Rabu, Ogos 24, 2011

KELEWATAN PEMBAYARAN BANTUAN ORANG TUA KERANA WARAN DARI PUSAT LAMBAT DITERIMA

Kelewatan pembayaran BOT tidak disengajakan

KOTA KINABALU 24th August, 2011: Kelewatan pembayaran Bantuan Orang Tua (BOT) pada Mei dan Jun lalu disebabkan berlaku kelewatan terimaan waran daripada pihak Kementerian Kewangan Persekutuan ke Negeri Sabah.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Herbert Timbun Lagadan berkata, gangguan itu adalah secara sementara dan para penerima akan menerima bayaran bagi bulan Ogos dan bulan seterusnya pada 24 haribulan setiap bulan.

“Ini kerana kementerian saya baru mendapat waran tambahan yang baru dari Kerajaan Persekutuan untuk tujuan bayaran bantuan ke atas kes-kes sedia ada sehingga Disember 2011,” katanya pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Louis Rampas yang bertanya apakah masalah yang mengakibatkan kelambatan pembayaran bantuan kepada penerima BOT dan apa tindakan untuk membaiki cara pembayaran bantuan tersebut.

Herbert berkata, kelewatan pembayaran itu tidak disengajakan, ini kerana peruntukan kewangan yang diberikan kepada Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am untuk tujuan bayaran bantuan kebajikan bukanlah didatangkan secara sekaligus.

“Waran peruntukan berkenaan dihantar secara berperingkat-peringkat mengikut bulan. Keadaan ini sememangnya menjejaskan jadual pembayaran sedia ada yang telah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun menjelaskan Bantuan Orang Tua boleh diberikan kepada pasangan suami isteri jika mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Katanya, antara syarat itu ialah, pemohon hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri ini dan berumur 60 tahun, tiada ahli keluarga boleh menanggung dari segi sara hidup dan tidak mempunyai sumber pendapatan atau jika mempunyai pendapatan maka pendapatan isi rumah pemohon hendaklah tidak melebihi paras garis kemiskinan iaitu RM960 sebulan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Adun Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang bertanya adakah kerajaan dapat meluluskan BOT untuk kedua-dua suami isteri dan adakah Jabatan Kebajikan Tawau bercadang menambah kakitangan yang fasih bertutur Bahasa Cina untuk membantu komuniti Cina yang tidak fasih Bahasa Malaysia.

Azizah berkata, Pejabat Kebajikan Bahagian Tawau telah pun menempatkan seorang kakitangan berbangsa Cina.

35 ulasan:

  1. Kelewatan disebabkan oleh waran daripada kerajaan persekutuan...jadi rasanya jika nak salahkan kerajaan negeri pun, tak kena & tak betul juga...

    untuk pegawai yg fasih berbahasa cina pula, rasanya setiap pejabat perlu, kerana pasti di setiap daerah atau tempat itu ada penerima dari mereka yang berbangsa cina yg tidak fasih berbahasa melayu...

    BalasPadam
  2. diharap penerima memahami keadaan tersebut. apapun, penjelasan awal perlu diberikan agar mereka tidak tertunggu2.

    BalasPadam
  3. harap masalah pembayaran ini dpt diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  4. Gara2 kelewatan menerima waran tambahan dari persekutuan, kerajaan negeri yang disalahkan.

    BalasPadam
  5. Memang kakitangan Cina diperlukan di setiap pejabat agar dapat memudahkan urusan.

    BalasPadam
  6. jadi masalah kelewatan ini harus diatasi..sistem yang diguna pakai oleh kementerian kewangan persekutuan harus diperbaiki lagi bagi mengelak kes serupa berlaku sehingga menimbulkan spekulasi dan provokasi yang mana boleh menjejaskan imej bersih kerajaan.

    BalasPadam
  7. penjelasan sudah diberikan oleh pihak berwajib..

    BalasPadam
  8. Penjelasan dah diberi jadi sekarang ni kita nantikan perkembangan seterusnya.

    BalasPadam
  9. Jadi kalau lepas ni masih juga tak pandai selesai memang ada lah yang tak kena tu.

    BalasPadam
  10. Apapun, harap hal ini dapat ditanggani dengan baik :)

    BalasPadam
  11. penjelasan ini dapat menjelaskan mengapa kelewatan berlaku.

    BalasPadam
  12. gangguan itu adalah secara sementara dan harap ianya diatasi dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  13. Pastikan kelewatan seperti ini tidak akan berulang lain kali.

