Khamis, Jun 23, 2011

MASIDI HARAP ISU PEMBINAAN SMK NABALU SELESAI TAHUN INI

Masidi Harap Isu Pembinaan SMK Nabalu Selesai Tahun Ini

image TUARAN, 23 Jun (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun berharap isu pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Nabalu, 45 kilometer dari sini, dapat diselesaikan tahun ini.

Ketika diminta mengulas projek pembinaan sekolah itu yang belum dimulakan sejak dua tahun lepas, beliau berkata Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa projek itu tertangguh ekoran pertukaran tender.

"Saya dimaklumkan ada sedikit masalah teknikal mengenai isu ini kerana apabila sekolah itu ditender, dikatakan ia melebihi daripada bajet yang diluluskan dan terpaksa ditender semula," katanya.

Minggu lepas, Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) meminta Kementerian Pelajaran supaya mengotakan janjinya untuk membina sekolah yang berharga RM45 juta itu tahun ini.

"Akhir tahun lepas apabila ke Kuala Lumpur, saya dimaklumkan pertukaran tender baru itu kini telah diselesaikan, dan dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah baru-baru ini, kita juga telah maklumkan perkara itu kepada beliau, dan isu itu akan diberi perhatian," kata Masidi.

15 ulasan:

  1. Harap-haraplah SMK Nabalu akan disiapkan seperti yang dijangka supaya murid-murid sempat berdaftar sebelum hari pembukaan sekolah tahun depan.

    BalasPadam
  2. Semoga segalanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  3. sebaiknya pembinaan SMK Nabalu ni dapat siap dengan segera. lagipun ia keperluan penduduk yang sangat mendesak kerana tidak ada sekolah berdekatan.

    BalasPadam
  4. Niat baik usah ditangguh-tangguh.

    BalasPadam
  5. Pembinaan sekolah ini membolehkan penduduk di sekitar Nabalu dapat menyekolahkan anak2 mereka.

    BalasPadam
  6. harap sekolah tersebut akan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

    BalasPadam
  7. Harap pembinaan sekolah ini akan berjaya disiapkan tahun ini juga.

    BalasPadam
  8. pembinaan SMK itu benar2 diharapkan siap segera agar anak2 tempatan dpt bersekolah dgn mudah.

    BalasPadam
  9. Semoga apa yang diharapkan membuahkan hasil.

    BalasPadam
  10. Bukan Datuk Masidi saja mengharapkan SMK ini siap awal tapi semua penduduk Nabalu mengharapkan sangat utnuk SMK ini dapat disiapkan secepat yang mungkin.

    BalasPadam
  11. saya harap selepas ini tidak ada lagi tangguh2 atau terbengkalai..

    BalasPadam
  12. Masalah ini harus diselesaikan bagi mengelakkan pelajar tercicir.

    BalasPadam
  13. Setuju lima. Janagan dibiarkan berlanjutan nanti lain pula masalah yang timbul lagi. huhu

    BalasPadam
  14. Harap hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin demi kebaikan bersama.

    BalasPadam