Sabtu, Julai 02, 2011

BAYI ENAM BULAN BERAT 12 KILOGRAM TARIK PERHATIAN

Bayi Enam Bulan Berat 12 Kilogram Tarik Perhatian

LUAR BIASA...Ahmad Faleeq Darwish jadi perhatian ramai dengan kemontelannya.

BESUT, 1 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berusia enam bulan yang mempunyai berat lebih 12 kilogram di Kampung Gaung, Jerteh dekat sini dianggap luar biasa hingga menarik perhatian orang ramai.

Ahmad Faleeq Darwish Abdullah, anak bongsu daripada empat beradik yang membesar dalam keadaan sihat dan kini mampu memakai seluar pendek milik abangnya, Fayyadh Darish berumur 4 tahun.

Ahmad yang diukur setinggi 65 sentimeter itu merupakan anak kepada pasangan Abdullah Mohamad, 52, dan Zulida Mat Isa, 38, dilahirkan secara normal pada 14 November tahun lalu dengan berat 3.6 kilogram dan tidak pernah diberikan susu lain selain menyusu susu ibunya.

Ketika kunjungan Bernama ke rumah pasangan itu, Zulida memberitahu, lazimnya bayi seusia anaknya itu mempunyai berat badan kira-kira tujuh kilogram.

Katanya semasa mengandung selama sembilan, beliau hanya memakan makanan biasa dan tidak mengambil apa-apa makanan tambahan dan apabila bersalin berat bayinya itu sama seperti bayi lain.

"Tetapi kami menyedari Ahmad Faleeq Darwish cepat membesar berbanding dengan anak-anak yang sebaya dengannya," kata beliau.

Menurutnya, dia ada membawa bayinya itu ke klinik kesihatan ibu dan anak di Jerteh untuk pemeriksaan biasa tetapi diberitahu bahawa bayinya itu tidak mengalami masalah obesiti kerana hanya mengambil susu ibunya.

"Jika mengambil makanan lain mungkin anak saya ini dikatakan obesiti tetapi pembesarannya agak pantas hingga ia kelihatan besar sekiranya dibandingkan dengan anak-anak seumur dengannya," katanya lagi.

Selain Fayyadh Darish, Ahmad Faleeq Darwish mempunyai seorang lagi abang iaitu Ahmad Fawwaz Danial, 7, dan kakak, Alisa Maisara, 8, yang kesemuanya memiliki saiz tubuh biasa sahaja.

Ekoran saiz tubuh anaknya itu, kata Zulida, ramai saudara mara dan penduduk setempat berkunjung ke rumahnya dan kebanyakan begitu teruja melihat kemontelannya.

11 ulasan:

  1. Perkara seperti ini jarang berlaku. Tidak ada yang istimewa hanya Tuhan yang menjadikan bayi itu bayi Sihat.

    BalasPadam
  2. Baru 6 bulan tapi sudah boleh memakai baju budah 4 tahun.

    BalasPadam
  3. Pemeriksaan perubatan juga telah dibuat dan tidak mendapati sebarang tanda2 obesiti, berita ini sudah mengembirakan. Besyukurlah kepada yang Maha Kuasa.

    BalasPadam
  4. Sungguh luar biasa. Harap2 anak ini sihat2 sahaja.

    BalasPadam
  5. Semoga bayi ini membesar dengan sihat. Perkara seperti ini jarang2 berlaku.

    BalasPadam
  6. jarang kita dengar mengenai pekara seperti ini. yang penting bayi itu dalam keadaan sihat..

    BalasPadam
  7. yang penting bayi tu sihat walaupun berat. lagipun bukannya bayi tu mengalami obesiti pun.

    BalasPadam
  8. baru 6 bulan sudah berat 12 kg? harap bayi itu sihat sepenuhnyalah. Berat dan umur perlu diseimbangkan.

    BalasPadam
  9. bayi tersebut membesar dgn begitu pantas. apapun, ia perlu dipantau bagi memastikan kesihatannuya sentiasa baik.

    BalasPadam
  10. 12kg! Semoga bayi ini membesar dengan sihat tanpa masalah sampingan.

    BalasPadam