    BalasPadam
  14. Semoga bantuan orang tua sudah sampai kepada warga emas sebelum raya.

    BalasPadam
  15. cuba atasi kelemahan2 ini.. jika dikemudian hari masih berlaku kelewatan, rakyat akan beranggapan bahawa kerajaan tidak bersungguh2 membantu golongan tua..

    BalasPadam
  16. sepatutnya penjelasan itu diberikan sebelum masalah itu sampai kepada golongan penerima bantuan supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan isu ini untuk menyerang kerajaan..

    BalasPadam
  17. Inilah kesukaran bagi kerajaan negeri kita jika dikawal oleh kerajaan persekutuan. Kerana ini akan melambatkan kelulusan dan sebagainya.

    BalasPadam
  18. Ini bukan kesalah kerajaan negeri dan disengajakan oleh mereka. Tapi mungkin proses kelulusan dari pusat agak lewat menyebabkan perkara kelewatan pembahagian BOT tertangguh.

    BalasPadam
  19. seharusnya kerajaan ada cara lain untuk mengatasi masalah kelewatan ini dan harap di lain hari, masalah sedemikian tidak berlaku lagi..

    BalasPadam
  20. "...adakah Jabatan Kebajikan Tawau bercadang menambah kakitangan yang fasih bertutur Bahasa Cina untuk membantu komuniti Cina yang tidak fasih Bahasa Malaysia."

    Patut menempatkan seorang kakitangan berbangsa Cina dan juga bangsa lain supaya mereka yang tidak fasih BM dapat diberi bantuan.

    BalasPadam
  21. “Waran peruntukan berkenaan dihantar secara berperingkat-peringkat mengikut bulan. Keadaan ini sememangnya menjejaskan jadual pembayaran sedia ada yang telah ditetapkan,”

    Its a good idea to review and improve the application procedure. Simplified it to make sure the money reach to the BOT on time.

    BalasPadam
  22. Ringkaskan permohonan tersebut supaya mereka yang memerlukan bantuan menerima bantuan serta-merta. Kaedah yang rumit perlu diabaikan.. Harap masalah diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  23. "Kebajikan Tawau bercadang menambah kakitangan yang fasih bertutur Bahasa Cina untuk membantu komuniti Cina yang tidak fasih Bahasa Malaysia."

    Cadangan yang baik juga jika semua pejabat kerajaan menambah kakitangan yang fasih bahasa cina dan tamil untuk membantu mereka yang klurang fasih bahasa melayu.

    BalasPadam
  24. Process peruntukan kewangan ini perlu dibaiki lagi. Golongan yang memerlukan bantuan seharus diambil perhatian yang wajar dan pertolongan yang tepat masanya.

    BalasPadam
  25. Tak apa, sekarang dah tahu kelemahan kat mana.. Cuba membaiki je.. Semoga peruntukan wang di masa akan datang boleh sampai ke tangan mereka dengan cepat.

    BalasPadam
  26. Ringkaskan kerja permohonan dan peruntukan supaya peruntukan sampai ke tangan orang tua tepat pada masanya.

    BalasPadam
  27. Tiada keburukan jika menambah kakitangan yang berfasih bahasa lain seperti cina, tamil dll.. komunikasi penting untuk mengetahui keperluan warga orang tua tersebut.

    BalasPadam
  28. Menkaji kaedah supaya peruntukan wang dengan cara dan prosedur yan glebih ringkas dan jimat masa.

    BalasPadam
  29. Hoping the in charge person and department doing their job efficiently but not taking their own sweet time as those people really need financial assistant and time is the major concern too.

    BalasPadam
  30. villager berkata...
    cuba atasi kelemahan2 ini.. jika dikemudian hari masih berlaku kelewatan, rakyat akan beranggapan bahawa kerajaan tidak bersungguh2 membantu golongan tua..

    Agreed to Villager.. improve their limitation and weaknesses.. Such delay may affect good reputation and people has the feeling that the government refuse to help the people.

    BalasPadam
  31. jangan-jangan ada ceriat lain pulak...

    BalasPadam
  32. patutlah jadi begitu, harap dapat jalan dengan baik lagi.

    BalasPadam
  33. harap masalah kelewatan ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan supaya tidak ada fikiran negatif dari raykat tempatan

    BalasPadam
  34. harap program BOT dapat dilaksanakan secara berkesan lagi di masa akan datang

    BalasPadam
  35. harap tidak ada lagi masalah kelewatan di masa hadapan.

    BalasPadam