Kepimpinan Najib Diterima Majoriti Rakyat - Rais
PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.
"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.
Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Bagaimanapun, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara ikhlas.
Sehubungan itu, Rais yang meragui kajian Merdeka Research Centre itu menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian sepertimana yang dilakukan di beberapa negara barat.
"Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya," katanya.
Rais berkata peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lepas juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.
----
PM's approval rating declines to 59%
BANGI, 29 Aug 2011 – The prime minister's approval rating has taken a dip as found in the opinion poll released by Merdeka Center for Opinion Research today.
59% of the Malaysians polled said that they were satisfied with Prime Minister Najib Tun Razak's performance in this survey which is 6% lower compared to 65% recorded in May 2011. Broken down into ethnic groups, the survey found 69% of Malays, 38% of Chinese and 69% of Indian respondents expressed satisfaction.
Poll Report
News Release
Pengiraan seperti ini mungkin tidak tepat, tapi rakyat sendiri boleh menilai sama ada mereka menerima beliau ataupun tidak.
BalasPadamHarap PM Najib akan berusaha mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap beliau.
BalasPadamKenapa ada penurunan..?? pasti ada kelemahan yang harus diperbaiki bukan sahaja Najib seorang tetapi juga seluruh anggota kerajaan.
BalasPadamJangan biarkan penurunan terus berlaku... Lakukan sesuatu...
BalasPadamPasti keadaan dapat diselamatkan lagi sebelum kepercayaan rakyat hilang 1005% terhadap Najib.
BalasPadamMungkin penurunan ini ada kaitannya dengan isu2 yang timbul di negara sejak akhir2 ini dan bagaimana Najib membuat keputusan untuk menangani masalah tersebut.
BalasPadamRakyat sekarang semakin berani dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. harap Najib berhati2 dalam setiap tindakan yang diambil.
BalasPadamIni bukanlah penentu sebenar tahap prestasi Najib.
BalasPadamKalau sudah turun, perbaikilah kelemahan itu selagi masa masih ada.
BalasPadamsaya lebih yakin dengan kajian yang melibatkan 50 ribu responden berbanding dengan seribu lebih responden.
BalasPadamsama ada menurun atau tidak, yang penting kita sendiri boleh menilai apa yang baik untuk rakyat..
BalasPadamKita pun tidak tahu setakat mana kebenaran dalam hal ini. Tapi bagi saya sendiri mungkin sokongan terhadap Najib tetap ada tapi dakwaan 59% itu tidak tepat sama sekali.
BalasPadam