risks and losses.

    BalasPadam
  29. Apakah sebab harga pasaran getah tidak sama di Semenanjung dan Sabah & Sarawak?

    BalasPadam
  30. Permintaan dah sampai ke tangan kerajaan. Menantikan berita baik dari kerajaan supaya tidak merisikokan pekebun-pekebun..

    BalasPadam
  31. Due to incomplete infrastructure system around Sabah area that causes the increasing of their processing and transportation costs. Hope the government can study the problem and promptly resolve their limitation and issues.

    BalasPadam
  32. May be the government should thoroughly study about such subsidy concept.

    BalasPadam
  33. Jika perkhidmatan dan bekalan SESB dipertingkatkan, memang mengurangkan kos dan kerugian yang dialami. Bekalan electrik perlu dinaik taraf dan kualitinya.

    BalasPadam
  34. Perlu dikaji dan dirancangn berkenaan dengan konsep subsidi tersebut.. Ini memang akan mengurangkan kerugina yang meraka hadapi terutama harga pasaran yang tidak standard.

    BalasPadam
  35. Harap kerajaan membuat yang yang terbaik untuk kesemua pekebun ladang getah. Harga pasaran seharunya standard sebab keadaan infra yang berkurangan di Sabah memang meningkatkan kos pemprosesan dan pengangkutan.

    BalasPadam
  36. Cadangan subsidi tersebut memang idea yang pintar untuk membaiki taraf hidup dan ekomoni orang Sabahan. Seharus dikaji dan dilaksanakan demi manfaat kepada semua pekebun dan penoreh getah.

    BalasPadam
  37. Masalah infrastruktur yang kurang sempurna memang menjadi satu halangan kepada Sabah untuk berkembang. Harap kerajaan meningkatkan lagi sistem tersebut dan ini akan menarik lebih banyak pelabur asing di negeri Sabah.

    BalasPadam
  38. "Jadi, untuk memastikan kadar harga getah di Sabah sama dengan di Semenanjung, kerajaan Persekutuan hendaklah memberi subsidi harga bagi menampung kos tambahan yang ditanggung pekebun kecil di Sabah," - setuju dengan cadangan beliau

    BalasPadam
  39. satu cara ialah penoreh getah perlu menubuhkan sebuah persatuan yang boleh membantu mereka membuat jualan kepingan getah mereka dengan lebih menguntungkan.

    BalasPadam
  40. berharap pihak kerajaan dan penoreh getah akan dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

    BalasPadam
  41. Kepentingan dan hak-hak rakyat, terutamanya pekebun kecil, harus dijaga oleh pihak yang terlibat

    BalasPadam
  42. kerajaan negeri perlu mengkaji semula SRIB dengan tujuan membantu orang-orang yang terlibat dalam industri getah.

    BalasPadam
  43. Bagus jugalah kalau subsidi diberi dan harga getah disamaratakan. Pasti ramai pihak gembira.

    BalasPadam
  44. Semoga cadangan ini mendapat perhatian sewajarnya demi membantu para pekebun getah terutamanya di Sabah.

    BalasPadam
  45. Apa kita tunggu saja lah berita gembira dari kerajaan persekutuan nanti.

    BalasPadam
  46. entah la og atasan skang harap pagar pagar makan padi...............................

    BalasPadam