Sabah Sasar Jalan Berturap Sejauh 7,000 Km Menjelang 2020
KOTA KINABALU, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah menyasarkan untuk menurap jalan raya sejauh 7,000 kilometer, yang dijangka menelan belanja RM10 bilion, menjelang tahun 2020.
Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Datuk John Anthony berkata ini selaras dengan wawasan kerajaan yang mahu melihat status jalan raya di negeri ini menyamai piagam nasional, yang kini dinikmati rakyat di Semenanjung, iaitu 80 peratus jalan berturap manakala selebihnya jalan berbatu kelikir.
"Inilah perancangan utama kita untuk membangunkan infrastruktur jalan raya di Sabah untuk kemudahan rakyat. Pada masa ini, sekitar 35 peratus jalan raya di Sabah berturap manakala 65 peratus masih jalan kelikir," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan pegawai-pegawai kanan JKR di sini Rabu.
Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.
John berkata di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) (2010-2012), Sabah diperuntukkan sebanyak RM2 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan intrastruktur jalan raya dengan sasaran jalan berturap sejauh 750km.
Beliau berkata mengikut perancangan, sekurang-kurangnya lima jalan raya berturap akan dibina di setiap daerah di Sabah sepajang tempoh itu.
Hope that this goal can be met. The roads in Sabah needs major improvements.
BalasPadam35% jalan raya berturap, Sabah masih jauh ketinggal di belakang.
BalasPadamHarap2 sasaran ini dapat dicapai.
BalasPadam80% jalan berturap di Semenanjung manakala di Sabah hanya 35%. harap pembangunan di Sabah juga diutamakan.
BalasPadamusaha pembangunan di Sabah perlu diberikan tumpuan agar pembangunan di Sabah seiring dengan negeri-negeri lain.
BalasPadamharap sasaran menurap jalan raya sejauh 7,000 kilometer menjelang 2020 akan dapat dicapai.
BalasPadamnampaknya masih byk jalan raya di sabah yang belum diturap. apa yang diharap semoga sasaran untuk menurap seluruh jalan raya di Sabah tercapai.
BalasPadamSemoga apa yang dirancangan akan terlaksana dengan jayanya.
BalasPadammaka peruntukkan yang lebih besar harus diberikan kepada sabah setiap tahun untuk memastikan sasaran ini tercapai.
BalasPadamsabah masih jauh ketinggalan..
BalasPadamdiharapkan sasaran tersebut akan tercapai..
BalasPadamsemoga rancangan ini tercapai...
BalasPadamdiharap pembangunan infrastruktur jalan raya di Sabah untuk kemudahan rakyat dapat ditunaijanjikan.
BalasPadamsaya harap qualiti jalan yang bakal diturap itu sesuai dengan kosnya..
BalasPadam