Sabtu, Julai 02, 2011

"UNTUK MENGUBAH FIZIK MALAYSIA - KITA PERLU MENANGANI KEADAAN YANG ADA SEKARANG SECARA BERANI DAN BERDEPAN" - TUN DAIM

Gaya Kepimpinan Lampau Tidak Lagi Sesuai Diamalkan Sekarang - Tun Daim

PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) -- "Cabaran yang dihadapi sektor awam di seluruh dunia hari ini tidak pernah kita diduga akan berlaku sedekad lepas," kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Sehubungan itu, beliau berkata platform komunikasi masa lampau tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini, bukan saja di Malaysia, malah di Amerika.

Katanya mesej yang disampaikan kepada orang ramai perlu jelas, termasuk berkaitan sesuatu dasar atau tindakan yang diambil kerajaan.

Beliau berkata dengan wujudnya pelbagai bentuk saluran komunikasi hari ini, orang ramai akan terlebih dahulu membentuk pendapat masing-masing sebelum sesuatu perkara diumumkan secara rasmi.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab pemimpin sektor awam dan swasta untuk memberi penjelasan kepada orang ramai tentang tindakan yang mereka ambil. Kenaikan harga bahan bakar, inflasi dan makanan di seluruh dunia adalah contoh terbaik tentang perkara ini.

"Ada kalanya, kerajaan Barat menghantar isyarat yang mengelirukan dan bercanggah tentang ekonomi dan integriti pasaran," katanya ketika menyampaikan syarahan mengenai cabaran kepimpinan global yang dihadapi sektor awam masa kini di Razak School of Government di sini Jumaat.

Daim berkata reaksi orang ramai yang tidak menyenangkan terhadap sesuatu dasar yang dimumumkan mungkin berpunca daripada penjelasan yang tidak mencukupi tentang tindakan yang diambil.

"Ini memberi kesan terhadap ekonomi di luar lingkungan sesuatu kawasan pasaran dan secara global. Yang pasti, masa depan ditentukan oleh golongan muda. Oleh itu, pendidikan berkualiti menjadi kunci bagi pertumbuhan Malaysia untuk fasa akan datang," katanya.

Daim mengakhiri syarahan beliau dengan berkata: "Untuk mengubah fizik Malaysia - kita perlu menangani keadaan yang ada sekarang secara berani dan berdepan"

13 ulasan:

  1. Kita perlulah bertindak mengikuti perkembangan semasa.

    BalasPadam
  2. Sentiasa berfkiran positif. Namun begitu sejarahlah yang membuatkan kita sedar untuk lebih menghargai apa yang kita kecapi hari ini dan masa akan datang.

    BalasPadam
  3. Bersetuju dengan apa yang telah ditulis oleh penulis yang mana banyak buah pemikiran dan cara lama yang sudah tidak laku dan effective untuk menyelesaikan masalah2 yang timbul pada hari ini.. Cara baru perlu ada...

    BalasPadam
  4. Ini disebabkan ramai rakyat pada masa ini mempunyai pendapat & penilaian sendiri.

    BalasPadam
  5. Adakah revolusi akan berlaku

    BalasPadam
  6. Takkan maju jika bersikap pesimis dan skeptik. Buka minda dan buatlah satu anjakan paradigma.

    BalasPadam
  7. Penjelasan yang terperinci dan jelas boleh mengelakkan salah faham dan provokasi.

    BalasPadam
  8. setiap tindakan atau keputusan memerlukan penjelasan yang teliti agar dapat difahami oleh semua.

    BalasPadam
  9. sebaiknya kerajaan perlu memberi penjelasan yang cukup ke atas sebarang dasar baru yang dibuat agar rakyat tidak membuat kesimpulan melulu.

    BalasPadam
  10. Betul juga..Cara lapuk tidak akan berguna lagi untuk masa sekarang. Setiap perkembangan mesti membawa perubahan yang baru. Jadi fikirkanlah sendiri.

    BalasPadam
  11. kita prlu buka minda dan mengikuti keadaan semasa.

    BalasPadam
  12. lagi la orang ramai rasa tidak senang jika ada tindakan yang dibuat itu tidak disusuli dengan penjelasan yang terperinci, ditambah pula dengan sikap segelintir pihak yang suka provoke orang ramai dengan menimbulkan pelbagai spekulasi negatif.

    BalasPadam
  13. The situation in the past and present are not the same any more. People are now brave to stand up for what they believe is right.

    BalasPadam