Rabu, Julai 06, 2011

Sabah Laksana 5P Selesai Isu Pendatang Tanpa Izin tolak proses Pemutihan

Sabah Laksana 5P Selesai Isu Pendatang Tanpa Izin

KOTA KINABALU, 6 Julai (Bernama) -- Sabah akan melaksanakan hanya lima perkara daripada Program 6P yang akan dilaksanakan di seluruh negara bulan ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman berkata Sabah tidak akan melaksanakan proses Pemutihan yang dilaksanakan sebelum ini tetapi mengundang lebih ramai kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati).

"Di Sabah ia dikenali sebagai 5P sahaja. Kita tolak proses Pemutihan yang kita sudah buat sebanyak empat kali pada 1997, 1998, 2008 dan 2009.

"Apa yang kita buat ialah untuk mendaftar dahulu Pati yang ada di Sabah selaras dengan keputusan di pihak persekutuan, iaitu untuk mendapatkan maklumat berapa ramai Pati yang kita ada dan apakah keperluan pekerja asing yang diperlukan oleh sektor-sektor ekonomi di Sabah," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Pengarah Imigresen Negeri Mohammad Mentek berkata 5P yang akan dilaksanakan di Sabah ialah Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.

Beliau berkata dua minggu diperuntukkan untuk proses pendaftaran secara percuma mulai 18 Julai dan dua bulan diperuntukkan untuk tempoh pengampunan yang mana Pati dikehendaki pulang ke negara asal mereka secara sukarela.

"Jika dua minggu tempoh pendaftaran tidak mencukupi, kita akan lanjutkan dua minggu lagi," katanya.

Mohammad berkata empat kategori Pati yang perlu mendaftar ialah mereka yang masuk secara tidak sah, tinggal lebih tempoh pas lawatan sosial, melanggar syarat-syarat pas kerja dan mereka yang memiliki pasport yang dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat di negara ini.

Beliau berkata sembilan lokasi dikenal pasti untuk proses pendaftaran iaitu di dewan-dewan masyarakat di Kudat, Menggatal, Ranau, Keningau, Sipitang, Tawau dan Lahad Datu serta Balai Seni Inabah di Semporna.

Beliau juga berkata Pati yang telah melalui proses pemutihan di Semenanjung atau di Sarawak tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

-----

Pada masa ini terdapat 272,148 orang pekerja asing berdaftar di negeri ini dan 63,965 orang lagi adalah keluarga mereka, isteri dan anak-anak.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Muhammad Mantek berkata,

16 ulasan:

  1. Good point, by doing so, it will indeed invite more illegal immigrants to enter Sabah. We should think of a better idea to resolve the illegal immigrant problems.

    BalasPadam
  2. harap-harap bilangan PATI di Sabah ni dapatlah dikurangkan selepas program 5P dilaksanakan.

    BalasPadam
  3. Harap2 5P ini dapat menyelesaikan isu PATI.

    BalasPadam
  4. harap usaha ini akan mampu mengatasi masalah PATI yang sudah berlarutan sekian lama.

    BalasPadam
  5. harap semua pihak akan berkerjasama dengan gigih agar program ini akan berjaya mencapai matlamatnya iaitu menyelesaikan isu PATI.

    BalasPadam
  6. semoga 5P ini mencapai sasaran mereka dalam selesaikan masalah PATI.

    BalasPadam
  7. Diharap kerajaan bertindak lebih serius dan tegas dalam menangani isu PATI ini.

    BalasPadam
  8. Tiada proses pendaftaran di KK dan Penampang kah?

    BalasPadam
  9. sEMOGA DENGAN 5P ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah PATI ini.

    BalasPadam
  10. sabahan tidak mengalu-alukan PATI.

    BalasPadam
  11. mana2 pihak yang enggan berkerjasama harus dikenakan hukuman berat.

    BalasPadam
  12. pastikan 5P memberikan kesan yang diharapkan.

    BalasPadam
  13. PATI di sabah harus diselesaikan..jika 5P tidak berkesan, laksanakan pendekatan yang lebih agresif.

    BalasPadam
  14. masalah PATI ini telah sekian lama berlarutan..semoga masalah ini dapat ditangani oleh pihak berkuasa setelah perlaksanaan 5P ini.

    BalasPadam
  15. "sembilan lokasi dikenal pasti untuk proses pendaftaran iaitu di dewan-dewan masyarakat di Kudat, Menggatal, Ranau, Keningau, Sipitang, Tawau dan Lahad Datu serta Balai Seni Inabah di Semporna."

    Ya, lokasi-lokasi inilah yang paling banyak PATI..dan juga KK.

    BalasPadam
  16. saya harap program ini akan berjaya menyelesaikan masalah PATI di negeri ini.. pastikan setiap 'P' itu dilaksanakan dengan teliti.

    BalasPadam