Jumaat, Julai 15, 2011

Sokongan Facebook tidak wakili majoriti

Sokongan Facebook tidak wakili majoriti - Musa

KOTA KINABALU 14 Julai - Angka besar kononnya lebih 100,000 rakyat negara ini menerusi laman sosial Facebook, telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan, bukanlah mewakili majoriti penduduk negara ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yakin ia tidak akan memberi kesan besar kepada negara kerana rakyat telah bijak menilai dan mendapat maklumat lengkap mengenai sumbangan berterusan kerajaan kepada mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak hanya tahu bercakap dan menabur janji kosong sahaja serta membuat fitnah tetapi sebaliknya sejak daripada dahulu lagi bekerja keras membela nasib rakyat.

"Saya minta rakyat supaya jangan membuang masa dengan mendengar cakap-cakap kosong, sebaliknya kena fikir masa depan anak-anak cucu kita. Apa akan terjadi jika pembangkang memerintah," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi.

Musa diminta mengulas mengenai satu petisyen di Facebook mendesak Najib meletak jawatan yang kononnya telah mendapat sokongan daripada kira-kira 170,000 orang sejak dilancarkan Sabtu lalu.

Laman 100,000 People Request Najib Razak Resignation (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari sama diadakan perhimpunan haram Bersih.

Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.

----

"Saya boleh buka akaun FB sokong PM" - Adnan

10 ulasan:

  1. Guna cara Facebook untuk mendesak PM turun tidak berkesan.

    BalasPadam
  2. ya.. sokongan FB itu tak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia. berjuta-juta rakyat Malaysia pasti ingin Najib terus menjadi PM.

    BalasPadam
  3. PRU-13 akan menentukan segalanya..

    BalasPadam
  4. cara seperti ini memang tidak berkesan dan tidak menggambarkan sokongan sebenar..

    BalasPadam
  5. memang pun sokongan di facebook tidak menggambarkan sokongan majoriti rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  6. Ya betul. Angka di FB tidak boleh dijadikan ukuran.

    BalasPadam
  7. Benar kata Datuk Musa. Ini tidak akan mempengaruhi fikiran rakyat.

    BalasPadam
  8. budak sekolah rendah pun ada FB.. bukan susah tekan butang like.. lagipun jumlah pro Najib di FB lebih tinggi berbanding FB anti Najib..

    BalasPadam
  9. kita haruslah pandai menilai..

    BalasPadam
  10. tajuk di atas sememangnya tepat!

    BalasPadam