Ahad, Julai 17, 2011

"ADA PANDANGAN YANG MENYATAKAN KUALITI PENDIDIKAN DI NEGARA KITA TAK SETANDING DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU YANG LAIN," - MUHYIDDIN

Kajian Menyeluruh Terhadap Sistem Pendidikan Kebangsaan Dicadangkan

SURABAYA Julai 17, 2011: Kementerian Pelajaran sedang menyiapkan laporan mengenai cadangan bagi kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan kebangsaan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan itu bukanlah kajian semula terhadap Penyata Razak.

"Saya telah mendapat banyak pandangan, malah dalam media ada dilaporkan tentang keperluan supaya kita melihat semula keseluruhan sistem pendidikan kebangsaan kita hari ini.

"Sama ada ia telah mencapai matlamat dalam usaha untuk mendidik anak-anak bangsa, sama ada perakuan yang dikemukakan dalam Penyata Razak itu dilaksanakan dah tercapai sepenuhnya.

image "Ada pandangan yang menyatakan kualiti pendidikan di negara kita tak setanding dengan negara-negara maju yang lain," kata Muhyiddin, juga Menteri Pelajaran.

Pada masa ini satu pasukan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud ditugaskan untuk menyediakan laporan awal mengenai cadangan itu, yang dijangka dapat dikemukakan kepada jemaah menteri untuk pertimbangan dan kelulusan pada penghujung tahun ini. –BERNAMA

----

Tiga Sebab Utama Siswazah Sukar Dapat Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris, tiada pengalaman bekerja dan bersikap memilih pekerjaan adalah antara faktor utama ramai siswazah terus menganggur.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja.

"Kebanyakan majikan akan memberi lebih banyak markah kepada mereka yang memiliki pengalaman bekerja walaupun pengalaman yang diraih itu dalam kategori lebih rendah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kerjaya dan lepasan ijazah bertemakan "Graduan Aspire 2011" di sini.

Beliau berkata kadar pengangguran di Malaysia sekarang ialah 3.1 peratus.

11 ulasan:

  1. Kualiti Pendidikan negara kita masih boleh ditingkatkan lagi.

    BalasPadam
  2. Walaupun kerajaan sudah rasa sistem pendidikan kita sudah setanding dengan negara-negara maju. Tapi tidak bermaksud kita berhenti di sini sahaja. Teruskan menaik taraf sistem pendidikan kita.

    BalasPadam
  3. sistem pendidikan negara harus dipertingkatkan lagi

    BalasPadam
  4. sistem pendidikan di negara kita harus dikaji semula dan perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa.

    BalasPadam
  5. usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara perlu sentiasa dilakukan.

    BalasPadam
  6. Apa punca kualiti pendidikan di negara kita tidak setanding dengan negara2 maju yang lain? Cari punca dan jalan penyelesaiannya.

    BalasPadam
  7. Kenapa pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dimansuhkan? Kalau pergi ke peringkat lagi tinggi pun akan diajar dalam bahasa Inggeris. Bukankah lebih baik melentur buluh dari rebungnya? Mentaliti sesetengah golongan harus diubah dan bukan dimanjakan.

    BalasPadam
  8. Tingkatkan kualiti pendidikan kita. Tidak semestianya kurang kemahiran dalam bahasa inggeris tidak diberikan peluang. Mungkin kebolehan mereka ini yang penting.

    BalasPadam
  9. "Ketidakmampuan bertutur dalam bahasa Inggeris.."

    Siswazah yang kurang kemampuan bertutur dalam bahasa ini harus mempunyai intiative untuk memperbaiki diri dengan mengambil kelas malam.

    BalasPadam
  10. "siswazah yang baru menamatkan pengajian juga menuntut gaji tinggi dan enggan menerima tawaran jawatan yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka kerana gaji yang ditawarkan adalah rendah sebab tidak mempunyai pengalaman bekerja."

    kalau nak memilih sangat, lebih baik buka perniagaan sendiri.

    BalasPadam
  11. baguslah jika kementerian yang berkenaan sedar dengan kelemahan sistem pendidikan kita. dengan adanya kesedaran ini saya harap dimasa2 akan datang sistem pendidikan negara setanding dengan sistem pendidikan di negara2 maju.

    BalasPadam