Sabtu, Julai 16, 2011

POLIS MENAHAN 2 WARGA ASING ROMPAK RM480,000

Dua ditahan terbabit kes rompakan berkumpulan

KOTA KINABALU 15 Julai - Polis menahan dua lelaki warga asing kerana dipercayai terlibat dalam lima kes rompakan berkumpulan sehingga mencecah RM480,000 di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.

Siasatan awal mendapati, kesemua suspek berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an itu terbabit dalam beberapa kes kecurian, rompakan berkumpulan dan bersenjata.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kedua-dua suspek ditahan di Luyang di sini pada 6 Julai lalu hasil maklumat daripada orang awam.

"Sebaik sahaja menerima maklumat, sepasukan polis dikerahkan ke kawasan itu untuk menjalankan pengawasan dan menangkap kedua-dua suspek berhampiran sebuah bank yang pernah dirompak oleh mereka," katanya di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Sofi, modus operandi mereka adalah mensasarkan lokasi bank dengan memerhatikan mangsa yang memasuki bank dan mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar.

"Mereka kemudian akan memancitkan tayar kenderaan mangsa sementara menunggu mereka keluar daripada bank. Semasa mangsa sibuk menukar tayar, suspek bertindak merompak mangsa," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

----

PATI ditahan ketika naiki pesawat

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek baru dua hari memasuki negeri ini secara haram menerusi laluan tikus di Kalabakan. Kegiatan mereka dipercayai didalangi satu sindiket yang masih diburu.

"Kesahihan pasport Indonesia yang digunakan mereka juga diragui, pihak kita akan berhubung dengan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah asli atau palsu,"

Ketua Jabatan Imigresen Daerah, Ibrahim Tamsil

9 ulasan:

  1. Kalau kemasukan warga asing ke negara kita dapat dikawal, mungkin kadar jenayah di sini pun boleh dikurangkan juga.

    BalasPadam
  2. Harap masalah jenayah yang berpunca daripada warga asing ini dapat dikurangkan. Ini memerlukan kerjasama daripada pihak polis, pihak immigrasi dan juga JPN.

    BalasPadam
  3. warga asing ni sering buat masalah dan jenayah kat negara kita.

    BalasPadam
  4. kawalan keselamatan harus diperketat terutama di laluan seperti Kalabakan yang sering menjadi laluan tikus PATI.

    BalasPadam
  5. sudah banyak kali kita mendengar jenayah yang dilakukan oleh warga asing. setuju dengan komen rama-rama, jika jumlah warga asing berkurang, jenayah pasti dapat dikurangkan.

    BalasPadam
  6. mereka yang mempunyai rekod buruk di negara kita patutnya tidak dibenarkan masuk semula.

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada pihak polis. Harap teruskan usaha memburu penjenayah yang bekeliaran di Sabah ini.

    BalasPadam
  8. Setuju dengan Ani. Cap jari/DNA mereka harus direkodkan kerana mereka mungkin akan kembali ke Sabah dengan identiti yang lain.

    BalasPadam
  9. adakah kementerian dalam negeri mengikuti perkembangan isu2 jenayah di negara ini terutamanya di Sabah? KDN tidak boleh meremehkan kehadiran PATI di negeri ini memandangkan terlalu banyak masalah yang mereka sumbangkan kepada negeri ini.

    BalasPadam