Selasa, Ogos 23, 2011

PENIAGA DITUDUH BUNUH PELANCONG WANITA PERANCIS DI TIOMAN

Peniaga Dituduh Bunuh Pelancong Wanita Perancis Di Tioman

PEKAN, 23 Ogos (Bernama) -- Seorang peniaga kecil-kecilan dari Pulau Tioman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Selasa kerana dituduh membunuh pelancong wanita warga negara Perancis, Stephanie Foray.

image Asni Omar, 36, menyatakan faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Emma Shahriana Ali. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Dia dituduh membunuh Foray, berumur lebih kurang 30 tahun, di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman antara 8 malam 10 Mei dan 12 tengah hari 12 Ogos lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Emma Shahriana kemudian mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar.

Foray yang berasal dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas, dan susulan laporan polis oleh keluarga wanita itu menerusi wakil kedutaan Perancis, siasatan mendapati Foray ke Pulau Tioman pada 10 Mei dan tidak pernah mendaftar keluar.

Mengikut laporan media, siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan rangka manusia yang dipercayai Foray, ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di kampung itu pada 8 Ogos lepas.

-----

'Killed for refusing to have sex'

9 ulasan:

  1. kejadian ini pasti mempengaruhi imej negara dan industri pelancongan di mata pelancong asing yang datang ke Malaysia.

    BalasPadam
  2. biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya nanti. harap kes ini akan diselesaikan dengan segera.

    BalasPadam
  3. Dipercayai mangsa dibunuh kerana enggan melakukan hubungan seks dengan si pembunuh. Semoga si pembunuh dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukannya!

    BalasPadam
  4. kes bunuh kini makin meningkat.

    BalasPadam
  5. Condolence to the victim's family.

    BalasPadam
  6. He should pay for what had happened!

    BalasPadam
  7. Investigate the case Please!!!

    BalasPadam
  8. kalau sudah didapati bersalah, jangan bagi peluang meringankan hukuman.. kesalahan membunuh mesti dikenakan hukuman mati..

    BalasPadam
  9. Menjatuhkan nama baik negara kita dengan kes pembunuhan warga egara Perancis ini. Mungkin ini akan membuat pelancong bimbang akan keselamatan mereka untuk datang ke Negara kita.

    BalasPadam