PATI dan majikan digesa daftar di bawah program pemutihan, pengampunan
PUTRAJAYA 24th June, 2011: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan yang menggaji mereka supaya tampil dan mendaftar di bawah poses pemutihan dan pengampunan melalui Program 6P yang akan bermula 11 Julai depan.
Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata tiada tindakan atau hukuman yang akan diambil serta tiada bayaran dikenakan bagi mereka yang mendaftar dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan selama dua minggu itu.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak proses pemutihan PATI itu adalah yang terakhir yang akan dilakukan di negara ini dan majikan perlu mendaftarkan pekerja asing tanpa izin mereka secara sah sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.
“Selepas tempoh pengampunan, penguatkuasaan akan dilakukan. Sebab itu, kita minta mereka tampil untuk mendaftar kerana selepas tutup tempoh pengampunan, penguatkuasaan akan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat Program 6P kepada media di sini kelmarin.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk PATI buat pertama kalinya di negara ini.
Muhyiddin berkata langkah itu akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan.
Mahmood berkata tujuan pendaftaran itu adalah bagi mempertimbangkan untuk proses pemutihan iaitu menukar status mereka menjadi pekerja sah dan memberi pengampunan dengan membenarkan mereka pulang ke negara asal tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Beliau berkata tempoh pelaksanaan proses pemutihan dan pengampunan akan dilaksanakan selama tiga bulan selepas proses pendaftaran.
Katanya selain pendaftaran PATI yang boleh dilakukan di Jabatan Imigresen, sejumlah syarikat pengurus akan dilantik untuk membantu urusan pendaftaran sepanjang tempoh pelaksanaan program itu.
Katanya pemilihan syarikat dan persatuan yang akan bertindak sebagai syarikat pengurus akan diputuskan sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai 17 wakil daripada pelbagai agensi yang akan diketahui dalam masa terdekat.
Beliau berkata terdapat hampir dua juta pekerja asing yang sah di negara ini dan lima proses pemutihan telah dilaksanakan sebelum ini.
Katanya program 6P dianggap sebagai penyelesaian menyeluruh untuk mengatasi masalah PATI di negara ini yang membabitkan penggunaan sistem biometrik dan kerjasama padu daripada pelbagai pihak.
Majikan tidak sepatutnya mengaji PATI sebagai pekerja.
BalasPadamProses pemutihan telah dilaksanakan 5 kali sudah sebelum ini? Perubahan apa yang dapat dicapai? Jumlah PATI yang meningkat dan jenayah yang semakin kritikal.
BalasPadamKerjasama dari pihak majikan adalah sangat2 diperlukan untuk menjayakan usaha ini.
BalasPadamTeruskan usaha untuk terus memerangi PTI.
BalasPadamSemoga usaha kali ini lebih mendatangkan hasil yang efektif.
BalasPadamLet all the illegals go back to their hometown.
BalasPadamdua juta pekerja asing yang sah? ramainya warga asing di negara ni. nanti bila habis tempoh 6P, pasti akan bertambah lagi bilangannya.
BalasPadamharap kerajaan tetapkan kuota untuk pekerja warga asing di negara ini.
BalasPadamDaftar jangan tak daftar...nnt tak pasal2 majikan2 ni kena kompaun & denda oleh Jabatan Imigresen...lagi teruk kalau didakwa kerana melindungi PTI...jadi siapa2 yg ada pekerja PTI tu, pandai2 la bawa dia pergi daftar atau suruh diorang pulang saja...
BalasPadamharap jumlah PATI yang ada akan dapat dikurangkan, sekaligus akan dapat mengurangkan pelbagai masalah seperti jenayah dan sebagainya.
BalasPadamsemua majikan kena beri kerjasama dan berdaftar di bawah program ini.
BalasPadamDengan ini maka kuranglah masalah majikan terutamanya yang bekerja di ladang dan kilang.
BalasPadamHarap mereak akan mendaftar. Jika tidak selepas program ini tidak ada pengampunan akan dijalankan lagi. Pastikan siapa yang menyimpan PATI akan dikenakan hukuman yang berat.
BalasPadamIs this work?
BalasPadamMajikan tidak harus melengahkan masa.
BalasPadamDaftarlah kalau dah disuruh, Jangan lagi buat hal. huhu
BalasPadamSemoga usaha ini akan membuahkan sesuatu yang positif. All the best.
BalasPadamlaksanakan program ini dengan baik dan teliti bermula dari P yang pertama hingga P yang terakhir. bagi saya cadangan ini pasti berkesan dalam menyelesaikan masalah PATI di negara ini jika dapat dilakukan dengan baik.
BalasPadamJanganlah mengambil PATI untuk bekerja.
BalasPadam