Rabu, Jun 22, 2011

BERI KUASA KEPADA JABATAN PELAJARAN SABAH LAKSANA PROJEK BERKAITAN PENDIDIKAN

Beri Kuasa Kepada Jabatan Pelajaran Sabah Laksana Projek Berkaitan Pendidikan

KOTA BELUD, 22 Jun (Bernama) -- Selaras usaha membangunkan pendidikan di Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri perlu diberikan kuasa dan autonomi dalam melaksanakan projek pembangunan berkaitan pendidikan, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi membolehkan keputusan dibuat dengan cepat dan tepat tanpa perlu merujuk semua urusan ke Putrajaya terutama bagi perkara-perkara kecil.

"Dengan cara itu, keputusan boleh dibuat dengan cepat, pelaksanaan dapat dimulakan tanpa melalui amalan birokrasi yang dikhuatiri menjejaskan matlamat kerajaan membangunkan bidang pendidikan kita," katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Perdana 2011 anjuran Yayasan Kota Belud dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud, di sini pada Rabu.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata, dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, maka usaha boleh dilaksana untuk memberi fokus dan perhatian kepada pembangunan pendidikan di negeri ini.

"Adalah satu hakikat jelas bahawa kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak masih terkebelakang berbanding di Semenanjung, begitu juga dari segi pencapaian akademik, justeru langkah terbaik menanganinya ialah dengan memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran Negeri, membuat keputusan bagi perkara yang tidak melibatkan soal dasar.

"Dengan diterajui orang Sabah, maka Jabatan Pelajaran Sabah tentunya lebih memahami keadaan dan keperluan di tempat sendiri. Mesyuarat-mesyuarat kecil di Kuala Lumpur perlulah dikurangkan.

"Yang penting, Jabatan Pelajaran Negeri diberi kuasa-kuasa sewajarnya, kerana jika tidak, kita akan terus berhadapan masalah dalam melaksanakan projek pembangunan pendidikan di negeri ini," katanya.

Salleh juga berkata pembangunan bidang pendidikan di negeri ini menuntut anjakan paradigma secara serius, dan ia memerlukan keazaman politik di peringkat pimpinan kerajaan.

"Banyak sudah dilapor mengenai keadaan bangunan sekolah usang dan uzur, prestasi akademik yang mundur dan sistem pelaksanaan projek pendidikan yang tidak teratur.

"Ini semua tidak boleh dibiar terus terlanjur, justeru kita berharap agar difikirkan secara serius pemberian kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah untuk memberi fokus utama," katanya.

21 ulasan:

  1. Saya sokong cadangan ini, Jabatan Pelajaran patut diberikan kuasa autonomi untuk menentukan sistem pendidikan yang wajar dilaksanakan dalam negeri.

    BalasPadam
  2. Ini merupakan satu cadangan yang baik dan harap ianya akan diluluskan. Pelajar2 Sabah berhak menikmati pendidikan yang sama seperti di Semenanjung.

    BalasPadam
  3. ini cadangan yang baik dan wajar dipertimbangkan..

    BalasPadam
  4. terlalu banyak perkara-perkara di Sabah ni yang dikawal oleh pihak luar. bagaimana Sabah nak bergerak maju?

    BalasPadam
  5. jika ini diterimapakai, sesuatu keputusan dan perlakasanaan boleh dibuat dengan cepat.

    BalasPadam
  6. Sokong dengan cadangan ini. Urusan di bahagian pendidikan pun dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dan prestasi pelajar mungkin dapat ditingkatkan. Kalau semua nak tunggu dari luar, sampai bila?

    BalasPadam
  7. lebih baik Datuk berjumpa terus dengan menteri di jabatan berkenaan untuk membincangkan perkara ini.

    BalasPadam
  8. cadangan ini amat baik, Jabatan Pelajaran Ssabah lebih memahami dan mengetahui apa yang diperlukan oleh sekolah2 di Sabah.

    BalasPadam
  9. Benar, sampai bila kita bergantung dengan kerajaan pusat saja untuk menguruskan semua pembangunan pelajaran. Berikanlah sedikit kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk menangani masalah ini.

    BalasPadam
  10. Cadangan Salleh patut dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan. Mungkin dengan pemberian lebih kuasa dan autonomi kepada kerajaan negeri dalam soal pendidikan, masalah2 yg kronik dapat diselesaikan...

    siapala tahu kan...

    BalasPadam
  11. Sebenarnya kerajaan negeri yang harus menguasai apa yang ada di Sabah.

    BalasPadam
  12. Sabah needs to handle its matters.

    BalasPadam
  13. Pendidikan di Sabah harus dikawal oleh kerajaan Sabah. Itu memang wajar pun.

    BalasPadam
  14. Education system in Sabah should be given back to the State Education Department.

    BalasPadam
  15. saya setuju dengan saranan salleh..memang satu keperluan sabah diberikan kuasa autonomi pendidikan..

    BalasPadam
  16. ada baiknya jika salleh sendiri datang dan berbincang dengan kerajaan persekutuan dan menteri pelajaran agar saranan ini dapat direalisasikan.

    BalasPadam
  17. hanya orang sabah yang tahu apa yang terbaik untuk sabah.

    BalasPadam
  18. apa2 pun, diharap bidang pendidikan di sabah akan terus dibangunkan..

    BalasPadam
  19. autonomi pendidikan harus diberikan kepada sabah..

    BalasPadam
  20. lagi pun, pusat seolah-olah tidak memandang serius keperluan pendidikan di sabah seperti bangunan sekolah yang usang dsbgnya..

    BalasPadam
  21. pastikan kuasa autonomi pendidikan diberikan kepada sabah..

    BalasPadam