Sabtu, Julai 16, 2011

PEKERJA WARGA INDONESIA MATI DISERANG MANDUR

Pekerja mati diserang mandur

SANDAKAN 15 Julai - Gara-gara bertengkar masalah kerja, seorang buruh ladang warga Indonesia mati dipercayai diserang oleh dua lelaki termasuk mandurnya sendiri di sebuah ladang kelapa sawit di Memanjang Batu 36, Jalan Beluran dekat sini, malam tadi.

image Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa yang berusia 32 tahun dan belum dikenali identitinya meninggal dunia di Hospital Daerah Beluran kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dikatakan bertengkar mengenai masalah kerja dengan mandurnya yang juga seorang warga Indonesia di rumah kongsi mereka.

"Mangsa dan isterinya tinggal bersama mandur berkenaan dan seorang lagi suspek yang juga adik kepada mandur itu di rumah kongsi yang sama," katanya di sini, hari ini.

Rowell berkata, lanjutan daripada pertengkaran itu, mangsa dikatakan diserang dengan menggunakan pisau dan botol.

Katanya, dua beradik berkenaan kemudian melarikan diri selepas menyerang mangsa manakala mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Daerah Beluran untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, pihaknya masih memburu dua beradik itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

10 ulasan:

  1. Perkara seperti ini sudah biasa berlaku. Macam tidak lagi ada apapa yang hairan sudah.

    BalasPadam
  2. Saya cuma harap warga asing ini tidak akan menyerang, ataupun mencederakan orang tempatan.

    BalasPadam
  3. warga asing mmg mcm tu, hal kecil ja nak serang2 orang.

    BalasPadam
  4. jenayah di kalangan warga asing ni semakin bertambah.kerajaan perlu mengetatkan syarat pengambilan warga asing untuk bekerja di negara ini kerana kehadiran mereka boleh mempengaruhi keselamatan penduduk tempatan.

    BalasPadam
  5. lagi jenayah melibatkan warga asing. inilah sebabnya mengapa kita perlu mengawal kemasukan warga asing ke negara ini.

    BalasPadam
  6. Macam tidak sah kalau tiada berita jenayah yang melibatkan warga asing. Ini adalah sangat membahayakan terutamanya kepada orang tempatan.

    BalasPadam
  7. Harap suspek dapat ditangkap dengan segera.

    BalasPadam
  8. another crime story involving foreign workers..

    BalasPadam
  9. Pembunuhan bukan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan masalah.

    BalasPadam
  10. majikan perlu berhati2 dan memastikan setiap pekerja asing yang diambil bekerja tidak mempunyai rekod buruk dan tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

    BalasPadam