UPKO Sambut Baik Rancangan Guna Sistem Biometrik Pada PRU Akan Datang
KOTA KINABALU, 21 Jun (Bernama) -- Timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing pada Selasa mengalu-alukan rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang.
"Sistem itu baik dan patut digunakan," katanya kepada Bernama di sini.
Bagaimanapun, Bumburing berkata SPR perlu terlebih dahulu membersihkan senarai pemilih daripada mereka yang disyaki sebagai pengundi hantu, terutama di Sabah.
"Ini kerana penggunaan sistem biometrik tidak boleh menjamin keadilan dalam pengundian sebab seseorang pendatang asing tanpa izin mungkin memegang lebih daripada satu MyKad dengan nama yang sama, tapi nombor yang berbeza, yang akan membolehkannya mengundi jika namanya ada dalam senarai pemilih," kata beliau.
Bumburing berkata demikian untuk mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya semalam bahawa suruhanjaya itu merancang menggunakan sistem biometrik untuk membolehkan urusan pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang dilaksanakan secara elektronik.
Abdul Aziz dipetik sebagai berkata bahawa SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dalam penggunaan sistem berkenaan, yang kini digunakan dalam urusan pengesahan pengenalan diri warga asing.
Jabatan Imigresen juga menggunakan sistem itu di semua pusat pemeriksaan keluar masuk ke negara ini untuk mencegah jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia.
Bumburing berkata sekiranya sistem itu diperkenalkan, ia mestilah merupakan suatu sistem bersepadu yang boleh menjamin terlaksananya prinsip "setiap orang hanya satu undi".
"Semua orang tahu Sabah bergelut dengan masalah pendatang asing tanpa izin sejak sekian lama. Sebab itulah, kita perlu berhati-hati sebelum memperkenalkan sistem biometrik ini," katanya.
SPR perlulah memastikan bahawa pilihan raya dilaksanakan dengan adil tanpa dimanipulasikan oleh mana-mana pihak. Pastikan bahawa hanya rakyat tulen negeri sahaja yang dibenarkan mengundi.
BalasPadamya, bersihkan dahulu senarai pemilih mereka yang disyaki sebagai pengundi hantu, terutama di Sabah.
BalasPadamparti-parti politik janganlah gunakan taktik kotor untuk mendapatkan undi. apalagi yang melibatkan warga asing.
BalasPadamsistem biometrik ini adalah baik. namun pastikan perlaksanaannya sesuai dan berkesan.
BalasPadam"setiap orang hanya satu undi"
BalasPadamIngat tu! Dan pengundinya haruslah rakyat tempatan. Bukan warga asing, bukan pengundi hantu. Kami mahukan pilihan raya dijalankan dengan adil dan telus.
Sistem biometrik mungkin satu pemulaan yang positif dalam pilihan raya. Perlaksanaannya harus ditingkatkan agar dapat membersihkan senarai pemilih yang meragukan.
BalasPadamYes, SPR should do. SPR should avoid such voters.
BalasPadammenurut Abdul Aziz, SPR melakukan pembersihan data setiap hari.. so, rasanya sistem ini wajar digunakan dalam PRU13 akan datang..
BalasPadamsistem ini perlu dipertimbangkan, ia mat baik untuk mengelakkan kehadiran pengundi hantu.
BalasPadamCadangan yang baik gunakan biometrik untuk PRU akan datang. Maka ini akan menyebabkan kesukaran untuk pengundi hantu muncul.
BalasPadamYa itu yg penting...bersihkan dulu senarai pemilih, baru implement sistem biometrik ini...
BalasPadamYes, absolutely. Phantom voters are dangerous.
BalasPadamPengundi hantu sememangnya mewujudkan situasi yang tidak baik.
BalasPadamMany phantom voters are illegals in Sabah.
BalasPadamMesti mau hapuskan semua pengundi hantu.
BalasPadamThis is to ensure smooth registration of voters and protect the votes.
BalasPadam